
Kecewa Salah Laku Double Standard Exco Pahang
"Minta di siasat dan dedahkan salah laku barisan pimpinan kerajaan umno/bn di pahang dari barisan tertiggi exco yg mengamalkan sikap double standart dan sistem melobi bagi meraih kelulusan kontrak kerja/tender dan sistem kronilisme". Dr.Poorluly, Kuantan.
Kecewa Kawasan Najib Di Chini Pekan Tiada Bank
Siasat Penyelewengan Projek Empangan Ulu Cereh
"Saya mencadangkan PDO dapat menyiasat Empangan Ulu Cereh di Sungai Lembing. Projek JBA yang telah jelaskan bayaran pada kontraktor. Apa yang saya tahu, CCC telah di keluar kan oleh pihak konsultan. Dari segi kualiti....( very bad ) Yang pelik nye M & E belum siap sepenuh tapi CCC telah keluar". Nua, Kuantan
"Saya cukup kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan mengenakan saman parking pada jam 12.00 malam. Ini tidak masuk akal dan nampak sangat MPK nak cari untung dengan mendera rakyat. Harap dapat siasat dan dedahkan kes ini", Tabib Din, Kuantan.
Kecewa Isu Perkhidmatan Bas Bandar Di Kuantan
"Ramai lepasan ijazah,diploma akan berkeputusan kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Johor yang mana sistem pengangkutan memuaskan dan tidak membebankan. Kami mempunyai hutang pinjaman pendidikan yang banyak perlu dilangsaikan, maka, permulaan kerja pasti tidak mempunyai kenderaan. Pihak kerajaan daerah Kuantan harus menitik beratkan tentang sistem pengangkutan yang merupakan titik tolak permulaan dalam melangkah ke arah kemajuan bandar yang memudahkan rakyat ke bandar dan ke tempat pusat perniagaan yang dibina agar ekonomi bandar meningkat. Pusat perniagaan di bandar Indera Mahkota akan lebih maju jika bas lalu ke sana dan rakyat dapat ke sana dengan tidak membebankan. Menyedihkan apabila sistem pangangkutan di bandar Kuantan tak memuaskan. Perkhidmatan bas awam yang hanya 1 jam sekali dan tak merangkumi semua jalan. Banyak kedai baru yang dibina tetapi tidak menjadi laluan bas. Hanya orang yang mempunyai pengangkutan sahaja mampu pergi ke kawasan perniagaan yang baru buka itu. Terus terang saya katakan Kuantan sama taraf dengan Mersing sahaja". Ila, Kuantan.
Malu Pusat Maksiat Bersepah Di Bandar Kuantan
"Kuantan Terkenal dengan jolokan bandar dalam taman bandar palma. Memang elok dan indah sekali. Namun mengapa ada banyak perkara haram mungkar masih terpelihara rapi dan utuh dalam bandar kuantan. Sebagai umat islam saya dan kita semua amat malu pada org cina india kerana apa yang hebat meneguk arak secara terbuka di jalan wong ah jang pusat dangdut adalah melayu islam.Apakah JAIP tiada kuasa untuk buat kerja atau takut ada kuasa besar yang menghalalkan perlakuan meneguk air syaitan. Ada lagi hal persundalan pelacur mak nyah yang secara terbuka semua depan mata kita. Adakah kita sekarang telah kembali ke zaman jahiliah semua orang tak mampu berbuat cuma lihat. Anak muda kita berpacaran merata rata. Di rumah sewa di celah batu pusat peranginan. Mungkin JAIP tidak cukup kakitangan untuk pantau dan bertindak". Kamarul, Kuantan.
Saff HTAA Kesal Kelewatan Bayar Kenaikan Gaji
Kecewa Selalu Banjir Kilat Di Jalan Wong Ah Jang
"Hujan 30 minit tanpa henti dan lebat lorong mat kilau, wong ah jang, jalan makbar sudah banjir berkilat. Apa sudah jadi. Longkang cantik dan dalam. Tapi mana air mau pergi. itu air pusing pusing dalam itu loangkang saja.saya sudah pening la orang buat longkang utk alirkan air ke sungai tapi longkang disini cuma utk tampung air dan jadikan kolam kilat percuma untuk kami penduduk disini.Sama ada MPK JKR atau siapa jua yang berkuasa dalam hal ini. Jangan segan dan silu untuk selesaikan jangan tunggu sampai dunia kiamat.jurutera longkang mungkin atasi masalah ini biar satu hari nanti hujan turun saja air masuk longkang mengalir laju macam dlm bilik air kita tu tak bertakungkan laju je air berlari...". Sulaiman, Kuantan.
Masalah Air Di Jengka Masih Hantui Penduduk
"Masalah air di kawasan jengka sentiasa tidak terjawab sehingga sekarang.... ketiadaan bekalan air pada waktu puncak / kenduri atau apa2 kerja yang memerlukan pengunaan air amat menyusahkan / menyesakkan para penguna di kawasan penempatan.... sedih sekali sekali saya balik ke kampung melihat masalah ini tidak terbela / terbendung... apakah sebabnya masalah ini tidak dapat diselesaikan sekian lama oleh pihak berwajib... sedangkan negara menuju ke arah negara maju.... masalah air pun tidak dapat diselesaikan????". Koko, Jengka
Kecewa Sikap MPK Menangani Isu Saman Parking
"Hari2 MPK saman sampai ke malam..tp arini dtg la ke Tempat parking MPK Lrg Tun Ismail 10..MPK siap bagi orang sewa utk buat pameran lagi.pastu kalau org ramai letak kenderaan merata2.balaci MPK saman,apa kejadah nya ni???bodoh ke bangang punya kerja nih???". Zeck, Kuantan.
Kecewa Kereta Parking Sesuka Hati Dekat Beserah
"Harap dapat penguatkuat MPK pantau jalan masuk ke Taman Beserah Jaya melalui klinik Badaruddin. Jalan selalu di penuhi olih kereta kiri dan kanan bahu jalan dekat kedai makan bersebelahan klinik". Malaiwong, Kuantan.
Baiki Longkang Tersumbat Di Jalan Wong Ah Jang
"Masalah Longkang tidak mengalir dan nyamuk di jalan wong ah jang (belakang GoodYear). Ini bukan masalah baru sampai bila mahu selesai. Bila air bertakung nyamuk membiak. Penyelasaiannya ialah jadikan longkang itu tempat air mengalir bukan tempat takungan air.Nyamuk terlalu banyak terutama kawasan gelap dalam rumah.Bukan tidak pernah ada kes denggi malah tiap2 bulan ada yang kena denggi. Sekali ada kes masa tu lah pejabat kesihatan datang buat semburan ubat nyamuk tapi yang pelik nyamuk makin ramai bukan pupus selepas kena semburan. Harap YB kawasan ini tinjau macammana nak alirkan air dalam longkang tu agar tidak bertakung lagi.Sekian terima kasih", Rahman, Wong Ah Jang
Pemimpin Mereka Yang Salah Bukan Ahli UMNO
Wanita Takut Kelibat Lelaki Di Syaki Perompak
"Rumah sy didatngi 5 org lelaki menaiki kereta Gen-2 silver, pd pukul 11.40mlm berlegar2 di hadapan rumah (Chegar Medang).. kali ke-4, mereka menghentikan kenderaan lulu dtg 2 org lelaki dr kereta dan menanye ttg dimane adenye rumah kosong tok org bujang. sy agak ketakutan, kerane, mengapa MALAM BARU HENDAK MENCARI RUMAH, NAMPAK KE..?? lalu sy berkate sy tidak tahu, lalu pure2 memanggil suami seperti ada dirumah (sedang bekerja saat kejadian), mereka berlalu pergi.. sy agak ketakutan, kerane hanya sy dan baby sj d rumah, suami kerja di JABATAN VETERINAR PAHANG. tolonglah saya.. kerane, isnin lepas ad seorang lelaki meminta sy membuka pagar tok mebenarkannya masuk ke rumah bg melihat keselamatan gas dapur dirumah, sy tidak membenarkan. sy meminta name syarikat dan no pendaftaran agar sy dan suami akan pergi sendri. lalu die beredar tanpa berkate ap2.. setiap kejadian y berlaku, suami sedang berkerja, harap aduan sy ini didengarkan kerane sekitar ini baru sahaja terjadi kejadian rompakkan kedai". Mamadarweersy, Bentong
Kecewa Maksiat Pelajar Kolej Di Indera Mahkota
"Kesal dgn pelajar ipts di indera mahkota: a)perhubungan lelaki&perempuan melebihi batasan. b)cara barpakaian yg menjolok mata. c)kerap membuat PROJEK di rumah sewa berdekatan. d)tidak menghormati org tua yg tinggal di kawasan berdekatan". Ahmed, Kuantan.
JAIP Di Minta Pantau Rumah Jadi Pusat Maksiat
"salam.. bole x, mtk tlg JAIP bentong wt rondaan di No.104 kg. Chegar medang bentong pahang..?? di rumah tuh, hanye tinggal nenek, wanita umor 4+ dan 3org anak perempuan dan ag sorang belajr di KL, si ebu menggalakkan anak tok bercinte pd usia mude, malah si ebu membenarkan anak perempuan y bru brusia 15thn dan 13 thn membawa lelaki y bkan mahram masuk kedalam rumah.. manekala si ibu tidor diluar, dan anak membawa lelaki amsuk tido didalm bilik, kejadian ini menjadi saksi saudare mare, sudah di beritahu kepada ayahnye, tetapi ayah nye tidak percaya, malah menuduh org membuat fitnah.. sedang kan gambar juge sudah disimpan sebagai bukti anak membuat maksiat didalm rumah, si nenek tidak berdaye, dgn penglihatan y x jelas dan pendengaran y kurang, jd ini adalah kesempatan. tujuan aduan ini adalah untuk mencegah kejadian anak luar nikah dan zina dr berlaku. masing takut membuat aduan kepada jabatan agama bentong ini kerana, ayah nye seorang panas baran. jd harap aduan ini di ambil tindakkn". Moji2, Bentong
Medan Selera Taman Sepakat Masih Tiada Tandas
"Assalamualaikum wbt..!!.Mohon pihak berwajib turun padang dan lihat sendiri betapa perit dan malunya, bila melihat pelanggan tempatan dan pelancung datang ke Medan Selera Taman Sepakat yang makanannya disitu memang menyelerakan tatapi bayangkan bila saja nak terkencing dan ter..xxxxx (tak sedap sebut...) kemana nak pergi....? TANDASNYA TAK ADA..dengar kata dah 8 tahun keujudan tempat makan yang indah khabar dari rupa...Siapalah yang sepatutnya dipertanggungjawab...MPK atau KERAJAAN NEGERI...JANGAN NANTI BILA KARAM SINGH DATANG BUAT PANTUN...kelam kabut bagai kapal nak karam...kesihanilah kami sebagai pengunjung setia di situ....Katanya ada Hari Mesra Pelanggan pagi jumaat ni....8.30 pagi hingga 11.pagi...". Cucupak Uda, Kuantan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Sila Turun Padang
"Salam, kepada YB Azan...kenapa masih belum turun kawasan lgi jumpa pengundi..nak tunggu pilihanraya ker?..dari IM15 and IM14..sekian". Abg John, Kuantan.
Kecewa Bau Busuk Dari Pusat Perlupusan Sampah
"Masaalah penduduk dikawasan Balok,sekitar Aspa Cottage dan Gebeng adalah bau busuk dari tempat pelupusan sampah berdekatan. Bertahun tahun kami menghidu racun ini setiap malam. Cadangan supaya satu tempat pendalaman yang jauh diguna untuk pelupusan sampah secara "landfill" ini. Atau tidakkah mahu mengunakan cara moden yang lebih efektif untuk melupuskan sampah? cara "landfill" ni dah tak boleh pakai lagi". Rahim, Kuantan.
"Minta tolong pantau tentang masalah penempatan guru-guru dari luar negeri ke negeri kelantan. Masalahnya ada guru yang berkhidmat diluar negeri dapat pindah ke negeri kelantan, walaupun tempoh perkhidmatan mereka TIDAK SAMPAI / KURANG DARI 3 TAHUN. 2. Apakah tindakkan TATATERTIB boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan JABATAN PELAJARAN NEGERI yang meluluskan pertukaran tersebut SERTA yang menerima pertukaran tersebut?. Sekian terima kasih..". Suhaimi, Kelantan.
Kerajaan Di Minta Pantau Caj Insuran Kenderaan
Isu Kereta Lama, Kerajaan Perlulah Bersikap Adil
"Difahamkan sekarang ini kereta persendirian yang berusia lebih 15 tahun perlu membuat pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu, memanglah kereta lama ada masalah serba sedikit, kalau tak lulus Puspakom jangan haraplah dapat renew Road-tax. Nampak gayanya ramai lah orang yang berpendapatan rendah seperti saya makin susah. Saya pun tak ingin pakai kereta lama kalau saya senang. Tapi ini sajalah yang saya mampu pakai. Nampak gayanya kerajaan cuba untuk memberi bisnes kepada towkey-towkey yang dah sedia kaya sampai begitu sekalikan. Kita ni dah susah disusahkan lagi, nampaknya slogan 'Rakyat didahulukan" cerita dongeng ajelah... Next term ..pikirlah sendiri sapa nak di pangkah.. TQ". Ahmad Nurdin, Maran
JPA Di Gesa Beri Perhatian Kepada Jawatan N41
"Tolonglah kami pekerja Perkhidmatan Awam dari kumpulan sokongan. Bagi pegawai PTD tiap-tiap tahun dapat kenaikan pangkat tapi kami dari mula dilantik sampai pencen duduk takuk tu la saja. Kami ada Ijazah tapi tak laku. Suruh apply kerja macam pemohon baru yang lebih muda dan berkelayakan manalah kita orang boleh bersaing dengan mereka. Harap JPA dapat menawarkan Jawatan Pegawai atau meujudkan semula Jawatan N41 sebagai ganjaran kepada kami yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dan telah berhempas pulas belajar bagi mendapatkan Ijazah tapi akan menjadi tatapan sahaja akhirnya. Minta JPA bantu kami untuk mendapatkan kenaikan pangkat jangan asik leka mengira kenaikan pangkat mereka aja. Dulu Kerajaan janji kepada kami kalau bersedia untuk belajar untuk membantu menaikkan imej Perkhidmatan Awan maka kami akan dibantu untuk kenaikan pangkat. Tapi janji tinggal janji aja. Abok pun tadak". Mali Hussin, Putrajaya
Di Paksa Letak Jawatan Gara-Gara Masuk Islam
Jabatan Agama Di Gesa Pantau Melayu Beli Ekor
"Assalmualaikum minta pihak PBT tolong tangkap orang melayu beli nombor ekor di damansaya jaya seksyen 22/11 kat sini ramai orang melayu beli nombor ekor.Polis pun beli nombor ekor gak,artis pun beli". Anza, Damansara
Sekali lagi.Demi pengunjung saya terpanggil untuk mengutarakan masalah di sini..
BalasPadamTelah menjadi bahan bualan dimana-mana, disahkan bahawa Medan Selera Taman Sepakat yang cantik dipandang tetapi tiada tandas. Dukacita dan menyedihkan. Terlepas pandang atau kes terpencil. Segala-galanya masih belum terjawab.
Mungkin tidak cukup peruntukan kot..!!!. Nasib Warga Kuantan. Negeri Pahang Darul Makmur.