Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universitu (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menggangotai mana-mana parti politik. Keputusan ini dilihat sebagai satu tindakan bijak kerana akta tersebut dipercayai tidak relevan dengan situasi semasa. Tambahan pula rata-rata mereka yang berumur 21 tahun itu sebenarnya sudah layak dan ramai yang berdaftar sebagai pengundi pilihanraya. Makanya, jika mereka tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana parti politik bererti menyekat kebebasan mereka dalam negara demokrasi berdaulat seperti Malaysia ini sebenarnya. Justeru, ramai mahasiswa mahu ia dihapuskan terus kerana ia bertentangan dengan hak-hak asasi manusia. Apapun, ramai juga yang sangsi dengan keputusan Najib itu. Tambahan pula ketika bahang Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang. Ramai yang mengganggap ini hanya "trick PM" untuk mengaburi mata pengundi muda agar percaya kononnya kehendak mereka telah dituruti oleh kerajaan. Ia berikutan daripada hasil keputusan pertemuan Najib dengan pengamal media baru pro-kerajaan di PWTC baru-baru ini. Maka itulah mereka mengganggap kenyataan boleh terlibat denga mana-mana parti politik itu juga tidak mungkin menjadi realiti. Ini kerana kerajaan sudah pasti hanya akan benarkan mereka terlibat dengan politik UMNO BN semata-mata jika pun ia dilaksanakan. Inilah juga yangberlaku ketika kerajaan benarkan guru-guru bergiat dalam politik sebelum ini. Maknanya perkataan "benarkan mahasiswa sertai mana-mana parti politik" itu harus lebih sesuai dan jelas lagi. Jika tidak golongan terbabit tetap akan mengatakan mereka dipergunakan untuk raih undi PRU-13 semata-mata.
[Apapun, keputusan yang dibuat oleh Najib ini setidak-tidaknya boleh melegakan para peajar dan mahasiswa terbabit. Biar pun penuh helah dan sebagainya, namun Najib adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berani membuat perubahan. Sama ada ia popular atau tidak mungkin bukan masalahnya. Apa yang penting rakyat secara majoriti sudah pasti akan melihat Najib bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Memang benar ada beberapa perkara yang masih gagal dilaksanakan sekarang ini, namun sebagai rakyat yang bijak berfikir kita harus sedar bahawa ada kalanya apa yang kerajaan buat itu boleh memberi kelebihan kepada rakyat. Maka itu, tidak perlulah kita terlalu melenting dan terus membangkang tidak tentu hala. Semoga perubahan ini akan dapat dinikmati oleh generasi akan datang hendaknya. Teruskan perjuangan !].
Syabas PM Najib....
BalasPadamRakyat bukan sekadar mahu PM beretorik membenarkan mahasiswa/sis
wi terlibat dalam politik setelah aqil baliqh politik(21 tahun),tetapi buktikan bahawa UMNO/BN benar-benar ANAK JANTAN .Jangan hanya benarkan mahasiswa yang bergiat di bawah parti pemerintah sahaja, tetapi menghalang pelajar menyertai pembangkang.
Mahasiswa sememangnya secara majoriti menyokong pembangkang, malahan lebih 75 % pensyarah juga menyokong pembangkang!!!! Harap Najib jangan berjanji bagai orang MUNAFIK...
Kami dah muak melihat selama ini larangan orang politik masuk ke IPTA/IPTS tetapi berlambak-lambak orang politik puak UMNO/BN buat universiti macam rumah mereka sendiri....
HAHA. adakah ini satu lagi sandiwara dari kepimpinan DS Najib?
BalasPadamselepas rakyat ditipu mengenai pemansuhan ISA, penipuan mengenai AUKU juga mula dimainkan.
syabas atas penipuanmu DS Najib.
Makin ketinggalan lah pelajar Melayu yg memang suka berarak ke hulu berarak kehilir,sementara pelajaran mereka terabai.Sudahlah masuk ke universiti dgn kaedah quota,bila dah di Universiti,sibuk dgn politik pula nanti.Ini satu tindakan kurang bijak DS Najib.
BalasPadamTapi kalau standard akademik di tingkat tak mengapa,supaya pelajar yg sibuk berpolitik semata-mata akan tercicir nanti,seperti Hishamuddin Rais yg tak ada degree dan Anwar yg mampu meraih GD saja itu pun terpaks repeat utk lulus.Gulungan begini eloklah merasa akibat dari kegiatan mereka.Orang begini memang berkaliber utk menjadi pemipin tapi hanya boleh memimpin gulungan bodoh,kalau memimpin oragn cerdik ,ianya tidak bertahan lama,apa tah lagi jika ada pemimin lain yg lebih cerdik,seperti Anwar yg bertentangan dgn Dr.Mahahtir.Anwar akan hanya menang dgn pemimpin seperti Abdullah Badawi,tapi akan tewas dengan pemimpin seperti Mahathir dan gandingan Najib Mahyuddin nant.
Anonymous kat atas tu lulusan apa pulak? PHD? Degree?Kalau setakat komen orang punya kelulusan buat apa,diri sendiri tu sampai takat mana? Ingatlah ilmu itu anugarah Allah,aLLAH Berhak atas apa yang dianugerahkan ,andai kamu belajar setinggi manapun kalau tiada kurnia dari NYA,sampai bila pun tak berjaya tanpa izinNYA.Ada akal kat kepala tak guna,komplen orang saja dia tau.
BalasPadamFakta: Majoriti pelajar di pusat pengajian tinggi menjadi bodoh dan bacul bukan kerana bodoh tapi diperbodohkan oleh golongan yang memang suka memperalatkan pelajar untuk kepentingan politik.
BalasPadambelajar perabih dulu la..kebanyakan budak2 ni semangat masa belajar jer..bila dah keje n kawin tinggal dah semangat masa belajar dulu..lagi satu kalau u all student nak berpolitik cuba la ingat "hormat" pada lecture n staff ok..ni bila pandai cakap sikit kira macam hebat sangat dah.jalan sebelah kita tak reti nak beri salam apatah lagi senyuman.
BalasPadamTakde salahnya berpolitik sebab Mahasiswa adalah aset penting negara. Penglibatan dalam politik menjadikan pelajar lebih matang dan dapat menimba pengalaman berorganisasi secara realistik.
BalasPadamYang salahnya selama ini pelajar disekat dan dikenakan pelbagai tindakan bila diketahui terlibat dgn parti pembangkang. Tapi kalau terlibat dan berkempen untuk parti BN berbakul-bakul pun takde mende tindakan.
Itu x termasuk berbakul2 lagi program politik UMNO BN berselindung atas nama Biro Tata Negara (BTN), GPMS, Rakan Muda dan sebagainya.
Betul ke ? atau cuma boleh menyertai parti BN SAHAJA ? Takut2 kalau menyertai Parti pembangkang akan ada pelbagai masalah ditimbulkan.....Janganlah nak perbodohkan rakyat....
BalasPadamBerita mengatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universitu (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menggangotai mana-mana parti politik..... Boleh percaya ke janji Mohd. Najib ni?
BalasPadamNajib telah menipu rakyat dengan janji-janji manisnya secara terang-terangan bukan sekali tapi sudah berpuluh kali. Sehingga kini dia masih lagi mengeluarkan janji.
Dan yang anehnya ramai rakyat yang masih percaya termasuk PDO pun dilihat percaya dengan janji palsu Mohd. Najib. Hebat !
Najib janji pada NGO Bersih 2.0 akan memberi kerjasama sekiranya mahu berdemo dalam stadium. Tapi setelah tawaran itu diterima oleh pihak NGO, apa tindakan Mohd. Najib selepas itu.... Perhimpunan Bersih 2.0 dituduhnya haram, peserta perhimpunan aman memakai baju berwarna kuning haram. Memanggil anggota polis supaya membelasah, tangkap, tahan dalam lokap, didakwa dimahkamah.
Mohd. Najib berjanji akan memansuhkan ISA... bunyinya macam nak hapuskan akta gila itu tapi rupa-rupanya ditambahnya satu lagi ISA. Dari satu menjadi dua.
Jika Mohd. Najib berjanji dan masih ada orang percaya pada janji itu maka sahlah orang itu adalah pencacai UMNO BARU jika tidak ia adalah baruah RM50/=
Dah la tu Sman.....
BalasPadamBersaralah....
Pdo dah nampak hakikat bn ikhlas nak transform, tak mcm kaki jubur yg tak abis abis tuding jari kat org lain sesudah memancutkan air maninya sesuka hati.
BalasPadam