KUALA LUMPUR, 3 Nov - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berhujah dengannya mengenai perkara tersebut, bukan hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta Lynas sahaja. "Menteri harus mendapatkan input alternatif sebelum berhujah... jangan guna input Lynas semata-mata, seperti yang saya katakan Menteri seolah-olah menjadi jurucakap Lynas. "Saya cabar menteri kalau benar-benar ikhlas, dengar apa saya nak cakap. Saya ada banyak input alternatif yang saya nak kongsikan. Kalau beliau sedia, saya pun bersedia," katanya Tambahnya, pihaknya sangat kecewa dengan tindakan menteri yang menggunakan kuasa beliau untuk mendapatkan liputan media bagi menunjukkan kononnya semua pihak bersetuju dengan Lynas. "Kita sangat kecewa dengan menteri yang tidak berlandaskan fakta dan gunakan kedudukan beliau untuk dapat liputan media," katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat. Mustapa sewaktu menjawab pencelahan Fuziah sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat kelmarin berkata majoriti penduduk bersetuju dengan pembinaan projek tersebut selepas pertemuan dan penerangan dilakukan dengan pihak terbabit. Namun, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar membantah perkara itu kerana beberapa pertemuan yang dibuat dengan pihak berwajib menunjukkan projek tersebut tidak boleh diteruskan sehingga menepati piawaian. "Lajnah Alam Sekitar dah lakukan pertemuan dengan pihak berwajib seperti Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, MB Pahang kita gagal jumpa kerana tidak pernah ada di pejabatnya. "Akhirnya pertemuan dengan Ketua Setiausaha Miti dan beliau berkata akan hentikan dulu projek ini sekiranya tidak tepati prosedur," kata Fuziah Salleh lagi.
[Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab membawa masuk Lynas ke Malaysia, maka Mustapa Mohamed haruslah menyahut cabaran Fuziah Salleh ini. Tambahan pula, isu Lynas kini sudah menjadi satu topik perbualan hangat dikalangan rakyat di Kuantan menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Menteri MITI pernah hadir mengadakan taklimat di kediaman Menteri Besar Pahang, di Jalan Teluk Sisek beberapa bulan yang lalu. Namun, ia bukanlah perdebatan yang sepatutnya diadakan secara terbuka antara kedua-dua belah pihak. Justeru itu, disarankan mereka berdua berdebat agar ia dapat memberi kefahaman yang berguna kepada rakyat untuk menilai. Penerangan sehala dan bantahan yang dibuat oleh rakyat haruslah diambilkira. Malah, jika dibuat soal selidik tentang isu Lynas itu sendiri maka ternyata mereka yang menentang dan membantah lebih besar jumlahnya dari yang menyokong projek kilang "memproses rare earth" Lynas Corporation itu sebenarnya].
yang menmbantah tu 90% cina...syukur alhamdulillah org2 melayu kita dh mula faham.dh2 la fuziah.cari lah isu laen plop..isu nk hadapi banjir ker...isu homoseks ker...isu murtad ker..lg berfaedah.Allah berikan lah kamu semua petunjuk.Tunjukkan lah kami semua kebenaran.Amin
BalasPadamceo lynas nak berdebat ngan de xmau...apa nye wakil rakyat la fuziah ni..memalukan...
BalasPadamNak dekat pilihanraya. Biasalah cari isu. Nak glamor jap je. Lepas menang pilihanraya hilang ntah kemana.
BalasPadamPompuan duk umah je. Jaga laki ngan anak lagi baik. Apalah nak jadi ngan laki dia ni.
BalasPadamorg nk mng parlimen mmg sllu nak tnjuk hero..moga2 pkr kalah parlimen kuantan thn ni..nk menipu org je fauziah ni..nyesal aku ngundi pkr penggal lepas..
BalasPadamDia ni sejak jadi mp kuantan....yang boleh dia buat bawak 10-15 org pusing pasar mlm,pasar minggu duk jaja lynas....lain abuk pun tarak....bodoh org kuantan kalau undi dia lagi....ghak.....ptuh
BalasPadamkorang semua betul lah, kawasan beserah, cherating, kemaman tu kubu kuat orang cina kan...
BalasPadamORANG MELAYU..
BalasPadamCERDIK TAPI BAB LYNAS NI BODOH BENAR.. SBB TAK AMBIL KISAH...
SIAPA KATA ORANG MELAYU SOKONG LYNAS??? MELAYU TAK AMBIL KISAH LANSUNG.. BILA TERANGKAN BARU DIA FAHAM..?? ORG CINA DAH FAHAM LAMA..
BENAR2 MELAYU... TAK SUKA LYNAS..
TAPI KALAU BAYAR...BARU SOKONG..
INDAHNYA MELAYU NIE...