KUANTAN, 4 Nov - Piket bantahan Pindaan Akta Kerja 1995 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), di Taman Kerang berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini petang semalam berjaya diadakan biarpun kurang mendapat sambutan seperti yang dijangkakan. Sekitar 100 sahaja dilihat berada dilokasi berkenaan yang dipantau oleh pihak polis. Kesemua mereka mula berhimpun di hadapan masjid berkenaan sekitar jam 5.00 petang (selepas solat Asar) sebelum berjalan menuju ke lokasi terbabit dalam keadaan hujan renyai-renyai ketika itu. Difahamkan, pihak polis sebelum itu telah memanggil pihak penganjur agar membatalkan perhimpunan terbabit kerana ia adalah perhimpunan haram dan tidak mendapat permit. Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Tuan Jasmani Yusoff dilihat hadir ke lokasi berkenaan sekitar jam 5.30 untuk mengarahkan semua perserta bersurai. Walau bagaimana pun, peserta piket terbabit sempat melaungkan kata-kata keramat seperti "Hidup MTUC" dan "Hidup Rakyat" . Mereka kemudian menyanyikan beberapa lagu semangat sebagai tanda bantahan terhadap akta terbabit. Pihak polis dilihat berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Orang ramai yang lalu lalang di kawasan terbabit, memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat perhimpunan itu hingga menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di sepanjang Jalan Mahkota ke Jalan Bukit Ubi. Perhimpunan bersurai sekitar jam 5.45 petang selepas beberapa kali diarahkan oleh pihak polis yang terus berada disitu. Beberapa pemimpin pembangkang dilihat turut hadir berikan sokongan.


Sebahagian yang telah hadir ke piket bantahan Pindaan Akta Kerja 1955

Peserta mengibarkan kain rentang mennyatakan bantahan akta terbabit


Laungan "Hidup MTUC" dan "Hidup Rakyat" bergema di lokasi himpunan


OCPD Kuantan, Tn.Jasmani Yusoff bagi arahan supaya peserta bersurai


Sokongan serta bantahan untuk memperjuangkan nasib golongan pekerja
Kenyataan daripada wakil Kongres Kesatuan Sekerja(MTUC) Negeri Pahang
Sebahagian yang telah hadir ke piket bantahan Pindaan Akta Kerja 1955

Peserta mengibarkan kain rentang mennyatakan bantahan akta terbabit
Laungan "Hidup MTUC" dan "Hidup Rakyat" bergema di lokasi himpunan
OCPD Kuantan, Tn.Jasmani Yusoff bagi arahan supaya peserta bersurai
Sokongan serta bantahan untuk memperjuangkan nasib golongan pekerja
[Difahamkan piket yang diadakan adalah untuk membuka mata kerajaan perihal kesan-kesan negatif akibat Pindaan Akta Kerja 1995 yang telah diluluskan pada 6 Oktober 2011 yang lalu. Juga diharapkan dapat membuka fikiran golongan pekerja, agar sebelas juta orang pekerja di negara ini lebih peka dan memahami tentang permasalahan yang sebenar. Pindaaan Akta Kerja 1955 tersebut sebenarnya banyak merugikan masa depan para pekerja. Sistem "Contractor for labour" ini diamalkan secara meluas di dalam negara ini, maka generasi pekerja dimasa hadapan tidak akan dapat menikmati imbuhan-imbuhan yang sepatutnya dinikmati oleh para pekerja. Apa dia "Contractor for Labour" ini? Ianya adalah syarikat pekerjaan yang menyediakan pekerja-pekerja yang bekerja secara kontrak untuk syarikat-syarikat besar di semua sektor. Apapun perjuangan untuk membela para pekerja harus diteruskan oleh semua pihak sebenarnya].
mengikut penerangan taiko labour ministry, nampoknya nawaitu nya baik...nak protect lower labour category...geng2 kerja ladang dll...apa yg mtuc nak bising ni?
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=JlBL2giABOQ
sy tk salah kan sdr yg memberikan komen pasal mtuc bising2.. nampaknya maklumat sebenar tk sampai ke telinga rakyat, jika hanya rujukan pd rtm n utusan malaysia... sampai bila rakyat nk tahu apa sebenarnya. bertanya pd mereka yg arif tentang hal ini, nasihat sy, jgn sesuka hati menuduh mtuc bertindak tanpa alasan kukuh.,
BalasPadamcontract labour, outsourcing, etc have been around for a long long time & I do reckon it would not die down, infact...would even be extended to the public sector..saves money & bypasses the many dead bodies lying around kedai mamak, calling themselve pegawai kerajaan.
BalasPadamthis act menakutkan mtuc, by as long as it protects the contract labourers in the estates, saves public money by outsourcing certain activities, etc...kira OK lah to me.
Itu dah fungsi MTUC,nak protect para pekerja yg jadi ahli mereka.Peket,peketlah,nanti sampai masa majikan pulak yg peket,buang pekerja yg tak menguntungkan mereka,atau tutup terus business pi buka business di tempat lain.Semuanya ada kesan positi dan negetif pada semua pihak.Nanti tanggung je lah apa-apa pun.
BalasPadamYang tokey besarnya cina dap, mca & pkr. Bising kat diaoranglah.
BalasPadamTokey besarnya cina. Gi bising kat melayu haprak. Tak jadi apa.
BalasPadamPdo kalut dgn cerita fitnah Lynas...dok buat pekak dgn kesialan Ambiga yg nak permain umah, atau pun sememangnya pdo penyokong tegar kaki jubur
BalasPadamTokey besarnya bukan Cina Mina,Menteri sebenarnya KepalaAlang-nya....!
BalasPadam