script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nik Aziz Sifatkan Penganjuran Program Seksualiti Merdeka Permulaan Hancurnya Hidup Beragama

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) menyifatkan penganjuran program 'Seksualiti Merdeka' yang hangat dipromosi beberapa NGO dan individu sebagai permulaan penghancuran terhadap kehidupan beragama. Nik Aziz berkata dengan program yang mengiktiraf kecenderungan seks songsang gay dan lesbian seperti ini harus ditentang dan dicegah. "Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, hak asasi untuk merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang disandarkan ke atas hak asasi?. "Justeru, ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya. Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya 'Queer Without Fear' berlangsung sejak 1 Nov hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery. Program yang kononnya berteraskan perjuangan hak asasi manusia (human right), menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk amalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata bahawa Islam menjamin kemuliaan agama, nyawa, harta, akal dan keturunan daripada sebarang usaha yang mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia. "Sesungguhnya Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi Pencipta alam ini iaitu Allah SWT. "Setiap akal waras manusia pasti akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat," katanya. Nik Aziz berharap pihak kerajaan bertindak segera dalam menangani gejala songsang seperti ini. "Saya yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan dari mana-mana pihak," kata MB Kelantan itu.

[Teguran dan bantahan yang dibuat terhadap program ini jelas menunjukkan ia tidak sesuai diadakan di negara ini. Namun, sesuatu haru kita ingat kenapa pihak berkuasa gagal menghalang program ini ketika permohonan dibuat oleh pihak penganjur?. Bukankah, mereka perlu melalui beberapa proses sebelum ia diluluskan. Kenapa dibiarkan kemudian menjadi kontroversi seperti ini. Langkah awal itulah yang sepatutnya dilakukan sebelum isu ini dihangatkan. Sewajarnya semua pihak harus berhati-hati dalam meluluskan sesuatu program yang boleh menimbulkan kemarahan dari kalangan orang ramai selepas ini. Jangan, selepas diluluskan dan bila mendapat bantahan baru mahu mengambil tindakan. Bukankah mereka yang memohon telah dipanggil terlebih dahulu untuk membentangkan kertas kerja projek berkenaan. Bahkan penganjur juga perlu melaporkan segala aktiviti yang mahu dijalankan sepanjang program berkenaan. Maka, inilah yang berlaku sedangkan apa sebenarnya matlamat program tersebut langsung tidak kita ketahui secara lebih detail. Maka, inilah yang jadi akhirnya bila rakyat keliru dengan fakta sebenar].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.