KUANTAN, 18 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini khabarnya sedang menghadapi dilema mahu meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu pada Pilihanraya Umum akan datang. Ia berikutan ada pihak tertentu yang kini sudah mula berkempen dengan "memukul canang" kononnya ada individu tertentu telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk menjadi calon disitu. Pakatan Rakyat dijangka menang besar di kerusi DUN Semambu kali ini berikutan sentimen isu Lynas yang kian menghantui rakyat sekarang ini. Dijangkakan gelombang kebangkitan dan bantahan projek itu akan dinatijahkan pada kertas undi PRU-13 nanti. Lantaran itu jugalah perletakkan calon memainkan peranan penting kerana ia akan menentukan sokongan rakyat terhadap parti terbabit sebenarnya. DUN Semambu kini diwakili oleh Pang Tsu Ming (BN) yang menewaskan calon PKR iaitu Nancy Khong Saw Gek dengan majoriti 2,136 undi. Pang mendapat 10, 300 undi sementara Nancy hanya mendapat 8,164 undi. Biar pun BN menang di DUN itu, namun mereka tewas di kerusi Parlimen Indera Mahkota apabila Azan Ismail (PKR) menang terhadap Salamon Ali Rizal (BN) denagn majoriti 1,027 undi pada PRU-12 lalu. Jika dilihat kepada percaturan terkini, BN berkemungkinan besar akan berjaya merampasa kerusi parlimen tetapi mereka akan kehilangan dua kerusi DUN iaitu Beserah dan Semambu. Ia berikutan pertambahan undi pos apabila sebuah Pengkalan Marin telah di bina berhampiran Pelabuhan Tanjung Gelang. Namun, melihat kepada gelombang penolakan rakyat terhadap projek Lynas, kemungkinan besar penambahn jumlah pengundi ini gagal menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan. Cuma masalahnya sekarang, siapakah calon PKR bagi kerusi DUN Semambu?. Difahamkan, antara nama-nama panas yang dijangkan bertanding di situ ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota). Biar pun ada nama-nama lain, namun meritnya lebih kepada kedua-dua nama terbabit. Soalnya siapakah yang akan bertanding di situ sekarang. Difahamkan, Chean Chung kini sudah menjalankan kempen dan gerak kerja secara agreasif bagi membuktikan beliau adalah calon yang paling layak bertanding di situ. Beliau mendapat skongan daripada beberapa orang pemimpin kanan PKR yang rapat dengan Pengarah Pilihanraya, Azmin Ali. Malah, orang kanan Azmin di Pahang iaitu Zakaria Abd Hamid kini sedang sibuk berkempen setiap minggu di Parlimen Indera Mahkota. Kemungkinan besar beliau adalah calon "paling sesuai" bertanding di situ.
[Jika dilihat kepada populariti, ternyata nama Dato' Fauzi lebih menonjol jika dibandingkan dengan Lee Chean Chung seorang anak muda yang baru melakukan gerak kerja dan berpindah kembali ke Kuantan selepas dikhabarkan bakal bertanding di DUN Semambu. Kin segalanya terletak ditangan pucuk pimpinan parti untuk menentukannya. Malah difahamkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turun ke DUN Semambu awal Disember ini. Kemungkinan besar beliau akan memberi isyarat siapakah yang paling layak bertanding di DUN Semambu pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Apa yang pasti, siapa pun yang bakal terpilih sudah pasti ia akan menimbulkan konflik dalam parti itu sebenarnya. Ini kerana krisis Dato' Fauzi dan Azan sebenarnya masih gagal diselesaikan hingga kini. Lee Chean Chung kini dilabelkan orang Azan selepas memangku jawatan Ketua Cabang apabil Azan dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu tahun ini. Siapa pun yang terpilih, pasti "undi protes" akan berlaku dan ia menjadi kelebihan kepada BN. Namun harus diingat, kemungkinan besar DUN Semambu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRU kali ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada pihak ketika jika isu dalaman PKR gagal diselesaikan dengan sebaik mungkin. Justeru, PKR perlu berhati-hati menentukan siapakah calon paling layak di DUN Semambu jika bercita-cita hendak merampas kerusi itu dari BN kali ini. Apapun, selamat berjuang !!].

Belum apa-apa dah gila kuasa. Hampeh.
BalasPadamPuziah ngan Azan tak jadi calon pun takpe. Serabut je aku tengok.
BalasPadamPuziah ngan Azan, gi balik negerilah. Mu bukan orang Pahang.
BalasPadamKerusi yg dah kalah tu jangan lah berharap nak menang,kerana kerusi yg menang pun akan terlepas.PKR ni macam de facto leader dia juga,angan-angan besar,syok sendiri dan tak perasan dia sudah di benci di sana sini.
BalasPadamBelum apa apa dah berebut kerusi......tak yoh bertanding la sakat isu lynas tu tak jadi kudis bagi bn.....boleh bla la pkr.....arrrgh tuihhh......
BalasPadamKalau PKR menang di pahang siapa nak jadi mb?. pozi pendek.aku kenal lama dah dia ni,sejak tahun 80an lagi.rekord dia bukan bagus pun.meniaga tak menjadi,kes didpmp pun ada.baik tok sah undi pkr kalau takat pozi pendek nak jadi mb.kalau tanya kat cina ktn tu,ramai yg senyum kambing,he,he.
BalasPadamAku dh cakap, OKR dan UMNO ni 2X3 je.. Kene ingat PKR tu lahir dr periuk UMNO...Aku sket x pcaya kat PKR ni...Hidup PAS!
BalasPadamAzan pun tak nampak muka di Parlimen Indera Mahkota. Fuziah pula tak habis2 isu lynas utk mmenutup segala kelemahan kegagalan menjaga kebajikan raakyat. Sy pengundi atas pagar dan rakan2 tak akan mengundi PKR lagi dan takkan ditipu lagi.
BalasPadam