script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pahang Jadi Negeri Pertama, Yang Bincang Secara Sistematik Usaha Membendung Isu Gejala Rasuah

KUANTAN 24 Nov - Pahang kini menjadi negeri pertama membincangkan secara sistematik usaha membendung gejala rasuah melalui usaha yang dilakukan sektor perkhidmatan awam dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata, perbincangan melalui Seminar Merempuh Cabaran dan Tingkatkan Hasil Negeri yang diadakan selama tiga hari di sini bertujuan mencari kaedah terbaik membendung gejala tersebut selain mengelakkan ketirisan pendapatan kerajaan negeri. Beliau menambah, melalui seminar itu, ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan kesedaran dalam meningkatkan hasil kerajaan negeri dengan cara menolak rasuah bagi setiap urusan pentadbiran. "Saya melihat SPRM sudah mempunyai peningkatan dari segi integriti membanteras rasuah dan penganjuran seminar ini akan memberi pemahaman kepada kakitangan awam dalam membendung gejala itu sekali gus meningkatkan hasil pendapatan negeri," katanya selepas menutup seminar tersebut di sini kelmarin. Hadir sama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah SPRM Pahang, Moh Samsudin Yusof. Pada majlis itu, seramai 12 pegawai dan kakitangan awam menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000 sumbangan kerajaan negeri kerana melaporkan pemberian rasuah di bawah Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009. Malah Abu Kassim memuji kerajaan Pahang menganjurkan seminar tersebut kerana memberi pemahaman jelas mengenai kaedah dan cara untuk membendung rasuah.

[Usaha membendung gejala rasuah harus dilakukan secara lebih tersusun dan bukan sekadara omongan kosong semata-mata. Ini kerana, masih ramai pegawai kerajaan terutamanya bagi mereka yang berkhidmat di Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD), Pejabat Tanah Dan Galiananan (PTG), Pejabat Perhutanan dan beberapa lagi agensi lain masih terlibat dengan rasuah. Malah, banyak dakwaan bagi permohonan melombing bijih besi, pihak pemohon dikatakan terpaksa merasuah enam jabatan yang berkenaan semata-mata untuk mempercepatkan laporan teknikal permohonan mereka. Ini semua sudah tidak dapat dibendung lagi. Bermula dari pucuk hinggalah ke akar umbi ia masih tetap berlaku. Itu belum termasuk rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di majlis tempatan terutamanya yang melibatkan Pengawai Penguatkuasa jabatan terbabit. Semua ini berlaku di depan mata sejak sekian lama dan Kerajaan Negeri Pahang perlu berani mengambil tindakan tegas terhadap semua ini jika benar bercita-cita ingin membendung rasuah itu sendiri. Apapun, kami ucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan oleh mereka sekarang!].

Share:

12 ulasan:

  1. Di Pahang ni memang banyak RASUAH kadang2 Lebih KUAH...sebab itu Negeri Jadi POKAI...jadi tawaran pada projek asing di alu alukan....samaada selamat tak selamat....lain kira....!

    BalasPadam
  2. Pahang negeri yang banyak Hasil.
    Kalau ditadbir dengan keimanan yang tinggi kepada Allah,
    Insyaallah Negeri & rakyat akan betul-betul makmur....

    PRU13 pastikan TITM sebagai MB yang baru.

    BalasPadam
  3. TAK USAH LAH SUSAH2 PERAH OTAK UNTUK FIKIR DAN USAHA...
    SUDAH LEBIH 1400 TAHUN DIBERITAHU KEPADA SEMUA UMAT MANUSIA DIBUMI INI...
    APAKAH MANUSIA INI 'LEBIH MENGETAHUI,LEBIH BIJAK DAN LEBIH BERPERIKEMANUSAAN' DALAM MELAKSANAKAN SEBARANG UNDANG2,DARI 'YANG MAHA KUASA'?

    BalasPadam
  4. ISRAEL KATA, DIA MANUSIA PALING BAIK DISISI TUHAN..
    MARAH..KERANA NEGARA2 LAIN SUKA MEMBUNUH RAKYAT, DIA TIDAK..
    BEGITULAH JUGA..BANDINGAN MB PAHANG NI..DGN SPRM.
    FIKIR2 LAH...

    BalasPadam
  5. SPRM Pahang kalau betul-betul ikhlas nak membenteras RASUAH di Pahang ,ramai rakyat Pahang sudi bekerjasama.

    Berikut beberapa panduan nak kesan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di negeri tercinta ini. Kami yang tinggal 24 jam sehari di negeri Pahang sudah lama memerhati TINGKAHLAKU SUMBANG MB PAHANG :

    1. Siasat kemana perginya hasil balak negeri selama ini.

    2. Siasat kemana perginya hasil perlombongan negeri yang jumlahnya RATUSAN JUTA sepatutnya.

    3. Siasat bagaimana kroni MB yang membina rumah BESAR dan AGAM yang bukan sedikit di negeri Pahang dapat wang membinanya. Bahasa teknikalnya, jumlah aset yang ada tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi.

    Orang Pahang kata, pergi lihat di DUN MB dahulu, Pelangai, bagaimana MB menggunakan hasil negeri bagi memperkayakan 'orang-orangnya'.

    Rakyat Pelangai muak melihat kerakusan UMNO/BN.Informer aku ada RAKAM berpuluh-puluh gambar RUMAH AGAM di Pelangai yang wang pembinaan disyaki hasil penyalahgunaan hasil negeri. Aku yang tak pernah masuk ke Pelangai teruja benar nak lihat dengan mata kepala sendiri.

    4.Tak salah SPRM Pahang bertindak menyiasat, tu belum lagi lihat kereta-kereta mewah yang bertebaran di pelusuk negeri yang dimiliki oleh kroni disetiap Bahagian UMNO...Kalau tidak ada penyalahgunaankuasa, kami AKUR.

    Apa yang perlu, RAKYAT PAHANG mahu kerajaan negeri telus dan tidak makan hak rakyat dengan mengagih-agihkan kepada kroni semata-mata.

    Kenapa??? Kami bukan anak negeri ke ????

    BalasPadam
  6. DAH TU KENAPA UNDI BN?

    BalasPadam
  7. ala PaRia dok jaga 3 tahun..dah panjang jela kes rasuah..sampai x terkira....sampai ada yg mati terjun bangunan nak selamatkan bos nya....x gitu ker PDO??....kah..kah..kah..

    BalasPadam
  8. SPRM nak bendong macamana,
    Kalau Pjabat MB Pahang dah bagi Kelab Sukan SPRM RM60,000.00 ???
    Takkan nak ambil tindakan pada MB Pahang tu kalau buat salah ???
    Orang beri, kita merasa...
    Orang berbudi....????
    faham je lah..
    Caya lah SPRM nie...

    BalasPadam
  9. Orang beri, kita merasa, orang berbudi kita gadaikan body

    BalasPadam
  10. CPI jatuh lagi. Ia kajian pesepsi mengenai rasuah termasuk Malaysia. Laman social spt ini bukan saluran yan baik untuk cerita tentang maklumat menenai rasuah termasuk di Negeri Pahang. Ia akan jadi fitnah(makan daging busuk di akhirat). Datanglah sendiri ke pejabat sprm negeri, jik ragu datang atau hantar surat nama dan alamat ke sprm Putrajaya. Saluran rasmi masih ada dan tuan/puan tak perlu takut kerana Akta Perlindungan Saksi/Pemberi Maklumat dah ada. Tak perlu surat layang atau di laman spt ini lagi kerana ia menyulitkan siasatan kerana orang yang di tohmah mungkin merosakkan keterangan sebum siasatan di mulakan. SPRM ada cara tersendiri menyiasat kes rasuah termasuk ke atas orangnya sendiri.

    BalasPadam
  11. CARA tersendiri ni yg x sedap dengar nie,
    Ikut cara undang2 sebenar x meragukan.
    Macamana kes pegawai SPRM yg dijumpai duit bertimbun (kata media) di rumahnya di TEMERLOH BARU2 nie ?
    Apa KEPUTUSAN ??? nk tau jugak.
    Atau jugak buat cara sendiri ??
    Minta penjelasan tuan..!!

    BalasPadam
  12. Macam kisah Baju besi Saidina Ali agaknya. Sayang sekali Dunia masih belum Kiamat, kalau tak pasti di tayang video ALlah ttg siapa yg bagi duit tu. Saksi yang sebelah kanan kiri tu yang Namanya Raqit Dan Atiq. Si Iblis yang muka sinis tu pun terpaksa akur bahwa dialah yang mengoda si anu dan kejadian wang spt itu.....bagai mimpi di siang hari bila terjebak dengan sprm. Kenapalah duit tu tak reti bahasa lisan manusia, kalau ada jurubahasanya pasti kita tahu asal usulnya duit tu. Pada yg belum kena, bertaubatlah kr di mahkamah Akhirat nanti, mulut Akan di kunci, anggota Badan mu Akan menjadi saksi atas apa yang kita sendiri lakukan di bumi INI.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.