script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PTPTN Tidak Ambil Tindakan Bangkrap Terhadap Pemimjam Yang Gagal Membayar Balik Pinjaman !

TEMERLOH, 20 Nov - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan mengambil tindakan bangkrap terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka, kata Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said. Beliau berkata pihaknya tidak merancang menjadikan tindakan tersebut sebagai langkah terakhir memungut kembali pinjaman kerana kaedah sedia ada telah menunjukkan perkembangan positif. "Langkah terakhir ialah menyenarai hitam nama peminjam dengan Jabatan Imigresen yang menyebabkan mereka tidak boleh ke luar negara...ini dilihat berkesan apabila mereka sanggup untuk berunding dan menyelesaikan hutang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Dewan Undangan Negeri Jenderak di Kuala Krau dekat sini, semalam. Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata tindakan bangkrap tersebut juga tidak boleh diambil kerana pinjaman mereka tidak mencapai jumlah RM30,000 seperti yang tertakluk mengikut Akta Kebangkrapan. Katanya kebanyakan pinjaman berjumlah antara RM15,000 hingga RM25,000. Sementara itu, Ismail berkata PTPTN meluluskan pinjaman berjumlah RM42.35 bilion kepada 1.9 juta pelajar sehingga Oktober lepas. Katanya bagi tempoh itu, seramai 999,689 orang perlu membayar balik pinjaman membabitkan nilai RM6.27 bilion, namun hanya 730,221 peminjam berbuat demikian melibatkan RM2.80 bilion.

[Semoga keputusan PTPTN ini dapat meredakan sedikit kegelisahan sebahagian besar graduan yang masih gagal membuat bayaran balik pinjaman mereka. Sememangnya masih ramai dikalangan mereka yang tidak dapat berbuat demikian kerana masing-masing tidak mempunyai pekerjaan yang sesuai dan memang tercari-cari peluang pekerjaan dibidang yang mereka pelajari. Apapun, jika mereka berkesempatan pinjaman tersebut perlulah dibayar secara beransur-ansur mengikut kemampuan masing-masing. Ini kerana ia akan digunakan untuk membantu pula pelajar-pelajar lain yang memerlukannya. Apapun, syabas dan tahniah kepada PTPTN kerana tidak membezakan fahaman politik ibubapa masing-masing dalam meluluskan pinajam pendidikan sebegini. Jika tidak sudah pasti ramai yang tidak dapat menyambung pelajaran masing-masing akibat kekurangan sumber kewangan. Apatah lagi jika mereka itu terdiri dari kalangan golongan yang berpendapatan rendah].

Share:

15 ulasan:

  1. Orang malaysia memang liat bayar hutang!

    BalasPadam
  2. MALAYSIA INI TERKENAL DENGAN SIKAP SIKIT2 TAK PHOTOSTAT IC, TAK JELASKAN SAMAN NAK SENARAIHITAM, TAK BAYAR PTPTN NAK SENARAIHITAM. APA MASALAH PTPTN KALAU PEMIN JAM NAK KELUAR NEGARA. MUNGKIN MEREKA NAK MENCARI REZEKI KERANA MALAYSIA INI SUDAH TIDAK ADA PELUANG PEKARJAAN. TAPI GEROMBOLAN DAN MENTERI2 MODAL DIA TIDAK LAIN, PELAJAR MEMILIH PEKERJAAN. YA.LAH KALAU MAJIKAN BAYAR 700.00 UNTUK MAHASISWA LPAS ITU KEJE MACAM LEMBU TAAKAN N AK AMIK KEJE CAM ITU. MENTERI LAIN LER, ANAK GRADUATE KER TAK MESTI DAPAT KEJE--KABLE BRO. BUKAN LAGI KABLE PAKAI LASER.
    MENTERI2 INI SEDAR KO PASARAN PEKERJAAN SEKARANG. KEJE DREBAR PUN PAKAI KABLE UMNO. HAHAHA. SO, SAYA RASA PTPTN TIDAK PATUT SENARAIHITAMKAN PEMINJAM. IKUT UNDng2. tapi malaysia mana ada ikut undang2.

    BalasPadam
  3. dema dah jadi Along doh wehh.. ne paksa bebudok nok belajo meminjam... lepas tu ne paksa bayo dan ugut2.. baik kita tuko jee wehh... tk tahan begini.. patutnee belajo free jee.. duit petronas banyokkk... hampehh betuilll.. bala... doh lah keja tak dee... tokkan nok keja de LINAS.. bahayee... bodoh peringgg...

    BalasPadam
  4. Rakyat jangan selamanya BANGANG. Keputusan itu sama macam keputusan putrajaya tarik semula guru kerja sembilan jam. Sebab UMNO/BN sedang nazak nak PRU-13 nanti.

    Persoalannya mengapa semua kesukaran itu tak disanggah seawal sebelum perkara itu dibuat.

    Apa jaminan UMNO/BN tak buat kerja-keraja bodoh dan menganiaya rakyat jika mereka diberikan kuasa sepenggal lagi.

    Hal-hal kenegaraan pun boleh flip-flop apa lagi yang lain. JANGAN BANGANG SAMAP KETUA.

    TUKAR KERAJAAN PADA PRU-13 NANTI. ITU JAAPAN TOTAL RAKYA.

    BalasPadam
  5. Kalu tukar kerajaan xyah bayar hutang pptn ke.....takbir!!!

    BalasPadam
  6. Jangan hairanlah bro.... selagi UMNO/BN memerintah semua aspek kehidupan rakyat akan dimanipulasikan untuk BUAT DUIT.

    PTPTN diberikan kononnya nak bantu rakyat. Hakikat sebenarnya, sepatutnya pendidikan adalah tanggungjawab pemerintah. Tak payahlah nak ajar anak-anak BERHUTANG dengan PTPTN.

    Lu all tahu kenapa UMNO/BN design pinjaman PTPTN ? Ini jawapannya:

    1. Nak lari dari tanggungjawab pemerintah menyediakan biaya pendidikan sehingga ke peringkat universiti.

    2. Dengan adanya PTPTN UMNO/BN dengan tamaknya memberi peluang kepada kroni-kroninya menubuhkan IPTS dengan banyaknya.UMNO tahu kalau mereka bagi kebenaran kroni mereka buka IPTS yang tumbuh macam cendawan lepas hujan walau kualiti hampeh.... dah grad kerja susah nak dapat..Maka mereka pun design PTPTN sebab duit tersebut(PTPTN) sedia ada dan dilambakkan ke poket kroninya. Contohnya , lu lihatlah boss YAYASAN CHERAS tubuh IPTS-nya.
    Senangkan.... berjuta-juta RM masuk ke dalam poket ALHABSI ALTARBUSI tu...

    3. Duit yang dijimatkan oleh UMNO/BN dengan memberi pinjaman PTPTN, boleh digunakan untuk BAILOUT hutang kroni dan anak pinak PM/Menteri dan ketua-ketua bahagian.Contoh, Mahathir, dia kan bailout hutang MCIS anaknya dulu, kononnya nak selamatkan ekonomi negara...

    Ada ke kau orang dengar kerajaan UMNO/BN kata nak BAILOUT hutang PTPTN anak-anak orang kampung dan rakyat yang terhimpit ? Tak de kan !!!!! RAKYAT DIBLACKLISTKAN , pemimpin dan anak pinak serta kroni DIBAILOUTKAN.....

    ADIL UMNO/BN kan...kan....kan...

    BalasPadam
  7. Yang ramai tak bayar hutang tu pelajar Melayu,org Melayu memang liat nak bayar hutang,berhutang cukup suka.Kalau tak percaya tanya geng amk.

    Lagi satu macam mana nak bayar hutang kalau kerja pun tak boleh dapat.Kalau yg dapat kerja pun gaji tak seberapa.Mengapa tak dapat kerja dan kalau kerja gajinya kecil?.Jawabnya kelemahan diri sendiri,kebolehan tak seberapa,walau pun garaduan tapi kbolehan hanya setaraf kelulusan MCE tahun 60an dulu,siapa nak bagi kerja atau bagi gaji yg tinggi.

    Kalau macam ni,agaknya kemana orang Melayu sekiranya PR memerentah dan buku jingga di pakai?.Graduan pun hanyut apa tah lagi yg tak graduan seperti sebahgian besar geng amk tu,boleh hidup ke?.

    BalasPadam
  8. Orang Cina belajar sebahgian besar dengan perbelanjaan sendiri,ada yg cagar rumah dan tanah pada bank utk pinjaman belajar.Itu sebabnya mereka bersungguh-sungguh belajar dan kemudiannya dapat hasil yg cemerlang.Mereka mudah dapt kerja ,dan bila kerja gaji mereka boleh tahan,hutang mak bapak pada bank mereka boleh lunaskan,walau pun bank kenakan interest yg jauh lebih tinggi dari PTPN.Mereka juga bersungguh-sungguh bila berkerja,produktiviti mereka tinggi,itulah sebabnya mereka berjaya mendapat kerja dgn pihak swasta,walaupun peluang kerja dgn pihak kerajaan mereka agak kurang.Kerja swasta gaji bergantung kepada produktiviti,ini yg org Melayu ketinggalannya.Orang Cina dapat gaji tinggi dlm tempuh beberapa tahun saja,hutang mudah saja mereka lunaskan.

    Mejority org Melayu pula bila nak melanjutkan pelajaran buat pinjaman dgn PTPN.Bila dapat pinjaman duit di gunakan utk beli handphone bukan gnakan utk kemudahan belajar sangat.Itulah ramai yg tak dapat keputusan yg cemerlang dlm pelajaran.Bila tak cemerlang kerja susah nak dapa,atau dapat gaji tak seberapa.Susah lah nak bayar hutang,ada juga yg anggap hutang dgn kerajaan tak perlu bayar.Inilah keadaan org Melayu.Tapi tak apa ,bukan salah mereka,mereka tak akan salahkan diri merka sendiri,kerana mereka ada Umno yg boleh di persalahkan.

    BalasPadam
  9. kesian pada org melayu pinjam utk belajar tak bayar pinjam utk bisnes pun tak bayar sampai lingkup bank bumi putra....kalau berhutang wajib bayar, kerajaan mana pun baknkrup macam ini.....jadi sebagai rakyat kita kena fikir apa sumbangan kita pada negara.jgn asyik marah pada kerajaan.

    BalasPadam
  10. Betul kata anon 4.30

    Kalau hutang kena bayar....

    Masalahnya, kenapa kalau anak pinak pemimpin berhutang berjuta-juta, macam kes MCIS anak EX-PM Mahathir, dia tak perlu bayar.... kerajaan BAILOUTkan ?????????

    Adil ke???????????

    BalasPadam
  11. Maranhairan,

    Kalau macam tu kau tak faham pun proses bailout.gi belajar lagi.

    BalasPadam
  12. ANON 12:14

    Untuk pengetahuan ko, aku pernah belajar di USM,major Ekonomi, so, tak payahlah engko nak KELENTONG AKU YE....

    BalasPadam
  13. Sebab dia beri ke Laki sorang menteri 250 juta....duit negara....tak payah bayar balik....pakailah sampai muncul lagi satu jutawaan.....(kilat)

    BalasPadam
  14. cubalah kita pandang diri kita sdn sebelum kita menuding dan melihat orang lain..nama pun hutang.bayar je la..dulu masa belajar raya sakan guna ptptn sampai lupa.tp bila duit habis nak bayar bising sakan..masa nak pinjam awat tak bising sakan pulak..buat personal loan boleh pulak byarnya bulan2.masalah kebanyakan bukan takda duit..tapi dahulukan beli benda yang lain.rumah bole beli..kete 2 3 bijik ada..bayar la sikit pun walau tak mampu..aku dulu susah.adik beradik ramai.ayah sorang yang kerja.makan kena catu..baju pun kongsi.masa kecik tak penah makan kfc..tingkatan 5 baru merasa kfc..tu pun kumpul duit berbulan..aku dari keluarga susah tp aku berusaha belajar sehingga dapat biasiswa.sekarang aku dapat buatkan rumah untuk mak ayah tersayang di kampung.terima kasih mak n abah..pengorbananmu tidak terhingga dan tak mampu untuk dibalas.

    BalasPadam
  15. PTPTN - Pinjaman 12K dah jadi 21K kini. Dah call berkali-kali untuk lansai separuh hutang tak diterima. Disuruh hantar surat permohonan byr bulanan sehingga kini tiada jawapan. Salah siapa? Peminjam taknak byr disenaraihitamkan. Pegawai sendiri suruh buat INSTALLMENT dan kata jgn datang Pejabat. Tapi, tiada berita hingga kini. Semua dokumen sudah difaxks dan kourier.

    PEMINJAM BUNTU

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.