
Hari ini,
11 November 2011 atau
"11.11.11" adalah tarikh keramat yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi terdapat laporan mengatakan Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) akan membuat pembubaran parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke-13 dijalankan. Biar pun ada pihak yang kurang yakin dengan
"spekulasi" ini. Namun, bagi mereka yang rapat dengan Najib sememangnya cerita ini seolah-olah ada kebenarannya. Tambahan pula ketika ini
"petugas UMNO" di sana-sini sedang sibuk dibawa melancong di dalam dan luar negara. Semuanya bagi membolehkan mereka berbincang tentang persiapan pilihanraya yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara kita ini. Pertamanya kerana inilah pilihanraya yang bakal menguji kepercayaan rakyat terhadap Bajet 2012 yang dibentang Najib baru-baru ini. Keduanya, pilihanraya kali ini adalah gelanggang terbaik untuk rakyat melihat perubahan yang lebih besar dalam sistem pentadbiran negara. Jika dilihat kepada sokongan rakyat akar umbi ternyata ramai yang mahukan perubahan, tetapi ia bukannya bermakna mereka menyokong pembangkang. Perubahan yang dimaksudkan ialah mereka mahukan sesuatu yang terbaik buat rakyat. Apa yang jelas dapat dilihat, pilihanraya ini bakal menyaksikan pertembungan terhebat yang akan ditentukan oleh rakyat. Najib mungkin selesa di
Parlimen Pekan, tetapi belum tentu rakan-rakannya yang lain di seluruh negara. Gelombang kebangkitan rakyat paling jelas dapat dilihat ketika
Perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu. Mereka ternyata mahukan satu pilihanraya yang bebas dan adil, serta jauh dari sebarang penipuan dan penyelewengan. Soalnya, apakah jawatankhas untuk penambahbaikan yang ditubuhkan oleh parlimen sekarang bisa menjurus ke arah itu. Mana mungkin Najib akan bersetuju dengan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil, kerena kewujudan kerajaan
Barisan Nasional (BN) itu ternyata penuh dengan permainan politik kotor sejak sekian lama. Jika berlaku keadilan, maka sudah pasti riwayat BN akan berkubur pada Pilihanraya Umum ke-13 ini.
[Makanya, jalan terbaik ialah mengadakan pilihanraya awal, sebelum jawatankuasa terbabit sempat membuat perubahan terhadap sistem pilihanraya itu sendiri. Justeru, ramai yang meramalkan PRU-13 pasti akan diadakan antara Februari dan Mac 2012 ini nanti. Namun, jika pembubaran berlaku hari ini (11.11.11), maknanya pilihanraya akan berlaku dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu. Malah, ramai yang melihat PRU ini adalah yang paling kotor dalam sejarah kerana BN pasti akan mempertahankan Putrajaya dalam apa jua cara sekali pun. Itulah janji Najib kepada peyokongnya sebelum ini. Pengakuan itu pasti akan direalisasikan dengan satu pilihanraya yang penuh dengan taktik dan penipuan. Jika tidak, harapan untuk BN meneruskan kuasanya selepas PRU13 pasti akan terkubur sebenarnya. Apapun, rakyat berhak menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib bagi menentukan pilihan mereka. Pastikan, masa depan generasi akan datang teruis terjamin dan terbela hendaknya. Sama-sama kita tunggu pengumuman bersejarah itu].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan