script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: 'Dua Rentung' Dalam Kemalangan Di KM 47 Jalan Kuantan-Maran Petang Semalam !!

KUANTAN 13 Nov - Dua rentung apabila kenderaan dinaiki melanggar sebatang pokok sebelum terbakar di Kilometer 47 Jalan Kuantan-Maran dekat Kampung Gelugor di sini, semalam. Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipandu oleh seorang wanita dan penumpang lelaki itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan. Pegawai Operasi Balai Bomba Taman Tas, Zurin Mamat berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 2.14 petang selepas 30 minit menerima panggilan berhubung kemalangan itu. Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, kereta itu telah terbakar keseluruhannya. "Kami mengambil masa kira-kira tiga minit bagi memadam api dan terpaksa memotong beberapa bahagian kereta berkenaan bagi mengeluarkan mayat yang tersepit,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, kedua-dua mayat yang rentung itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan berkata, pihaknya belum mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan siasatan masih dijalankan berhubung punca kemalangan tersebut.

[Pihak kami telah mendapat maklumat lebih awal tentang kemalangan ini. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Apapun, semoga semua pihak berhati-hati ketika memandu di jalanraya. Jangan memandu terlalu laju hingga boleh menyebabkan segala yang tidak diingini boleh berlaku. Ingatlah orang yang tersayang. Biarlah sampai lambat tetapi jangan tak sampai langsung. Kemalangan memang tidak dijangka, tetapi ia boleh berlaku jika ada pihak yang cuai tentang aspek keselamatan. Semoga semua pihak mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku hendaknya].

Share:

12 ulasan:

  1. Alfatihah untuk sahabatku yg telah pergi dalam kemalangan ini...

    BalasPadam
  2. begitu la kita semua akan pulang menghadap Allah....tak bagaimana caranya

    tapi adakah cukup bekalan yang dibawa...??????

    Insaflah....

    BalasPadam
  3. SPESIS UMNOAPCOPORNO MANA PENAH INSAF, YG MEREKA TAU CELIK2 MATA NAKKAN DUIT & BURIT... TU JER!

    BalasPadam
  4. Memang mereka UMNO tertipu dengan kehebatan dunia....

    Dah mati baru dia tau laa....mereka, betul ke tak betul ustaz2 duk cakap tu selama ini

    BalasPadam
  5. YG BERI KOMEN TU MCM BAGUS SGT... SENDIRI MAU INGAT LAA...

    BalasPadam
  6. ORANG YANG DAH MENIGGAL TLG CERITA KEBAIKAN NYA SAHAJA MOGA INI MATI SYAHID DAN MERUPAKAN BALASAN YG MENGHAPUS SEGALA DOSA DAN TIADA AZAB DI AKHIRAT.AMIN

    BalasPadam
  7. Kalau masa hidup tak ikut suruhan Tuhan...bila mati nak mati syahid apa ke bende nye........

    BalasPadam
  8. Yang dah mati tu apa boleh buat dah sampai masa dia...sedekahkan al fatihah je la......yang hidup ni...lalu ikut highway jangan ambik risiko lalu jalan lama tu....ni musim hujan....pandu perlahan....berhati hati dijalanraya....agak kamu le.......kalau pangkah pembangkang nanti...tak ada orang mati aksident ke?????

    BalasPadam
  9. Dalam perjalanan nak Pasang satu lagi cawangan....agaknya..?

    BalasPadam
  10. Selalunya dengar cerita kereta Persona dan Gen2 je yang banyak terbakar lepas eksiden.

    Apapun, Allah Maha Kuasa. Kita yang masih hidup ni ambil iktibar. Hati-hati di jalanraya.

    BalasPadam
  11. kemalangan telah pun berlaku. Sb utama semua dh tau kan laju dan jalan tak sempurna. Pihak berkenaan tlg ambil tindakan segera.

    BalasPadam
  12. al-fatihah buat sahabatku....bersemadilah dengan aman...tlong la jangan comment yang bukan2 kalau tau tau hujung-pangkalnya...itu fitnah namanya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.