script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dulu BERSIH Sekarang KOTOR, Umat Islam Perlu Bangkit Tentang Tindakan Biadap 'Ambiga' Anjur Program 'Panas' Festival Seksualiti Merdeka 2011 !!

Apa sudah jadi dengan bekas Presiden Majlis Peguam (Bar Council) iaitu Datuk S.Ambiga Sreenevasan (foto) agaknya?. Baru sahaja beliau digungkan dan dianggap sebagai "wira rakyat" dek kerana keperihatinannya menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penambabaikan pilihanraya di Malaysia. Tiba-tiba, kini namanya "panas" dan menjadi "kotor" apabila dia didakwa terlibat menganjurkan satu program yang tidak boleh diterima langsung oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam di negara ini. Program Festival Seksualiti Merdeka 2011 dijangka akan bermula dari 1 hingga 13 November ini di Kuala Lumpur. Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. dijangka dirasmikan Ambiga sendiri. Susulan daripada itu, ramai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil menyuarakan bantahan mereka terhadap program ini. Malah, tindak ketinggalan juga bantahan dibuat oleh kepimpinan parti pembangkang sendiri terutamanya dari Parti Islam SeMalaysia (PAS). Masing-masing kecewa dengan tindakan "biadap" Ambiga ini sebenarnya. Malah, Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan juga secara jelas menyatakan PAS hanya menyokong Ambiga dalam bab-bab tertentu sahaja (termasuk Bersih 2.0) tetapi tidak kepada program yang mahu dianjurkan kali ini. Susulan bantahan tersebut, timbul persoalan sekarang apakah Ambiga layak untuk digelar pejuang rakyat?. Beliau yang sering dipertahankan oleh pemimpin pembangkang selama ini, kini menjadi "duri dalam daging" yang kembali menjatuhkan imej dan maruah pembangkang (Pakatan Rakyat) sebenarnya. Wajarkah Ambiga bertindak sedemikian tanpa merujuk kepada rakan-rakan yang lebih arif dalam bab tersebut. Langkah untuk memberi perhormatan kepada golongan Gay, Lesbian dan sebagainya jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal dan wajar ditentang oleh semua pihak. Kini Ambiga boleh dianggap sebagai pengkhianat negara, kerana sewenangnya menggunakan kedudukan yang ada untuk anjurkan sesuatu program yang jelas bertentangan dengan "norma kehidupan" manusia.


Sebahagian daripada ahli NGO Perkasa yang telah mengadakan demontrasi
aman selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur, membantah tindakan Ambiga

[Dengan apa yang berlaku ini, apakah Ambiga layak lagi untuk disanjung?. Apakah ada lagi sokongan akan diterimanya bila dia menganjurkan pula Himpunan Bersih 3.0 tidak lama lagi. Dari suara rakyat akar umbi yang didengar, sememangnya ramai yang kecewa dengan tindakan Ambiga. Malah ada beberapa kerat dikalangan mereka yang mahu pembangkang memutuskan hubungan dengan Ambiga kerana tindakan biadap beliau ini. Namun, anehnya ada lagi pihak yang masih mahu mempertahankan tindakan tersebut. Antaranya seperti Majlis Peguam, Suaram dan Sisters in Islam. Mereka menyuarakan rasa kesal mereka dengan tindakan polis mengharamkan program tersebut baru-baru ini. Bagi mereka apa yang berlaku terhadap Program Festival Seksualiti Merdeka 2011 itu adalah kebebasan hak-hak asasi manusia. Apapun syabas dan tahniah kepada mereka yang bangkit menentang isu ini. Sokongan rakyat terhadap Ambiga selepas ini biarlah berpada-pada hendaknya. Berhati-hati dengan pihak yang sengaja cari publisiti murahan hanya untuk kepentingan peribadi].
Share:

7 ulasan:

  1. manusia sial ni xhbs nk jahanamkn islam...yg celakanya amiga ni di agung2kn pmimpin pmbngkang..rakyat malaysia yg myokong xsdar2 lg ke...

    BalasPadam
  2. Pdo pun lembab, dah kena kutuk baru nak kuar isu ambiga bangsat ni, tobat la pdo....takde pekdahnya pertahankan peliwat negara tuu

    BalasPadam
  3. Ni la puncenye org bukan islam dah makin kurang hajar pada islam. sebab org islam sesama islam dah asyik bergadoh disebabkan perbezaan politik. sedor la mati sok dalam kubur allah tak tanye ngko orng parti ape. behenti le bergadoh pasal politik

    BalasPadam
  4. ape tindakan JAIP & kerajaan pada penganjur ratu cantik mak nyak yang pernah disiarkan dalam PDO dulu. Ape tindakan yang diambil oleh kerajaan pada bekas mufti selangor ( Arwah )tentang pertandingan ratu cantik. Ape tindakan yang diambil oleh jais pada Bob Lokman ( ceramah agama tu .

    Kesimpulannyer jangan suke tunding jari satu pihak yang tak de kuasa. Tunding jari pada orng yang punyer kuasa sekarang. Ape tindakan yang dia dah buat. Bila allah dah bgi kuasa gunekan kuasa tu seperti ape yang allah suruh

    Berpegang lah pada tali allah qur an & Sunnah.

    BalasPadam
  5. Aku nak tengok puak puak pkr dan pkr ni, ada berani tak belasah ambiga....rakan sekongkol mereka meruntuhkan melayu islam...

    BalasPadam
  6. ISA dah x ada yang ada ISOO...!

    BalasPadam
  7. Dulu Ambiga anjurkan bersih, tujuan baik beb. Apa salah berikan sokongan ? Tak de kena mengena dia nie nak hina islam. Sibuk pasal Ambiga, Marina Mahathir jadi salah seorang penganjur tak bising pulak ? Mangkuk ayun tulah patut kena humban dalam api je. Benih je islam, perangai ngalah kafir laknat. Dia nielah penghina islam sebenarnya. Tak de tindakan pulak.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.