script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Akta Pekerjaan: Tamparan Hebat Buat Kerajaan, MTUC Mahu Buat MOU Dengan Pakatan Rakyat !!

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan. Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang (foto) berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut. Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan. "Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi. Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan. Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini. Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini. Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan. Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi. "Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja. Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan. Rang Undang-undang itu dijadual dibentang di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.

[Nampaknya, kerajaan UMNO BN bakal berhadapan dengan undi protes besar-besaran oleh rakyat terutamanya golongan pekerja pada PRU-13 ini nanti. Ternyata MTUC kini semakin berani untuk membuat tindakan drastik dalam usaha menghalang pindaan dibuat terhadap Akta Pekerjaan. Kerajaan harus berhati-hati dan berwaspada dengan senario terbaru ini. Jika tidak sudah pasti penolakan itu akan berlaku di seluruh negara, selepas MTUC melihat kerajaan UMNO BN gagal untuk mendengar suara rintihan mereka dalam isu ini. Apapun, jika MOU dibuat dengan Pakatan Rakyat maka kemungkinan besar harapan untuk pakatan itu menang lebih besar pada PRU ini nanti pasti akan tercapai. Oleh itu, berhati-hati dengan tindakan yang boleh memudaratkan dikala PRU-13 yang semakin hampir].
Share:

6 ulasan:

  1. MTUC malaysia nie aku tak caya sangat..
    Nanti pass ni PM ajak DINER kat istananya, sejuk lah..
    Pass tu bagi la PJK,AMP dan sebagainya, tersengeh la kawan ku itu..(katakan) semuanya OK..
    INI FAKTA perjuangan Rakyat Malaysia...
    Tak PERCAYA lihatlah selepas ini..
    Aci ape ??
    dah berapa kali warning kat GOMEN, habok pun TARAK..puiiiiii

    BalasPadam
  2. Yg bercakap tu berok PuKiaR....bukanya bos dia...!lagipun berok sekor cuma penumpang dlm MTUC.....!jadi ayat2 dia x lebih retorik dan politik....tapi apa pun..berok2 mcm PDO tetap akan percya....sbb cakap dari berok mcm ni adalah fatwa...kah..kah..kah...

    BalasPadam
  3. Aku dh lama bernaung di bawah MTUC tp memang betul la diaorg ni x ada power mcm cuepac. Ada juga benarnya yg org atas MTUC ni di berikan segala kelebihan supaya tutup mulut cthnya pengarah urusan company. Suruh buat gaji minima pun x settle2. Bab gaji pekerja asing dpt jugak settle, siap ada gaji minima dan cuti rehat utk hari ahad???

    BalasPadam
  4. http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/program-melawan-hari-ini.html

    BalasPadam
  5. Ya, bila dah jd para pemimpin MTUC ni, memang suka/teruja sangat...
    Nak pulak dpt makan bersama PM dan berebut bergambar sama PM..
    Rioh satu KELUARGA,sahabat teruja..hehehe
    ....sedar2 je org bagi PINGAT....
    Perjuangan...tahik minyak!!!
    Tak sama lah perjuangan MAT SALEH sana, sanggup tak makan, biar mati, duduk dalam sangkar, ikat dgn rantai besi , macam2 lagi...
    Itu barulah berjuang....
    Ini pakai baju BATIK, siap MINYAK WANGI lagi, makan 5 star layanan, siap ada pengawal lagi...
    Pooorahhhhh !!!!!

    BalasPadam
  6. MTUC nak protes biarlah JANTAN,
    Pandang depan jangan TOLEH BELAKANG,
    Sogok menyogok biarkan PERSETAN,
    Alang berdarah biar MEMBANGKANG.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.