script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nicol Dan Zulfadli Harumkan Nama Malaysia, Bila Jadi Juara Acara Sukan Peringkat Dunia Semalam

Nama Malaysia terus diharumkan dalam acara sukan, bila dua pemain negara berjaya menjuarai acara sukan peringkat dunia masing-masing semalam. Datuk Nicol David melakar sejarah baru skuasy wanita dunia apabila merangkul gelaran Terbuka Dunia untuk kali keenam berturut-turut di Rotterdam, Belanda. Ia sekaligus meleburkan rekod lima kali yang dipegang lagenda Australia, Sarah Fitz Gerald sejak 2002. Nicol selaku pilihan utama menang mudah ke atas lawannya yang merupakan pilihan kedua, Jenny Duncalf dari England 11-2, 11-5, 11-0 dalam tempoh 29 minit. Sementara itu bagi acara Badminton pula, Pemain remaja negara, Zulfadli Zukiffli mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain Malaysia pertama menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Remaja Dunia selepas menewaskan pilihan utama yang juga juara bertahan , Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 9-21, 21-19 di Taipei.


Inilah dua athlet sukan yang telah mengharumkan nama negara semalam

[Kejayaan yang dikecapi oleh kedua-dua athlet sukan Malaysia ini sungguh membanggakan. Tambahan disaat Umat Islam seluruh dunia sedang menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha sekarang ini. Kejayaan Nicol memang sudah dijangkakan, tapi sayangnya sukan yang beliau sertai kurang popular bagi golongan biasa. Lantaran itu kejayaannya tidak seindah sukan-sukan lain yang menjadi kegilaan peminat seperti bolasepak dan badminton khasnya. Apapun, diharapkan agar Kementerian Belia Dan Sukan dapat mengembangkan lagi Sukan Squasy ini di sekolah-sekolah selepas ini. Ia sebagai langkah persediaan untuk mencari pelapis negara jika Nicol sudah bersara nanti. Apapun, kejayaan Zulfadhli amatlah membanggakan dan ternyata beliau bakal menjadi jaguh baru negara dalam acara badminton selepas Datu Lee Chong Wei bersara satu hari nanti. Apapun, syabas dan tahniah buat kedua-duanya. Malaysia boleh !].
Share:

1 ulasan:

  1. Amende ko merapu pdo woi....komen mcm org bodoh....bingai

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ADUN Diingatkan Tidak Buat Hebahan, Kenyataan Tidak Benar Yang Boleh Jejaskan Kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak membuat hebahan dan kenyataan tidak benar yang boleh menjejas kredibiliti ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.