script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zaid Ibrahim: Parti KITA Akan Letak Ramai Calon Pada PRU-13 Kerana Mahu Jadi Parti Pemerintah!

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim (foto). Sambil berkata Kita merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi. "Kita bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," katanya baru-baru ini. Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik di Sabah dan Kedah yang menyifatkan Kita sebagai parti pengacau apabila berhasrat bertanding banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang. "Kita bukan parti main-main atau parti untuk memecah undi rakyat. Malah parti ini memberi peluang rakyat buat pilihan, sebab itu kita mahu bertanding di semua kawasan yang mampu dan difikirkan sesuai dan sekaligus menjadi parti pemerintah. "Kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya parti Kita sebagai parti pecah undi tak betul. Kami mahu Kita menjadi parti alternatif yang memacu tranformasi rakyat ke arah parti pemerintah dan parti pilihan rakyat sebenar," kata Zaid. Beliau berkata ini kerana pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sudah tidak mampu menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana punyai agenda serta prinsip perjuangan berbeza.

[Nampaknya Datuk Zaid Ibrahim sudah pun memberi isyarat yang cukup menarik kepada rakyat sekarang ini. Memang benar parti KITA yang dipimpinnya itu dianggap sebagai pengacau oleh sesetengah pihak dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Namun, mereka juga harus ingat bahawa bukan semua rakyat menyokong BN dan Pakatan Rakyat. Maka mereka perlukan satu parti alternatif baru yang boleh bertindak sebagai penegur yang baik di Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri. Lantaran itulah, KITA dijangka akan menjadi satu lagi parti pembangkang yang berkuasa untuk menggoncangkan kerajaan memerintah selepas ini. Kita tidak mahu parti yang hanya menyokong apa saja yang dilakukan oleh pemimpin mereka tanpa melihat impak dan akibatnya kelak. Sikap bermuka-muka dan tidak mahu menegur gara-gara takut kehilangan jawatan dan kuasa perlulah dikikis jika mahu mendapat sokongan majoriti rakyat. Mungkin disinilah pentingnya wujud parti KITA sebagai pemangkin untuk melihat amalan demokrasi yang lebih relevan di Malaysia pada masa akan datang].
Share:

6 ulasan:

  1. Alahai bro................

    BalasPadam
  2. Rasanya adalah lebih baik Dato Zaid fikirkan kembali implikasi yang bakal memalukan dirinya kalau bertanding dalam PRU akan datang. Pilih saja SAMADA BN atau PR...

    BalasPadam
  3. Masaalahnya pemimpinnya kuat minum arak.Macammana tu?.Nanti kalau menang sudah tentu jadi PM dan memimpin kabinet,mesyuarat kabinet diadakan ketika PM tengah mabuk takke haru jadinya.Bila tengok PM mabuk menteri-menteri lain pun akan toin juga.Penyudahnya akan ada keputusan yang bukan-bukan diluluskan.Susah juga nak buat pilihan ni.Nama parti pun pelik 'KITA' seakan-akan sama '1 Malaysia'nanti semuanya hak kita belaka.Kalau dalam '1 Malaysia' dah berani anjurkan forum "persamaan jubo taik Ambiga" mungkin dalam 'KITA' nanti ada penganjuran "Hak Mu Hak Kita".Habis bini-bini comel kena belasah sebab hak kita,ianya diluluskan oleh kabinet ketika tengah mabuk.Kah,kah,kah,kah,kah,lucu betul politik Malaysia dan pemimpinnya.

    BalasPadam
  4. Penagih arak tegar VS peliwat/pezina/pembohong tegar... Dua-dua tak oleh pakai bro!

    BalasPadam
  5. biasalah kalau beer bercampur arak bercakap jawapannya = BERAK

    BalasPadam
  6. hooooiii berok2 org ni dulu la berok2 mcm PDO dok puji melangit bila masuk PKR...!bila kena humban....kena kutuk....kah..kah..kah..mmg dasar berok2 PaRia la...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.