KUANTAN, 28 Nov - Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) digesa menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Karang dekat sini tentang program e-Kasih. Beliau yang dikenali sebagai Tok Empat Awang Kassim itu benar-benar telah mengecewakan para penduduk di kawasan terbabit. Ini kerana terdapat banyak laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukannya dengan memanipulasi program e-Kasih untuk kepentingan ahli keluarga, sahabat dan kroni-kroni beliau sendiri. Program yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang berpendapatan kurang dari RM1000 itu telah digunakan sewenang-wenangnya kepada mereka yang "tidak layak". Paling menyedihkan, tindakan beliau itu tidak diendahkan biarpun telah beberapa kali dibantah oleh penduduk. Akibatnya, penduduk yang layak mendapat bantuan di"persiakan", sebaliknya mereka yang hampir dengan beliau mendapat peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan itu. Menurut seorang penduduk, beliau kecewa kerana kroni Tok Empat terbabit mendapat peruntukan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dibawah program e-kasih, sedangkan mereka bukannya nelayan. "Seorang kroninya bernama Zainuddin Hitam dapat sebuah bot fiber, enjin bot dan juga pukat sedangkan beliau tidak pernah turun ke laut, tidak memiliki lesen ke laut bahkan tidak pernah pun memancing di tepi laut dan kini bertugas sebagai Pemandu Felda", kata beliau.
Seleweng Subsidi Minyak Dan Peruntukan RM200
Penyelewengan juga berlaku kepada Subsidi Minyak Petrol dimana Tok Empat terbabit dipercayai telah menjualkannya kepada pihak yang tidak layak. "Difahamkan nama di atas kad penerima subsidi ialah Abd Majib Abd Wahab iaitu seorang pemandu lori tetapi yang menggunakan lesen itu ialah abang ipar Tok Empat terbabit yang dikenali sebagai Abd Rashid Muda", kata seorang penduduk lagi. Selain daripada itu, terdapat nama-nama mereka yang mencurigakan dan tidak layak tetapi telah mendapat kemudahan daripada Jabatan Perikanan Pahang. Antara nama-nama terbabit ialah seperti Sharif Abdullah, Abd Majid Abd Wahab dan Abd Rashid Muda sendiri. Kesemua mereka mempunyai hubungan keluarga dan merupakan proksi kepada Tok Empat berkenaan sebenarnya. Malah, bantuan peruntukan RM200 untuk nelayan juga telah diagih-agihkan oleh beliau kepada ahli keluarganya yang tidak layak. Inilah yang mengecewakan penduduk.
[Semua kegiatan ini adalah tidak wajar dan sangat mendukacitakan penduduk setempat. Mereka gusar, jika beginilah perangai Tok Empat yang dilantik oleh kerajaan, maka mereka khuathir rakyat tidak akan mengundi BN lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana mereka tidak tahan lagi dengan sikap golongan terbabit yang menggunakan kepentingan diri sendiri untuk mengaut segala projek dan peruntukan kerajaan. Malah, akibat sumpahan orang-orang kampung maka difahamkan Tok Empat terbabit kini mengamali masalah sakit tulang belakang dan terpaksa mendapatkan rawatan dua minggu sekali di hospital Semoga pihak yang berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Gambar-gambar berkaitan akan menyusul demi membuktikan ketidakadilan yang berlaku ini. Inilah yang dinamakan "harapkan pagar-pagar makan padi" selama ini. Apakah begini sikap pemimpin masyarakat?].

harap maklum>>>>
BalasPadamSistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih.
Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verifikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih 2.
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.
Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU di peringkat negeri.
Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP –Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat emel/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.
ICU menggunakan dua kaedah pendaftaran iaitu pendaftaran terbuka dan pendaftaran terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my
p/s: JKM: Jabatan Kebajikan Masyarakat bukannya Jabatan Kemajuan Masyarakat..
UMNO ni kalau merancang memang HEBAT.
BalasPadamTapi bila peringkat IMPLIMENTASINYA, banyak cacat celanya, terutama oleh pegawai pelaksana mcm Tok Empat yang tidak berakhlak Islam, tidak amanah...
Itu belum lagi JKKK yang perangai 'lebih kuah dari sudu'.
Apa kurangnya dengan PR. Contoh bukan main hebat masa lancarkan Buku Jingga.... Tapi apa benda Buku Jingga itu? Hanya layak jadi bahan poengelap kotoran PRO TONG SAMPAH!
BalasPadamE-Kasih hanya utk proksi2 UMNO je tapi e-kasihan utk rakyat miskin dan daif.
BalasPadamsatu lagi LANUN jadi ketua.....
BalasPadamIni lah cara orang penakut n taksub pembangkang menyalurkan rasa tak puas hati apabila apa yang diminta tidak dilayan. Tak layak dapat memang la tak layan. Kalau betullah TOK EMPAT AWANG KASIM tu menyeleweng n salah guna kuasa...report la kat polis terus biar dia kena tangkap, ni gi komen kat sesawang ni buat apa? Lagi glamour dia adalah....yang dah memang glamour. Setakat seleweng duit e-kasih, lambat sangat kaya lah. Nak byr duit loan rumah pun tak lepas. Tunggu la org yg buat fitnah tu....tok 4 buat report polis n saman.....silap2 tak terbayar saman....silap2 rumah yg sebesar tandas rumah tok 4 tu pun tergadai nak byr saman. Kita tunggu.....berani jolok sarang tebuan ya.
BalasPadamBAGUS JUGA SIASAT SEMUA ,T4 NIE,
BalasPadamSBB KALU VIA @BN PUNYA, MEMANG ADA KES SONGLAP N KRONI NIE..
BAIK TANAH, TANAH KELOMPOK, BIJIH, BANTUAN2, PROJEK KECIL..
BAGI PELUANG sprm MASUK LA..
Pasti lepas nie T4 letak Jawatan.
rasa kelakar jer baca petikan ni... dari sumber mana lah dapat ni... MGKN dari mereka yg juga ada hati nak jadi tok4 jgk kot....huhu setahu sayalah menda ni dah lama... nama spt zainuddin tu masa dia dapat e-kasih dia masih menganggur dan hidup kemiskinan bersama anak isterinya,,manakala Majid dia dapat bantuan nelayan sblm dpt kerja driver... dan setiap permohonan bknnyer TOK4 yg luluskan semuanya dari jabatan2... yg telah dtg wat siasatan... bila saya baca petikan ni saya ketawa .. kesian plk ker tok4 awang.. x pasai2 kena fitnah camtu... kalau lah tok4 ada baca petikan ni saya nasihatkan saman jer tok... jgn bagi peluang kat hantu2 kacang ni... x phm2 ada gak manusia cam gini.... wsalam
BalasPadamhehehe...
BalasPadamada pulak org terasa..
biasanya tukang masak je dapat rasa masin ke, manis ke, pedas ke..
ok le tu..
T4 tanah felcra, tanah kelompok,projek kecik2, buka tanah baru, pemohon2 tanah tak berbunyi lagi nie...
senyap je...
aku x penah dengar pun t4 umno begitu jujur dlm menjalankan tugas dan amanah yg dberikn.Ini adalah satu contoh kerja2 jahat yg mereka lakukan.Memang umno ni org2nya adalah mereka yg tahap pendidikannya tak smpi kemana,masuk parti pun sebab nak cepat kaya.Kes mcm ni mmg aku tak heran sebab kejahatan,pecah amanah,penyelewengan dan mcm2 lagi kerja jahat adalah budaya umno.
BalasPadamAlhamdulillah, semoga orang-orang yang buat fitnah bertambah-tambah susah hatinya, dan orang yang kena fitnah bertambah-tambah senangnya. Tk de pulak komen orang yang dia telah bantu . Janganlah kebencian kita kepada seseorang membutakan kita kepada sebarang kebaikan yang telah diberikan. Entah-entah orang yang buat posting ni yang teringin nak jadi tok 4 tak? Buang-buanglah hasad dengki dan iri hati, bawa-bawalah mengucap.
BalasPadamni kat nak banjir.....anak2 tok4 semua dapat bantuan....banjir sedangkan rumah tak kena air....duit dapat...ikan sadin dapat....beras dapat.....ikan kering dapat...semua dapat...ini tok4 sayang anak dan waris.....!
BalasPadamhttp://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/program-melawan-hari-ini.html
BalasPadamtok empat selalunya banyak tanah..berduit la..cuba la korang buat sedikit kajian tempatan..berapa sangat la gaji tok empat tp dengan kuasa boleh tapau tanah berkeping2 wakaka..ni lah t4 umno..mane2 pun sama jer..ni adalah fakta yang aku dapati depan mata aku sdn.tp kita rakyat biasa ni apala sangat..mohon tanah 4 5 tahun pun senyap jer..ble nak pru baru bising2 nak lulus..ni lah cara urusan mereka..faham sangat dah sapa kaki balun
BalasPadamsuatu ketika dahulu dalam era 90 an.bapaku dan kawanya ada memohon tanah yang dikatakan agak mudah untuk dapat nya.stat kete pergi bandar jumpa do/ado.bincang2 dengan harapan lulus lah tanah yang dipohon.tup2 tuan ado/do tu bg bil telefan atur suh setel.faham je la tahun 90 an sapa pakai atur kira highclass la..ada la dekat 4 ratus jugak..dah 20 tahun berlalu habuk pun tadak..
BalasPadamtahukah anda jika polis,sprm telus ramai tok empat,tok sidang,pak lurah nazir masjid kat selangor duk dlm penjara sebab songlap pd zaman gerombolan dahulu.tp mereka kebal nak buat camne
BalasPadam