script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Keghairahan Provokasi Media, Jadi Punca Rakyat Mempersoalkan Ibadah Haji Yang Di Buat Oleh PM Najib Dan Rosmah Di Tanah Suci Mekah !

Mutakhir ini heboh diperkatakan tentang urusan haji yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) dan isterinya Rosmah Mansor. Sebelum ini telah mendedahkan, Najib telah menaja beratus-ratus pemimpin masyarakat seperti Pengerusi JKKK, Tok Empat dan Ketua UMNO bagi kawasan Parlimen Pekan untuk tunaikan haji sedangkan ramai dikalangan mereka tidak berdaftar pun sebenarnya. Akibat tindakan itu, ramai jemaah haji telah terkandas untuk ke Tanah Suci, akibat kuota mereka telah "dicuri" oleh orang-orang Najib. Malah, ada yang telah sekian lama menunggu bagi menunaikan rukun Islam tersebut juga telah dinafikan hak mereka. Paling menyedihkan Tabung Haji dengan mudah mahu memulangkan wang mereka dan mahu digantikan dengan pakej Umrah, sedangkan mereka sebenarnya mahu menunaikan ibadah haji. Hak rakyat dinafikan dengan sewenang-wenangnya. Malah, kami juga ada mendedahkan bahawa memang Najib akan menjadikan pemergian haji mereka ini sebagai satu strategi untuk menancing undi rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Mereka mahu media arus perdana menggunakan sepenuh tenaga untuk melapor dan menayangkan gambar-gambar mereka ketika di Tanah Suci, kononnya mereka yang selama ini "menolak hukum Allah iaitu Hudud" sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan. Malah, kami turut bersama dengan pihak menegur tentang sikap Rosmah yang tidak mahu menutup aurat ketika mahu bertolak untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah. Walau pun ada yang marah dengan teguran tersebut, namunsebagai umat Islam kita layak untuk menegur pemimpin dan tidak terikat untuk "mendiamkan diri" hatta mereka mahu mengerjakan ibadah suci itu sekali pun. Teguran bukanlah untuk memalukan, tetapi ia sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama seperti mereka. Namun, ada pula dikalangan umat Islam yang kecewa dan mengatakan ada pihak yang cuba membuat fitnah terhadap Najib dan Rosmah, walhal mereka sendiri yang cuba menimbulkan polemik dan kontroversi dalam hal ini sebenarnya.


Cuba lihat, kawalan amat ketat seolah-olah Najib dan Rosmah begitu "agong"
ketika mengadap Allah untuk mengerjakakan ibadah haji di Tanah Suci


Ini pula wajah seorang pemimpin besar Arab, Presiden Iran Ahmadinijed
memang dia juga dikawal, tapi apakah sehebat Najib Razak gamaknya
Kisah Najib dan Rosmah tunaikan haji rupanya tidak berakhir di situ sahaja. Ini mula terbongkar apabila memang benar media arus perdana setiap hari memaparkan kerja haji yang dibuat oleh mereka. Malah, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang jemu dan meluat melihat sikap media ini sebenarnya. Bagi mereka, cukuplah media melaporkan Perdana Menteri danisteri menunaikan haji, tidak perlulah sampai "follow" mereka setiap waktu hingga terbongkarlah banyak isu baru yang cukup hebat diperkatakan oleh rakyat. Antaranya ialah sikap Najib dan Rosmah semasa di Tanah Suci yang jelas sungguh mengejutkan. Mereka dikawal ketat oleh pihak polis dan tentera Arab Saudi ketika mengerjaka haji, mengalahkan lain-lain pemimpin besar dunia sebelum ini. Malah, mereka dikawal puluhan pengawal (tentera) ketika tawaf di Kaabah serta mengerjakan ibadah yang lain. Sikap yang ditunjukkan ini adalah "tidak masuk akal" sama sekali. Ini kerana, semasa di Masjidil Haram (Tanah Suci) sepatutnya semua manusia insaf dan sedar akan betapa hinanya mereka di sisi Allah. Langkah Najib mempergunakan segala kemudahan (walau ia ditawarkan Kerajaan Arab Saudi), jela sekali melambang sikap bongkak beliau sebagai pemimpin. Malah, dia lansung tidak menginsafi dirinya yang memakai "ihram" bahawa manusia itu sama taraf sahaja dihadapa Allah SWT. Dengan menggunakan puluhan pengawal juga, ia telah menyebabkan Najib dianggap terlalu "agung" dan tidak yakin dengan kekuasaan Allah hatta ketia berada di Tanah Suci. Banyak gambar-gambar kontroversi beliau itu telah dipapar-paparkan oleh banyak laman blog sebelum, ini. Masing-masing hairan dengan apa yang terjadi. Malah mereka turut membangdingkan dengan lain-lain pemimpin besar negara Islam yang turut mengerjakan haji ketika itu seperti Presiden Iran, Ahmadenijad. Bayangkan, pemimpin terbabit sepatutnya dikawal ketat kerana dia amat dimusuhi oleh "polis dunia" iaitu Amerika Syarikat. Tetapi kawalan terhadap beliau tidaklah sehebat Najib, yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika. Maka, kenapa Najib terlalu takut ketika di Tanah Suci. Bukankah beliau mengerjakan ibadah yang menjadi Rukun Islam itu sebenarnya. Inilah yang mengelirukan rakyat apabila media terlalu mendewa-dewakan Najib dan Rosmah ketika mereka melakukan ibadah tersebut. Jelas terlihat betapa "sombong dan bongkak" seorang makhluk Allah yang bernama Najib Razak ketika mengadap penciptaNya.


Gmbar yg penuh kontroversi menunjukkan pengawal dan tali
"no crossing"
merentangi keliling kawasan Najib dan Rosmah beribadah dalam masjid

TPM Muhyiddin tersenyum kala Najib berduka semasa doa selamat untuk
mereka berlepas ke tanah suci, cuba tengok "aurat" Rosmah Mansor itu

Terbaru, paling menakjubkan kawalan yang begitu ketat bukan saja diberikan kepada Najib dan Rosmah ketika mereka tawaf atau bergerak (berjalan) sewaktu menunaikan haji, malah ia turut melibatkan mereka ketika beribadah di dalam masjid (Nabi) sekali pun. Bayangkan, pihak tentera Arab Saudi telah menggunakan tali "no crossing" untuk menghalang orang ramai berada dalam kawasan mereka beribadah. Tidak cukup dengan itu, kawalan keselamatan oleh pengawal juga turut disediakan kepada mereka. Bukankah, ini sesuatu yang tidak pernah kita saksikan selama ini. Tidak munasabah dan masuk dek akal bila mana seorang "makhluk Allah" boleh mendapat kemudahan sehebat itu ketika beribadah di dalam masjid yang terletak di Tanah Suci. Soalnya sekarang, apa yang ditakutkan oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor agaknya?. Langkah menggunakan pengawal sebegitu rupa di dalam masjid jelas menunjukkan mereka begitu "riak, takabur dan bongkak" iaitu salah satu sifat tercela dalam Islam. Malah, pasti jemaah lain akan terkejut melihat kelibat mereka pada waktu itu. Apakah ini ciri-ciri umat Islam yang tawaduk dan tunduk kepada Allah?. Maka, apakah kita sebagai rakyat tidak boleh mempertikaikan kerja haji yang dilalukan oleh mereka jika ini caranya. Bukanlah maksud rakyat untuk menghukum mereka sebenarnya. Namun, jika ini yang mereka saksikan maka jelaslah mereka yang sengaja membuka jalan untuk orang lain membuat teguran. Apakah menjadi kesalahan untuk kita menegur jika melihat kesilapan dan kesalahan dilakukan oleh pemimpin kita agaknya. Malah, ada yang berkata bukan pasal dengki apabila melihat Najib mendapat layanan “istimewa”, seperti yang didakwa oleh pihak pro-UMNO. Mengerjakan ibadat haji sepatutnya tidak dibezakan melalui darjat dan taraf seseorang manusia itu di sisi Allah.

Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji Perdana Menteri

Akibat beberapa tindakan dan sikap media yang terlalu ghairah untuk mempromosikan kerja haji yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah, maka akhirnya perkara ini ditegur sendiri oleh seorang yang bertaraf "Mufti" pula. Terkini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. “Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. “Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataannya. Sebelum ini, dilaporkan Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Najib ialah ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Zambry Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. “Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. “Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” kata Dr.Juanda lagi.

[Ramai yang mempersoalkan perkara ini, namun segalanya hanya Allah yang akan menentukan. Persoalannya yang timbul sekarang ialah, kenapa harus membiarkan media begitu taksub membuat promosi haji Perdana Menteri dan isterinya itu?. Bayangkan, jika sesorang itu melakukan ibadah solat tidak ikhlas dan menunjuk-nunjukkan itu pun sudah tidak diterima oleh Allah. Maka, apakah tindakan media membuat laporan lengkap setiap pergerakaan mereka juga itu boleh dikira "menunjuk-nunjuk"?. Bukankah lebih afdal jika perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan awam. Media sepatutnya hanya melaporka tentang Perdana Menteri dan isteri membuat kerja haji sahaja. Tidak perlu sampai mengikuti setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka. Biarlah Allah yang menilai segalanya. Tindakan media ini jelas sekali telah memalukan Najib dan Rosmah sebenarnya. Media seolah-olah cuba membuat provokasi melampau terhadap kedua-dua pemimpin terbabit. Akhirnya terserlahlah begitu banyak persoalan yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Apapun, kita harapkan agar kedua-dua pemimpin ikhlas dan akan berubah selepas pulang dari Tanah Suci nanti. Semoga Rosmah akan menutup aurat dan lebih tawaduk lagi selepas ini hendaknya. Allah jua yang lebih mengetahui. Niat menunaikan haji mesti ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah. Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak dan takabur. Maka jadikanlah iktibar apa yang telah berlaku ini].
Share:

32 ulasan:

  1. kalau tak abis rukun boleh romen dgn isteri tak? maaf bertanya sbb tak paham pasal ttg haji ni...

    BalasPadam
  2. depa ni nak pi buat haji ka atau berlakon untuk digembar-gemburkan gambarnya seantero dunia. nampak sangat macam benda pelik, padahal orang berhaji tu setiap tahun, apa tujuan berhaji pun tentu orang dah tahu, kalau nak megah-megah, maka hikmah dari haji itu belum difahami dengan sempurna.

    BalasPadam
  3. apa peranan jamil khir johari..penasihat agama negara tu...hehehe

    BalasPadam
  4. kat padang masyhar nanti mcm tu keee...

    BalasPadam
  5. Pemimpin kita yg pandai sangat dalam hukum agama, biarkan dia terjun dengan labu2 nya....... Umnoporno,

    Biar Allah menentukan haji mereka jangan kita jadi umnoporno ... Baik jahat, halal haram syurga neraka bukan kerja kita utk komen....

    BalasPadam
  6. "Sudah Terang Lagi Bersuluh". Kini rakyat baru nampak bagaimana pemimpin UMNO begitu rakus dalam mengejar dan menunjuk-nunjuk kehebatan dan kekuasaan mereka. Kalau pergi haji, cikgu kat sekolah kata untuk melatih kesamarataan manusia di sisi Allah, merendah diri dan insaf kesusahan rakyat terbanyak...tapi lihatlah Najib tu. Di dalam negara pemimpin UMNO menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan, kat depan tuhan pun berlagak hebat juga... Kalau Presiden Ahmadinejad di mana Iran yang merupakan pengeluar Minyak terbesar di dunia boleh merendah diri,kenapa sifat mulia ini langsung tiada pada pemimpin UMNO?

    BalasPadam
  7. Pokcik ni memang penyokong kuat umno sejak zaman sebelum merdeka, tapi bila tengok Tok Jib menunjuk-nunjuk di Mekah, ternyata dia bukan pemimpin yang baik. Sifat takbur, riak dan ujud masih belum Tok Jib hayati. Maaf, buat pertama kalinya Pak Aji tak akan mengundi lagi UMNO-BN. Syukur sebelum menghembuskan nafas terakhir ini, Allah beri petunjuk pada Pok Aji...Amin.

    BalasPadam
  8. Udah2lah pok aji...pok aji pun sama ikut nak fitnah!..len kali pok aji jgn tgok blog bangkai mcm PDO..len kalo tgok2 sikit blog org laen...!kalo pok aji nak tau...kawalan keatas Najib atas kapasiti sbgai ketua negara,statement dari kerajaan Arab saudi pun dah kuarkan...kalo pok aji nak tau..pic presiden Iran tu dah dah dicrop circle...sebenarnya ada pak guard yg menjaga beliau...ni kalo x silap aku siPDO bangang bi cilok dari milo suam...yg aw..aw tue...
    Berkenaan kalo Rosmah x tutup aurat tu mmg la x kena..sbb dia isteri Pemimpin Islam...aku pun x suka...!tetapi aku lagi x suka jika ada org menggunkan jubah,berjanggot dan guna fatwa songsang utk kegejolohan perot anak bini dan kroni...kata org rasuah tetapi diri sendiri rausah,tanah org asli pun disapu...bahkan rakyat kena tggu air bersih dlm 16tahun lagi....jika benar diri tu tawaduk..kenapa kelantan jadi HUB HIV NO1??...dimana pemimpin PASial yg kononya akan masuk sorga. negerinya cukup hebat dgn Aids dan perlakuan sundal...bagaimana dgn pemimpinya yg berkhalwat dgn janda org??....xpayah la dok citer org tu dapat haji mabrur atau x?....ini semua kerja Allah......yg pentin suruh sinuar peliwat mai dtg buat haji...suruh la dia bertaubat....jgn la dok guna blogger guna pic superimposed kononya dah pegi Haji...org x bodoh la...yg bodoh berok2 macm PDO dan bangkai2nya....
    Guna Pic,Pic saiful pulak tu....hai..ada apa2 ke??...

    BalasPadam
  9. lagi satu wa nak cakap..kat berok2 bodoh mcm PDO....mufti perlis dah hangin sbb statement dia dah diputaqbelit....oleh media pembangkang....kalo lu x caya lu cek balik la.....

    PDO kalo sehari x memfitnah bukan kerja dia la tu...hari2 dok fitnah...lu kerja fitnah ni boleh buat lu kenyang ke PDO....!ooopppp sory...Mat sabun dah bagi green ligt pada bloger2 berok mcm PDO supaya sebarkan berita fitnah...as long dapat kredit....

    BalasPadam
  10. Sdr hitch...bahasa menunjukkan bangsa...kalau mcm tu lah bahasa sdr...dah cukup utk gambarkan bagaimana hati sdr...sy rasa x pyh nak buang masa beri nasihat org mcm sdr ni...sebab hati dah gelap...

    BalasPadam
  11. Mmg bahasa menunjukan bangsa...!tetapi bangsa apa yg dok maki bangsa sendiri,bangsa apa yg x bersyukur atas kejadian sendiri...malah ada bangsa yg x mengaku bangsa itu sendiri....

    Wa nak tnya lu...itu bangsa apa tue??..

    BalasPadam
  12. suks gua lah lu ape peduli......lu pikirlah sedili....

    BalasPadam
  13. hitch, awat hang celupar sangat.

    BalasPadam
  14. najib haji ekspress..hahahaaaa

    BalasPadam
  15. Hitch...aku nak respond sikit hujah lu, cakap Kelantan HUB No 1 HIV...AKU tak sangkal. Selaku anak Kelantan, aku kesal ini berlaku. Tetapi Nik Aziz tak kan dapat halang secara solo. Ini adalah faktor kenapa hal itu berlaku.PERTAMA, sempadan dekat sangat ,mudah untuk orang tak beriman pergi buat kerja laknat tu.KEDUA, yang pergi tu rata-rata pengikut UMNO Kelantan yang tak ditarbiahkan oleh UMNO takut kepada ALLAH. KETIGA, para pemimpin bahagian UMNO Kelantan sering buat rombongan ke Siam siap dengan pakej MAKSIAT sebagai hadiah ketaatan pengikut mereka...masaALLAH.

    BalasPadam
  16. tenguk wajah isteri TPM melihat kepala big mama yg x bertutup urat walaupun nak ke mekah menunaikan fardhu haji..ish...ish..hitch ke bitch eh yg buat komen di atas tu. setuju dgn anon: 8:32:00 PM. haha..

    BalasPadam
  17. Najib di kelilingi pengawal..?

    Kenapa Najib tak booking je Masjidil Haram pada tahun ni supaya pada tahun ni Najib dan Kak Ros dua orang je yang buat haji.

    Semua pengawal hanya perlu berkawal di luar Masjidil Haram.

    BalasPadam
  18. Apa2 pun biar hitch terjun dengan labu2 nya, Kalau xfitnah bkn lah politik baral unta kelabu asap btl lah kau ni, dah berani main politik beranilah tanggung... Sapa pandai dialah menang huhuhuhu.... Kalau dapat aku crop gambar kau aku letak tepi monyet huhuhuhu... Inilah politik bro...., mana ada politik bersih, yg ada bersih 2.0 bakal jadi 3.0,
    Cuma rakyat nak muntah dengan pemerintahan BN ... Lama sangat dah kenyang perut2 depa.... Banyak sangat tipu fitnah, bila kita usik sikit fitnah sikit melatah macam haram...., BN fitnah kalau boleh matahari kata bulan, terang lagi besuluh bro, sekarang aku plak nak fitnah , najib sebenarnya mati pucuk, aku akan crop kote org lain tampal kat badan dia suka hati aku lah nak buat apa, HIDUP PDO YANG BANYAK MEMBONGKAR KURAP2 atas badan pemimpin kita.....

    BalasPadam
  19. eh lu hitch...
    ko nasihat kat pokcik supaya jangan baca pdo... pooorah, cakap tak serupa bikin...

    BalasPadam
  20. Mengenai sama ada haji u mabrur ke x..itu urusan ALLAH....xperlu nk dipolemik...urusan bodyguard mmg SOP negara tuan rumah kpd smua pemimpin negara2 Islam..lagipun bukankan budaya masyarakat Arab suka memuliakan tetamu? so x jadi masalah pun..lagi satu...PDO ni slalu fakta yg salah..Ahmadinejad tu bukan pemimpin Arab..dia tu Farsi...Farsi dgn Arab berbeza....lagi satu dia tu pengikut Syiah...wbgpun..kerajaan Arab saudi atas sbb dia seorg pemimpin Islam..maka layanan VIP diberikan....xperlulah kita nk mensensasikan pemergian TN HJ. MOHD NAJIB ni...wassalam

    BalasPadam
  21. JADILAH ORG YG SABAR..
    TOK JIB TU, TETAMU RAJA ARAB SAUDI...
    NANTI TAHUN 2012 JD LAH TETAMU ALLAH PULAK..PUAS HATI DAH ????
    KALU DIA KENA HIMPIT KAT TOK2 AJI LAIN TU..TIBA2 KOLULILLAH...LAMBAT PULAK NAK UMUM PR13 NI,,,ADA FAHAM ???
    JADI TUAN2 ORG YG SABAR...........
    TOK MUFTI SELANGOR PUN TAK KOMPLEN..

    BalasPadam
  22. Kalo hukum hudud tolak haji mana bolih dapat ? Kerja sia2 saja jadi 6-6 bodoh punya orang ! Dah munafiq tak sedar.

    BalasPadam
  23. itu namaya lu org lebih minat dgn fitnah dan dusta..!walaupun dah dicrop tapi korg percaya....!bila dibagi saksi dgn bukti lu org x percaya...ini namanya manusia munafik...!tapi wa x heran sbb dlm parti PaRia mmg ramai munafik terutama mcm berok2 kat atas...!lu org lebih suka mempercayai fitnah dari kebenaran....bila kena btg idung sendiri lu spin buat citer lain....sama mcm kes marina la...!bila marina sokokng bershit lu kecoh satu dunia..bila marina sokokng LGBT lu maki dia....kata anak org BN pun sokong liwat...kah..kah..kah...ini mcm pun ada punya berok....!ada satu lagi anon kata atas tu nak salahkan sempadan pasal HIV berlambak kat kelantan...kalo mcm tu lu tukar aje negeri la....kalo dah bodoh jaga negeri jgn salahkan org lain la....sendiri pikir la...bagi org lain jaga...jgn asik nak buat ceramah umpat keji setiap hari...!sok lusa anak bini ko kena lacur pun ko salahakan UMNO gak....kah..kah..kah..dah dasar mentaliti berok2 PASial...kah..kah..kah..

    BalasPadam
  24. salam. Komen kita biarlah berpada. Kritikan pedas utk membina tapi bukan menggunakan bahasa kesat. TGNA tu, Al-Quran 30 juzuk dalam dadanya. Orang yg mengutuk TGNA ada apa?. PDO, keep up good work. Koi (anak Pahang menetap di KL) memang selalu surf blog ni.

    BalasPadam
  25. budak hitch tu serupa sinajib juga islam ikut selera sendiri jer bukan dia reti apa pun tazkirah pun dia sebut takzirah, kalau sekali boleh lah dinilai silap, tapi kalau tiga komen susunan yang sama tu bahalol namanya dah tu belagak pandai lak, kalau dia memaki orang ikut sedap dia aje, pandai pulak guna ayat anti hasad dengki, nasihat pun ngalahkan nabi masuk 4 ke 5 kolom sifat nabi pun dah bertukar jadi sifat babi, rupa sememangnya babi.
    Kalau orang sebut pimpinan dia buat kerja haji start dari malasia sampai arab saudi...., najib sah dah hajinya haji tunggang langgang,kalau balik malasia boleh dipanggil Haji Najib Marlboroi, Hajah Rosmah Marboro, Najib rasanya berbangga dengan gelaran ini...orang lain buat haji paling tinggi pun dapat Haji Mabrur aje, tentu ramai yang setuju nih.

    BalasPadam
  26. la..ada lagi budak dengki dgn aku ni...sbar la bro..jgn hangin...heheheh.....!sejak bila lu jadi tuhan boleh kata haji org tu mabrur ke x??...atau lu dah ikut jejak pork nik..boleh ikut suka mak bapak dia msuk sorga....atau lu pun diantara yg dicadangkan masuk syorga oleh pork nik......kah..kah..kah...

    Pasal terlebih hafal la TGNA ko tue...terlebih pandai siap boleh kafir2 kan org.....

    BalasPadam
  27. Sahabat2

    ...jangan kamu berlawan cakap dengan orang yang BODOH....budak hitch ni bercakap ikut suka dia jer...dia lupa...mulut, telinga tgan, mata, perut malah keseluruhan diri dia tu milik siapa? Memang sekarang ko boleh kata apa pon...tapi ingat lah setiap apa yg kita buat perlu kita jawab depan ALLAH kat sana nanti...tu jam lu jawab la sendiri..

    BalasPadam
  28. Wahai setan yg bernama "HITCH" tidak kenal kah kau pd tuhan kau yg telah menciptakan kau.

    Tidakkah kau tahu hukum hakam halal haram wajib makruh sunat, yg haram tetap haram walaupun ia dilakukan pemimpin kesayangan kau bernama haji najib dan yg haram tetap haram jika ia dilakukan oleh tok guru nik aziz

    Sebelum pergi lebih jauh aku terlupa keturunan setan iblis seperti kau HITCH tidak kenal erti halal haram wajib sunat makruh, semuanya boleh apatah lagi jika ia hanya kerana tuan haji najib pemimpin kesayangan setan HITCH


    Tidakkah kau berasa gerun dgn Neraka Allah tempat pembakaran kau dgn kaum setan iblis laknatullah kau. Di dunia ini ini kau blh ketawa kah! kah! kah! kah! mengilai riang mcm setan kenyang, namun di alam sana kau pasti akan terpekik terlolong mcm kera disiat kulit, sama seperti berok berok yg kau selalu katakan itu terlompat lompat di bakar api jahanam

    Sebenarnya aku seronok melihat gelagat dan kaum kau ni setan HITCH ketawa sakan kah! kah! kah! kah! merayakan kemenangan episod perjuangan setan dn iblis menghasut manusia utk bersama-sama kau ke neraka Allah, Mungkin kau rasa telah berjaya menjadi setan terunggul iblis no1 dlm top 10 setan yg berjaya menyesatkan paling ramai manusia di dunia ini.

    Terkadang aku pelik mengapa kau dilahirkan kedunia bermuka manusia tidak muka setan iblis keturunan asal kamu wahai setan HITCH. Seeloknya kau juga berwajah setan yg lain agar senang umat manusia nak bezakan antara kau setan HITCH dgn Manusia sebenar kejadian ALLAH yg Maha Berkuasa

    Subhanallah Allahukhabar!!!!

    BalasPadam
  29. Aku yakin mana2 pemimpin PAS yg kalau ditakdirkan jadi PM dan pergi haji takkan mintak kawalan ketat macam tu. Hanya pemimpin UMNO yg berminda 'nak selesa sokmo' dan 'takut mati' je yg dikawal sampai macam tu.

    Apapun kesian ramai pakcik n makcik kampung yg x dapat pergi haji last minute pasal kuota mereka dirompak oleh Najib dan rombongannya yg ramai tu.

    BalasPadam
  30. dulu kat balik pulau pulau pingang, ada jugak puak2 yang pergi haji balik hari, ahahaaaaa...haji matahari

    BalasPadam
  31. wat apa hampa marah kat HITCH, umno bayaq kat dia, untuk mempertahankan kedudukan parti umno dan pemimpin umno bila diserang diruanga PDO, biasa le bila dapat upah, hihihihihihh..

    BalasPadam
  32. pergh,....ramai betol yg hangin dgn aku.....!tetapi bila aku tgok balik komen2 semuanya komen yg hampir sama...tetapi anon yg berlainan....adakah berok2 ni berok yg sama yg x berani gunakan nama.!siap ada yg jadi ostat segera nak bagi nasihat kat aku....gelinya aku....

    Almaklumla...bob lokman pun dah jadi wali...xkan berok mcm korg x boleh jadi wali gak....heheheh.....berok2 ni dah dpat sijil pembaptisan dari pork nik ker??....kah..kah..kah..kah..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.