script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Koh Tsu Koon Tidak Mahu Bertanding PRU, Buat Pembaharuan Atau Pun Takut Hadapi Kekalahan

KUALA LUMPUR, 17 Nov - Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon (foto) hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri. Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di sini, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan. Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan “Bergerak bersama rakyat’. "Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan. "Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada PRU ke-13 ini nanti, katanya. Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan UMNO adalah dalang di sebalik keputusan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang. "Saya fikir ia (keputusan itu) bukan kehendak (Koh) beliau... Jika tidak, beliau akan berundur sebagai presiden Gerakan selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008 dan sanggup pula terima jawatan menteri," kata Lim sambil melahirkan rasa simpatinya. "UMNO dapat apa saja yang UMNO hendak... itu caranya. Mereka menentukan segala-galanya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP. Menurut Lim, misi UMNO untuk menggulingkan Koh telah tercapai selepas kempen memburuk-buruk dan mencemarkan nama baiknya dilakukan sejak 2008 lagi.

[Belum pernah terjadi dalam sejarah seorang Presiden parti komponen BN tiba-tiba umumkan mereka tidak mahu bertanding dalam satu-satu pilihanraya. Apakah motif Koh Tsu Koon agakya. Mahu buat pembaharuan atau takut dengan kekalahan seperti yang terjadi kepadanya pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Nampak benar, beliau melihat rakyat terutamanya orang-orang Cina di Pulau Pinang kini menyokong penuh kepimpinan Lim Guan Eng di sana. Maka itulah, beliau gusar maruahnya tercalar jika dia memberanikan diri bertanding kali ini. Igauan buruk PRU-12 masih terpahat diingatannya. Maka beliau terfikir adalah lebih elok dia menjadi Senator seperti sekarang untuk berada dalam kabinet. Tapi, apakah beliau pernah terfikir andainya BN tumbang dan dimanakan kedudukan beliau?. Apapun, rakyat harus menghormati keputusan berani yang dibuat oleh Koh Tsu Koon ini. Siapakah lagi selepas beliau agaknya].
Share:

6 ulasan:

  1. ya, macam tu la kalau nak hidup cari makan dgn. BN ni..
    BIJAK cara dia ni, aku puji..
    Mana-mana Ahli Politik BN yg rasa2 akan KALAH ikutlah cara TS KSK ini, BIJAK.!!
    Boleh jadi SENATOR, silap2 dapat jadi MENTERI lagi dan duduk dalam KABINET.
    Kalau bartanding...KALAH>>HABOK pun tarak...hohohoho
    POLITIK TULIN NIE....

    BalasPadam
  2. politik tulin kepala bana??? klau dah taknak bertanding,tak payahlah susah2 nk berpolitik,kat mana nk taruk maruah diri,buat malu bangsa je,mcm ni punya orang pun ada kat malaysia ni,skarang marilah rakyat malaysia,kita sama2 menilai parti puak2 bangsat dan penakut ini,

    BalasPadam
  3. Syabas KSK....Dalam BN terlalu kurang ahli politik yang berfikir seperti KSK. Kalau dah tahu tak ada harapan menang, bertindak seperti KSK.

    BANGKITLAH RAKYAT PAHANG/MALAYSIA....
    Kalau di negara-negara maju mereka cepat bertindakn jika melihat tanda-tanda pemimpin politik mereka mula tersasar dari perjuangan asal.


    Jika pemimpin berpolitik bukan untuk membela rayat secara bersungguh-sungguh,TUKAR MEREKA DALAM PRU akan datang. Buka MATA dan buka HATI luas-luas.


    JIKA KITA MAHU BELI BARANG PUN, kita pasti bandingkan harga dan kualiti. Jangan terus beli hanya melihat SATU KEDAI SAHAJA. Itulah prinsip asas KEBIJAKSANAAN pembeli. Apatah lagi dalam MEMILIH dan MENENTUKAN PEMIMPIN.

    BUKA MATA DAN MINDA....

    BalasPadam
  4. Aku sokong 100% saranan Pakajitemerloh.

    MEMANG DI NEGARA2 MAJU RAKYATNYA berfikir terkehadapan. Masa aku belajar di luar negara, aku melihat mereka berfikiran amat luarbiasa, bijak dan bertanggungjawab.

    Parti BURUH, LIBERAL atau KONSERVATIF, saling ditukar oleh rakyat mereka supaya pemimpin sesuatu parti tidak mempergunakan politik untuk memperkayakan diri dan kroni.


    Aku tertarik hati sangat dengan saranan yang diberikan oleh DSAI dalam pra KONGRES KELAPAN PKR yang akan diadakan di Pulai Springs Resort, JB

    DUA ISU PALING UTAMA yang perlu rakyat ambil kesempatan dan guna AKAL bukan sentimen yang dijanjikan DSAI jika PR memerintah amat-amat MENARIK....

    PERTAMA, DSAI berjanji untuk menghadkan PM/MB/KM cuma memegang kuasa DUA PENGGAL!!!!!! Kita tahu, kalau pemimpin terlalu lama memegang tampok pemerintahan, PENYALAHGUNAAN KUASA WAJIB berlaku.

    Cuba tengok MB Pahang.... Perangai dan kerakusannya menjadi-jadi. Balak seolah-olah kepunyaan mak bapak dia.... Kenapa ? Sebab tak ada orang yang berani menegurnya. Kalau tegur, nahaslah...

    KEDUA, PARA MENTERI pula tidak akan dilantik daripada mereka yang terlibat dengan PERNIAGAAN.


    Sebenarnya, dari pemerhatian aku yang pernah belajar EKONOMI di universiti dan melihat budaya NIAGA-POLITIK di Malaysia, orang politik yang berniaga seperti MENTERI adalah PENYEBAB UTAMA KOS SESUATU barangan dan perkhidmatan TINGGI.

    Bagaimana kaitannya ya. Ini amalan ahli politik yang terlibat dalam perniagaan di negara kita...UMNO/MCA/MIC?PBB???
    Oleh kerana tender yang bernilai tinggi dirancang sememangnya diberi kepada MENTERI atau proksinya, SEBUT HARGA sebenarnya hanya proses `LAKONAN' semata-mata. Kalau tender nak baiki longkang, tandas nak diperbaiki memang menerusi tender yang mengikut prosedurnya.


    MASALAH akan jelas dilihat bila TENDER berjuta dan berbilion nak diberikan. Contohnya, TENDER bina SEKOLAH, JALAN RAYA ,LEBUHRAYA ETC,nak diberikan. Rata-rata PEMIMPIN POLITIK BN akan berpakat sesama mereka untuk dapatkan projek tersebut melalui proksi mereka.

    Kita bukan nak cemburu kalau mereka tak memanipulasikan tender tersebut.


    Apa yang berlaku, para menteri akan MELULUSKAN tender berjuta/bilion kepada sahabat-sahabat mereka di kalangan menteri-menteri atau proksi mereka walaupun SEDAR SANGAT HARGA TU TAK MANUSABAH TINGGINYA.


    MALAPETAKA EKONOMI berlaku bila,projek yang sepatutnya bernilai RM100 juta nak bina sekolah, DINAIK dan DILUULUSKAN dengan harga RM500 juta. Kenapa diluluskan ???? Sebab, lain kali, menteri yang dah dapat habuan besar tu tak akan MEMBANGKANG penyalahgunaan kuasa politik untuk mereka pula dapat PROJEK BESAR dan BERJUTA-JUTA.


    Kalau rakyat atau pembangkang mempertikaikan, jangan risau, SEMUA AHLI POLITIK YANG BERNIAGA INI akan bangun membela rakan menteri atau kroni mereka. MACAM KES LEMBU FEDLOT(NFC) membabitkan Sharizat !!!! Mudahkan!!!!\


    Akhirnya beban kenaikan tender yang DIFARAID sesama mereka pasti membebankan RAKYAT kerana cukai yang dibayar rakyat digunakan untuk kekayaan pribadi bukan membela rakyat.

    BalasPadam
  5. Sokong anon 3.40. Kat negara maju tak kisah pun parti mana yang naik. Kalau bagus kita vote lagi, kalau tak kita tolak. Tak kecoh2 pun macam kat Malaysia ni. Negara maju dah lama mengamalkan istem 2 parti bergilir-gilir memegang tampuk kuasa. Tak ada lah ada yang kenyang sampai ke cucu cicit puit.

    BalasPadam
  6. kat malaysia kalau gilir gilir adalah yang kena masuk penjara sebab dah melantok lebih lebih...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.