KUANTAN, 14 Nov - Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Anti-Lynas, Gabungan Hentikan Lynas (GHL) semalam mahu Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) supaya tidak mengeluarkan kenyatan berbaur rasis dan cuba memutarbelikkan isu sebenar. Dalam kenyataan medianya, GHL menasihatkan Adnan supaya menghentikan kenyataannya yang bercanggah dari segi logik dan rasional tetapi bersifat rasis. “Dalam temuramah tersebut (dengan aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September lalu), Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia. “Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. “Jika tidak, Adnan selaku menteri besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman,” petik kenyataan itu. Sehubungan itu, GHL berkata Adnan perlu berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. “Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” petik kenyataan itu.Sementara itu mereka juga menuntut MB Pahang itu memohon maaf di atas kesilapan beliau menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan tanah jarang (rare earth) semasa temuramah beliau dengan aktivis Australia Ryan Albrey baru-baru ini. GHL dalam kenyataan yang diedarkan kepada media menyebut, mereka amat terkilan dengan kenyataan Adnan dalam temuramah tersebut bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses tanah jarang. GHL mendakwa, kenyataan Adnan itu merupakan satu tuduhan palsu dan tidak berasas kerana ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite sementara Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub untuk televisyen. “Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), tanah jarang terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan tanah jarang, mana pula juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan. “Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah. “Justeru, GHL menggesa Dato' Sri Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta beliau,” kata kenyataan itu lagi.
Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang dijalani dalam kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka. “Dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang. “GHL anggap kenyataan yang dibuat oleh Adnan ini hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat justeru GHL meminta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. “Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” kenyataan tersebut dipetik.
[Kerajaan sepatutnya keluarkan kenyataan berasaskan fakta dan tidak sewenang-wenangnya berdasarkan logik akal fikiran semata-mata. Bagaimana rakyat harus percaya projek ini tidak mendatangkan mudarat dan risiko buat rakyat bila kenyataan dikeluarkan sesuka hati oleh pemimpin utama negeri. Kerajaan perlu ingat, mereka yang membantah Lynas bukanlah budak-budak sekolah yang perlu disekolahkan semula oleh Cikgu Adnan Yaakob. Mereka menentang berasaskan fakta dan bukti kukuh bahawa terdapatnya kepincangan dalam proses membawa masuk dan kelulusan projek berkenaan. Bahkan, Pahang dikenali sebagai sebuah negeri yang begitu mudah menerima apa jua pelaburan asalkan ia menguntungkan pihak-pihak tertentu, bukannya rakyat. Maka dalam hal ini, kita khuatir projek Lynas yang diberi perlepasan cukan selama 12 tahun itu sebenarnya memberi pulangan cukup besar kepada pihak tertentu yang tidak perlu kita nyatakan di sini sebenarnya. Inilah yang menakutkan rakyat, kerana rata-rata pemimpin yang ada sekarang tidak akan bertahan lagi dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Makanya, siapakah yang bakal berhadapan dengan risiko kelak?. Pastinya generasi akan datang dan anak-anak cucu kita. Pernahkah mereka fikir semua ini?].
[Kerajaan sepatutnya keluarkan kenyataan berasaskan fakta dan tidak sewenang-wenangnya berdasarkan logik akal fikiran semata-mata. Bagaimana rakyat harus percaya projek ini tidak mendatangkan mudarat dan risiko buat rakyat bila kenyataan dikeluarkan sesuka hati oleh pemimpin utama negeri. Kerajaan perlu ingat, mereka yang membantah Lynas bukanlah budak-budak sekolah yang perlu disekolahkan semula oleh Cikgu Adnan Yaakob. Mereka menentang berasaskan fakta dan bukti kukuh bahawa terdapatnya kepincangan dalam proses membawa masuk dan kelulusan projek berkenaan. Bahkan, Pahang dikenali sebagai sebuah negeri yang begitu mudah menerima apa jua pelaburan asalkan ia menguntungkan pihak-pihak tertentu, bukannya rakyat. Maka dalam hal ini, kita khuatir projek Lynas yang diberi perlepasan cukan selama 12 tahun itu sebenarnya memberi pulangan cukup besar kepada pihak tertentu yang tidak perlu kita nyatakan di sini sebenarnya. Inilah yang menakutkan rakyat, kerana rata-rata pemimpin yang ada sekarang tidak akan bertahan lagi dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Makanya, siapakah yang bakal berhadapan dengan risiko kelak?. Pastinya generasi akan datang dan anak-anak cucu kita. Pernahkah mereka fikir semua ini?].







Ada kah anda sedar apa yang anda cakap? benarkah kejujuran yang anda perjuangkan? Adakah Al quran dan sunnah menjadi rujukan anda setiap masa dan saat? adakah anda sedar malaikat memerhati anda setiap masa! adakah anda sedar Allah akan mengira setaip perbuatan hambanya walaupun sebesar zarah. Adakah anda sedar Allah mengetahui apa yang kamu rancangkan. Sedar mati itu kian hampir dengan anda. Janganlah anda benci/hina pada Rare Earth kerana ia pun dijadikan oleh Allah, membenci pada apa-apa yang Allah jadikan adalah berat akibatnya. setiap yang Allah jadikan ada kebaikannya.
BalasPadamKATA-KATA AWAK TU SALAH..
BalasPadamFIKIR DULU SEBELUM BUAT KATA2 BEGITU..
KALAU SAYA KATA...
ANJING TU BINATANG DARI ALLAH.. TAPI
SAYA PELIHARA DI KANAN-KIRI PAGAR RUMAH AWAK.. APA KATA ? HINA KE ??
APE KE??
BODOHLA KATA-KATA AWAK TU..
MAAF, TAK APE BELAJAR LAGI,SALAM.
bolehkah anda jelaskan Anjing masuk ke syurga ka atau neraka?
BalasPadamCerdik anda!! Salam.
Ni satu lagi Mat Bahlol...
BalasPadamKalau anjing tu awak mandikan,kapankan...sembahyangkan..
Awak baca talkin..
BOLEH lah masuk syurga sama2 awak.. sori ye, jangan terasa sbb soalan bijak bistari..
Adakah syarat kena mandikan,kapankan...sembahyangkan..
BalasPadamAwak baca talkin..baru masuk syurga.. tolong bagi tahu kitab mana yang anda rujuk.kesian kat awak ... dosa boleh datang dari setiap sudut.... insaflah.....sahabat.
pembaca said...
BalasPadamkitab ni rasanya khas untuk first heating up saja.
ini kerna fhu ni pandai bagi komen tak masuk akal dlm menyamakan rare earth dgn hukum allah tu.
apa pasal tak boleh ke? setiap yang ada diatas muka bumi ini adalah tertakluk kpd hukum Allah..kawan. sbb tu Al quran dan sunnat adalah rujukan kita. Apa yang nak saya tegaskan diatas adalah, perjuangan you all untuk membantah lynas tulus dan ikhlas ( lillah hi taala). jadi apa apa yang you all cakap/tulis itu adakah betul disisi Allah. Adakah selidik betul-betul dan sahkan segala maklumat anda sebelum anda sebarkan. supaya ia tak menjadi satu fitnah,tahukan anda berapa ramai pembaca yang membaca maklumat anda, dan dari situ berapa banyak share dosa yang anda akan dapat sekiranya tulisan adalah fitnah.Sbb tu Allah mengajar kita supaya menjauhi diri daripada sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah.
BalasPadamWassalam.
sebenarnya tanah yang dibangunkan untuk kilang Lynass ni adalah tanah frankieee....tp knape Kerajaan pulak yang kena??? kalau nak tau jawapan pegi la semak status tanah di pejabat tanah kuantan....
BalasPadam