
Isu Felda kini semakin hangat bilamana saban hari semakin ramai peneroka menyaman agensi terbabit. Malah, mutakhir ini isu panas yang sering diperkatakan ialah tentang langkah penyenaraian Felda Global Ventures iaitu anak syarikat Felda yang dipercayai wujud dengan penuh kemusykilan itu mahu disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini. Malah, isu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dilantik memgepalai Koperasi Permodalan Felda (KPF) juga menjadi kontroversi. Semua ini seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena terhadap agensi terbabit sebenarnya. Maka, kami akhirnya terpaksa membuat beberapa pembongkaran "eksklusif" tentang penyelewengan yang berlaku terhadap agensi yang merupakan "tabung duit" kedua UMNO selepas Petronas itu. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan rakyat terutamanya masyarakat peneroka bahawa mereka kini berada dalam situasi yang amat berbahaya apabila individu yang tidak sepatutnya diangkat memimpin agensi terbabit. Untuk siri yang pertama ini kami akan mendedahkan beberapa fakta sebenar tentang penyenaraian Felda yang tidak pernah didedahkan oleh media arus perdana. Mereka diarahkan menyembunyikan segala fakta ini supaya peneroka percaya bahawa anak syarikat Felda itu berada di landasan yang benar apabila ia disenaraikan. Walhal, terlalu banyak penyelewengan akan terus berlaku jika isu Felda ini tidak dibongkarkan!.
Menteri Koperasi Tidak Setuju Dengan Isa Samad
Antara isu pokok yang perlu didedahkan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepengunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (foto) sendiri sebenarnya tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) demi memenuhi nafsu Tan Sri Isa Samad (Pengerusi Felda) kecuali diarahkan Perdana Menteri. Campurtangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari Negara Kesatuan Eropah (EU) dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi. Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) maka Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan sokong usaha Isa Samad rampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun dia jaja nama Perdana Menteri ke sana ke mari.
Sabri Ahmad Berkomplot Untuk Menipu Peneroka
Perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat dimana Tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakan Felda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran, ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Datuk Sabri Ahmad (foto) selaku Presiden Kumpulan Felda Global. Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Ventures. Malah, Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian tersebut adalah:
Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah bagi mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa Eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun Perdana Menteri sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila dia menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan olehnya adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahlinya selama ini.
JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN DAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI REFERENDUM
Beliau juga akan menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini. Malah, hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 hingga 2.0 bilion.
Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu perkara diatas. (Sila klik pada imej diatas untuk besarkan imej)
Tiga Bukti Isa Dan Si Sabri Cuba Menipu Peneroka
Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR, kerana pertamnya tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini. Keduanya; Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka. Ketiga; Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen, sila klik (SINI) dan (SINI) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap dua individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?
Menteri Koperasi Tidak Setuju Dengan Isa Samad
Sabri Ahmad Berkomplot Untuk Menipu Peneroka
Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah bagi mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa Eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun Perdana Menteri sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila dia menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan olehnya adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahlinya selama ini.
JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN DAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI REFERENDUM
Beliau juga akan menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini. Malah, hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 hingga 2.0 bilion.
Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu perkara diatas. (Sila klik pada imej diatas untuk besarkan imej)
Tiga Bukti Isa Dan Si Sabri Cuba Menipu Peneroka

[Semua fakta-fakta ini akan terbukti jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak. Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata. Tunggu pendedahan eksklusif seterusnya "CEO Felda Global Ventures, Datuk Sabri Ahmad Dahulu Bencikan Campur Tangan Politik Tapi Kini Jilat Ludahnya Kembali". Jangan lupa sebarkan informasi ini kepada semua para peneroka serta generasi kedua Felda yang berada di seluruh dunia].
Peneroka Felda kalau tak percaya pada FELDA dan takut di tipu ,sepertimana yg di katakan oleh PR,eloklah keluar dari FELDA selepas keputusan saman Felda nanti.Sebab kalau kalah,ertinya peneroka yg kemukakan saman tu merupakan pihak yg tak mengenang budi,lebih mempercayai pembangkang,walau pun sudah di beri keistimewaan sebagai penoraka.Kalau menang pula, ertinya peneroka betul dan eloklah juga keluar dari Felda ,kerana kalau tunggu nanti di tipu lagi oleh Felda,baik keluar.Mana-mana yg dah dapat geran tanah,usahakan sendiri tanah masing-masing,kemudain jual hasilnya kepada rakan karib pembangkang,itu para tokey Cina,mereka memenag baik lurus dan tidak menipu.
BalasPadamPasal penyenaraiani Felda Venture kepada yg sudah mengemukakan saman terhadap Felda,eloklah jangan percaya ,ini semua bohongan TS Isa,seperti artikel PDO ni.Pejam mata jangan dok menunggu--nunggu.Satu lagi caranya minta Mazlan Aliman usahakan penyenearainya,atau mungkin juga PDO boleh bantu.Atau pun Fauziah yg anti Lynas tu eloklah buat projek yg boleh menguntungkan orang Felda pulak,jgn dok melalak pasal Lynas tak henti-henti.
Sapa-sapa yg nak keluar Felda beri tahu aku,aku nak masuk Felda pulak,biar kena tipu.Aku tak kesah kena tipu asalkan untung.lebih baik dari tak kena tipu tapi poket kosong macam mejority ahli PKR.
hahaha..kelakar...tp menarik...aku pun rase korg patut keluar je dr felda..takyah byk bunyi...yg kene tipu nt bukan korg..peneroke gak kan..kononnyer...
BalasPadamIni lagi bodos punya orang dasar orang UMCo dia ingat malaysia dan segala isinya harta dia sebab itulah dia boleh tipu, harta kerajaan macam harta bapa dia punya, bandingkan mal dengan singapura dan brunai, dimana kita sedangakan kekayaan kita banyak disebabkan geng UMCO perintah hancur hutang dah hampir 450,000,000,000.00 rasa-rasa macan mana kalau minyak habis, nayalah kita kena tanggung pelbagai cukai
BalasPadamanon 1 bodos nak mampos
BalasPadamhutang negara semakin bertambah....
BalasPadamhasil negara selama ini kemana hingga berhutang pulak?....nak kata buat lebuhraya...semuanya tol..
hospital baru?..byk swasta pada kerajaan..HKL tu naif sgt....layak untuk jadi hospital veterinar je dah keadaannya..
Sekolah?....gelap masa depan...PTPTN pun nak lingkup...
ranking universiti kalah dgn Singapore,thailand dan indon...
dahla duit segala cukai dibaham....
hasil bumi seperti minyak/gas,emas,timah,pasir balak,air sungai..dicuri...
gaji minimapun tak terlaksana...bonus kakitangan tak mampu byr....kalau dapat pun RM500.
bayar kenaikan bil air dan letrik pun tak lepas....
dah la duit cukai yg aku byr habis sia2...duit kwsp aku pun kau 'pinjam' sesuka hati...patutla divident 5% je setahun....yg lain kena kebas...
'Lembu feed lord UMNO' pun boleh duduk Kondo kat 10 juta harga....
rakyat bawahan termasuk peneroka...ditipu sepanjang masa...dulu..kini dan selamanya...
itula umno & BN yg memperjuangkan nasib melayu dan rakyat malaysia keseluruhan....Terima kasih Umno/BN...
apa nak kisah.....ibarat
BalasPadamjadikan 'pencuri+perasuah' sebagai pengerusi bank....memang mcm2 ideala untuk merompak...tapi tak akan ditangkap sebab dia pengerusi...
Isa Samad tu bekas perasuah (politik wang) umno dan telah terbukti oleh umno...serta diambil tindakan oleh umno....org ini di beri kepercayaan untuk menguruskan berbilion2 duit hasil peneroka?....
itula org islam....nabi dah pesan...kalau nak pilih pemimpin cari yg boleh dipercayai....
bukannya perompak,perasuah,pembelit...
begitu jugak nabi cakap..jgn pilih peliwat dan kaki seks sbagi pemimpin...skrg ni tgok..semua nak meliwat....
BalasPadamTetapi ada berok2 kata lebih baik meliwat dari merasuah....kah..kah..kah..kah..kah..
semua nak meliwat?...
BalasPadamtermasuk kau ke?.....
hitch ...jgn....
kalau kau selamat dari liwat...jgn rasuah plak.....
kakakaa.....
sabor2...
BalasPadamjgn bergaduh...
aku bukan nak baca komen 'serangan peribadi....
hujah secara fakta....
Isa Samad pengerusi felda...
isa samad pernah terlibat politik duit..
tapi kenapa dia dipilih?
tak ada org lain yg lebih berwibawa ke?
Aku pun tak faham dgn si Hitch, agaknya dia anak hakim Agustine Paul Hack ,Hitch n Hack mcm sama je........ Lu tak sedar2 ke , mahkamah dah dapati DSAI tak bersalah......walaupun org2 UMNO manipulasikan keputusan tu konon2 teknikal le dalam FITNAH 1.
BalasPadamHanya orang yang hatinya telah hitam dgn dosa yg boleh percaya dgn FITNAH 2. Ulangan teknik membunuh karektor ciptaan barat........
contoh calon 'winable' recycle oleh najib....
BalasPadamdan tunggu...ramai lagi org seperti muhammad taib, rahim tamby chik,isa samad akan di recycle oleh BN pada PRU akan datang....
kes mereka sebelum ini??? tak pe..melayu mudah lupa....org2 lama ini penting sebab nak buat konspirasi untuk jatuhkan muhyidin nanti...
Tak apa..buatlah apa yang kamu mahu buat. rancanglah apa yang mahu kamu rancang. hiduplah kamu dalam dunia ni selama mana yang kamu mahu. ambillah segala yang kamu mahu . Habiskanlah usia kamu mengejar dunia ini dan habiskanlah usia kamu berfikir tentang kehendak dunia ini.
BalasPadamBagus ! skrg kubu umno dalam felda dah kucar-kacir. Apa lagi PR, inilah peluang kamu untuk serang habis-habisan. jangan sia-siakan peluang ini. Cikgu dengan isu waktu mengajarnya, felda dengan isu pegangan sahamnya.
BalasPadamMazlan Aliman, Bersiap-siaplah kamu untuk jadi menteri Felda. Nampaknya laluan kamu mudah kerana lalangnya dah di tebas orang.
BalasPadamHitch ni kalau bagi pendapat macam orang tak sekolah. Ko ni sekolah sampai darjat berapa? Bangang! Nampak sangat kebangangan bila lagi banyak menulis lagi nampak kecetekan ilmunya. Kesian. Baik ko jangan menulis. Dah lah emotional, tak beradap pulak tu.
BalasPadam