
KUANTAN, 10 Nov - Ramai pihak terutamanya orang Islam di negeri ini terkejut dengan kenyataa yang dibuat oleh Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (foto) yang berkata bahawa sebarang kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang muslim itu kepada murtad. Dalam satu kenyataan, beliau dengan jelas berkata hubungan sejenis atau songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat. “Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad,” katanya kepada pemberita, kelmarin. Abdul Rahman mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara. Beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku songsang, malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali. “Hubungan sejenis tidak dibenarkan Islam dan di Pahang ini tidak mahu adanya kumpulan lelaki yang menolak perempuan dan sebaliknya,” tambah beliau. Abdul Rahman menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa menjaga anak-anak daripada terlibat dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah. Persoalannya sekarang, apakah kenyataan beliau itu ikhlas atas sekadar mencari publisiti murahan. Ini kerana, beliau sehingga sekarang ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah, Miss Malaysia Pahang 2010 yang sudah beberapa kali kami dedahkan sebelum ini. Malah, kami juga pernah mencabar beliau untuk mengeluarkan kenyataan tentang isu ini jika tidak mahu digelar "syaitan bisu" oleh umat Islam. Kenapa program itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan, sebaliknya program yang sama "kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis" yang berlaku dalam negeri sendiri diabaikan?. Bukankah acara memalukan terbabit berlaku di dalam negeri Pahang sendiri yang mana beliau adalah Mufti Negeri yang wajar mengeluarkan kenyataan terhadap program terbabit. Namun, sehingga kini beliau menyepi dan membisu sahaja.
Timbul kekeliruan, bila agaknya Mufti Pahang mahu ulas isu lepih panas ini
[Maka itu, beliau tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan tentang Festival Seksualiti Merdeka 2011 sebenarnya. Masakan "kuman diseberang laut nampak, tapi gajah didepan mata tak nampak". Justeru itu, umat Islam di Pahang diminta menilai apa yang berlaku di depan mata mereka ini hendaknya. Kita tidak mahu ada pemimpin agama yang hanya "bersuara" untuk kepentingan politik semata-mata, sebalinya menikus bila ia boleh menggugat kedudukannya. Jika inilah keadaannya, maka sia-sia sahajalah nasihat yang beliau berikan terhadap penganjur Festival terbabit. Mufti Pahang harus ingat bahawa beliau bertanggungjawab sepenuh dengan kegiatan maksiat yang berlaku dalam negeri ini. Kenyataan beliau seperti ini menyebabkan umat Islam bertambah keliru, seolah-olah apa yang berlaku di Pahang itu dihalalkan oleh pihak yang berkenaan. Tambahan pula, dipercayai ada anak bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang dan merupakan pemimpin UMNO juga turut terlibat dalam program tersebut].
He..he..he... Tok Mufti alaf baru!
BalasPadamHantam sajalah labu masuk alam baqa nanti sendiri tahulah...
Yang dah buat tu bukannya "Tazkirah" pasal kalau tazkirah sure kena punya...Sure Al Mufti Tazkirahulharami wal Judilunhalalan melenting.... Betul tak Cekak Musang????
BalasPadamBiasalah mufti, bila nak kenakan pembangkang, dia lah hero agama Islam. Tapi bila melibatkan kerajaan UMNO/BN, tiada komen. Mangkuk hayun punya mufti. Menegakkan kebenaran untuk kepuasan pihak pemerintah. Bukan untuk menegakkan agama Allah. Lu pikirlah sendiri.
BalasPadamApenye..u org baru tau ke?
BalasPadamAku kenal Tok Peti nie dari kecik lagi lah, tu lah carenye.
Komen jauh gitu boleh la,
sendiri punya menikusssss
nak pulak kalu suruh tegok yg kuning sikit tu, hehe,kecuttt..
Rakyat boleh menilai BAIK atau BURUK seseorang pemimpin UMNO/PR dengan melihat :
BalasPadam1. Boleh atau tidak dia mewajibkan isteri berpakaian Islam-tudung sempurna
2. Mampu atau tidak dia mewajibkan anak-anak berpakaian Islam
3. Boleh atau tidak dia menyeru pengikutnya bersyariat Islam.
KALAU TIGA-TIGA ASAS KECEMERLANGAN PERSONAL PEMIMPIN DI ATAS TIADA, RAKYAT WAJIB MENOLAKNYA...
Lu punya mufti apa kurgnya...bila kena idung sendiri sunyi sepi...!Mana peginya persatuan Ulama Malaysia(PUM)..dulu dok marah benar pasal kartun dlm UTUSAN...skrg ni kenapa x marah pasal LGBT??....ni kira setan bisu la ni..kan PDO....
BalasPadamkah..kah..kah..kah..
x paham betul dengan hitch, nie aku rasa blog pakatan, dah benci pakatan hawat duk mai ganggu sini.... mesti dulu suka komen blog papagomo.... lepas papa kena gomo dengan orang atas, hang dah gila meroyan plak sini.....
BalasPadamala siannya mucuk mucuk hitch
dah x da tempat mengadu
cek komen x dapat duit pon, so cek tulis je la... hang jangan marah na hitch, nanti cek jual dapat cek ori :D
ciannya hitch hahaha......
BalasPadamhitch jgn nangis....
BalasPadamhahaa...
Mufti makan gaji dan berpencen biasa lah...
BalasPadamdia tunggu orang lain tegur dulu, baru dia berani tegur
BalasPadamhitch adalah paparazi umno, dibayar untuk mempetahankan parti umno, hihihihihih...
BalasPadam