script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pecah Amanah: Blogger UMNO Pun Mahu Supaya Shahrizat Letak Jawatan Kerana Khianati Rakyat

Ketua Wanita UMNO, selaku Menteri Pembangunan Keluarga Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil (foto), kini menerima tamparan yang cukup hebat dari dalam parti itu sendiri, gara-gara kesilapan yang beliau lakukan. Kami ingin paparkan satu artikel berupa desakan oleh seorang Blogger Pro UMNO di Pahang iaitu WZWH yang mahu supaya beliau melepaskan jawatan jika mahu melihat BN terus berkuasa pada Pilihanraya Umum akan datang. Kata blogger terbabit Shahrizat perlu letak jawatan Menteri, Senator dan Ketua Wanita jika mahu memudahkan DS Najib mengemudi BN memenangi PRU 13. Kes skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan disiasat polis dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ejen. Seksyen 409 Kanun Keseksaan menyebut ‘barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum’. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun penjara dengan hukuman sebatan dan denda jika sabit kesalahan. Skandal NFC itu bukan dibawah bidang kuasa SPRM kerana ia tidak hanya membabitkan isu penyelewengan semata-mata. Kes pembelian kondominium One Menerung oleh NFC yang bernilai RM9.8 juta itu akan diserahkan SPRM kepada polis untuk disiasat sebagai kes pecah amanah. Ini melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia. Shahrizat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita UMNO yang dikaitkan dengan skandal ini wajar dinasihatkan supaya letak jawatan dengan segera. Wanita UMNO perlu bangkit dan berani mendesak Shahrizat melepaskan jawatan parti demi nama baik serta ketelusan UMNO.


Di sini letak apartment mewah yang dibeli proksi Sharizat guna duit rakyat
[Artikel di atas adalah dipetik dari blog sahabat WZWH. Ternyata ada juga pejuang UMNO yang melihat kes Shahrizat dari sudut kebenaran dan bukan politik kepartian. Tahniah kepada blogger terbabit, kerana berani berkata benar biar pun pahit sebenarnya. Nampaknya, kini Sharizat benar-benar telah menjatuhkan maruah dan imej UMNO. Tergamak "pecah amanah" untuk kepentingan keluarga sendiri. Sememangnya pemimpin sebegini tidak wajar lagi untuk dipertahankan, kerana sudah jelas beliau tidak jujur dan khianat kepada rakyat. Jika ramai orang UMNO yang berfikiran seperti WZWH ini, maka akhirnya parti itu akan kembali pulih dari zaman kegelapan. Jika tidak mudah untuk pembangkang menyerang mereka dengan isu-isu panas seperti ini. Sharizat wajar letak jawatan jika dia benar bermaruah. Tidak perlu ada pemimpin UMNO yang mempertahankan tindakan beliau sebenarnya. Ini kerana tindakan tersebut begitu jelas dan sukar untuk diselindungkan atau dinafikan lagi oleh Shahrizat sekarang ini].
Share:

17 ulasan:

  1. Setuju amat sangat dengan cadangan tuan blogger,...bahawa Sharizat mesti letak jawatan sebagai menteri, senator dan juga ketua wanita umno demi menjaga maruah parti UMNO dan nama baik wanita UMNO. Kalau tidak gerenti kita kalah di pru13 NANTI. Semua isu baik kes projek lembu keluarga sharizat mahupun kes Lynas di gebeng Datuk Nan hendaklah diselesaikan sebelum pilihanraya. Kalau tidak nahas UMNO nanti.....

    BalasPadam
  2. Sharizat oiii... pasal tu ko kalah masa praya.. bukan dipilih oleh rakyat jd menteri.. udah-udah le tu nak sapu duit rakyat...

    BalasPadam
  3. Shahrizat 'lembu' takkan diminta oleh pemimpin UmnoApcoPorno letak jawatan. Malah semua Umno yang berjawatns ekarang sengaja dipelihara supaya mereka tidak berani melawan.

    Buktinya, dulu Rafidah dah dibuktikan bagi saham kepada menantunya, pun tak diapa2kan. Asalkan jangna melawan (macam Anwar).

    Dalam budaya UmnoApcoPorno, jika awak diam tak melawan, awak akan kekal dlaam jawatan!

    BalasPadam
  4. lepas perabih duit rakyat pegi naik haji ke hajjah ke lagi afdal.
    lawan umno jangan sesakali, gerenti jatuh miskin selepas ini, kalau nak bagus cikit gosok le ponggong najib kuat sikit , selamat ler, ada rezeki ada peluang dapat senator lagi sekali. nak bertanding dlm pru elok saja dilupakan gerenti kalah, dapat senator sekali lagi pun dah cukup boleh gak buat duit kalau hari ini projek lembu pun boleh beli kondo lepas ini buat plak projek kambing, boleh beli estet atau bukak kilang ke, amacam jat... setuju ker dengan ilham teman.

    BalasPadam
  5. Salam.Bukan Ibu lembu aje yg perlu dipecat.Ramai lagi didalam UMNO yg kotor dan tidak kelihatan bersih sepatutnya dibuang untuk membersihkan UMNO.Kerana sebenarnya sekarang UMNO terlalu kotor malahan lebih kotor dari jamban tahi.Sapalah yg masih tetap mengundi tahi mcm ni?

    BalasPadam
  6. Saya tak setuju Shahrizat letak jawatan. Saya sokong kalau UMNO terus bela dia dan spesis-spesis macam dia. Biar UMNO terus berulat dari dalam dan lama-lama mati gitu je dalam keadaan hina sehina-hinanya.

    BalasPadam
  7. jangan letak jawatan..... kalau dalam UMNO ni ada perasaan harga diri, maruah dan takut dosa, bila buat salah aje letak jawatan, mana ada menteri yang tinggal, siapa nak memerintah lagi.

    BalasPadam
  8. hamcur Negara selagi umno memerintah

    BalasPadam
  9. hemmmm...masa nama x naik senarai cabinet minister dulu, wanita2 ameno pun hentak2 kaki, goncang2kan sangkar PM lastas memastikan nama yg mulanya x naik, eh elehhhh tiba2 naik semula, seb baik ada post senator

    ini lah balasan nya, tuhan tunjuk terang2 dlm dunia lagi

    wallahualam

    BalasPadam
  10. banyak lagi duit negara kita nhilang kerana karenah mereka ni.kau kejar,kau buat,kau tanggung sdn la..jangan sampai lembu pun menyumpah

    BalasPadam
  11. kau orang ni cemburu ke? Tak boleh tenguk orang senang.... kau ingat aku je ke yang guna anak beranak sapu duit kerajaan. Menteri lain alim dan warak sangat ke? Anak beranak menteri dan bekas menteri sudah ternag lagi bersuluh. kekayaan melimpah ruah hingga tersenarai sebagai orang-orang terkaya dunia. Tapi hang semua tak bising pun... tangt aku ni hanya 250juta, bukan banyak sangat.... suadahlah, tutup buku. Jangan asuh diri menjadi orang yang berhasad dengki dan busuk hati...

    BalasPadam
  12. Hmmm..Apalah sharizat nih! Senator nak balun, Menteri pun nak balun gak, LEMBU pun nak balun jugak...semua nak balun...tapi pilihanraya kalah...

    tu lah lantik org yg tak menang pilihanraya ni bukan lah moral yg baik sebab dia tdk ada sikap bertanggungjwb atas amanah dia dipilih rakyat...masa ni lah dia "ngap" apa yg lalu depan mata dia..sebab pilihanraya seterusnya blum tentu dia dipilih!!!

    umno ni tiada amanah dan rasa kebertanggungjwban!!!

    BalasPadam
  13. teringat kat satu video yang memaparkan Sharizat dok hentam Anwar..malu katenye..sebab Anwar dok join bersih..dengan mimik muka dia yang dah mcam lembu menerean tuh.."saya rasa maluuuu dgn DSAI" katanye...nah....skarang ni smua orang dah bukak mata pasal dia punya "kemaluan"...apa dah jadi Sharizat..dah la muka pun kurang lawa..nak kata Melayu muka cam India...ngan rambut ala2 kapir...nak kata India tidak.....nama Sharizat...hmm..Sharizat..dulu kau MALU dgn apa yang DSAI buat...skarang benda MALU tu dah balik kat kau..tapi bukan kau saja yang MALU...SELURUH KELUARGA DAN KETURUNAN KAU DAH MALU..so skang aku cadangkan...suruh SELURUH KELUARGA KO SOROK LAH MUKA DEPA YANG DAH KAU MALUKAN TU DALAM JOBOQ LEMBU2 YANG ADA DALAM KONDO MEWAH TU!

    BalasPadam
  14. Rosmah Menteri CINCIN.....Sarizat Menteri LEMBU.....kah...kah.....!

    BalasPadam
  15. bro PDO aku rasa ini adalah pertama x aku bersetuju ngan saranan korang supaya shahrizat letak jawatan menteri dan senator.aku ada alasan peribadi dan aku berhak tok marah pd menteri lembu tu.aku rakyat msia gak.sebenarnya bro pd masa yg sama ngan projek lembu kat gemas tu,kompeni aku telah mendapat kelulusan dr agro bank bg pinjaman pembelian tanah di kuala kangsar seluas 335 ekar dgn jumlah pinjaman sebyk 5.5 juta.kompeni aku dah belanja hampir 1 juta tok deposit kpd tuan tanah dan pelbagai.akhirnya pinjaman lulus duit xdpt(xdisbush)alasan bank mcm2lah.memang masa tu ada pegawai yg ckp duit agro bank dah abis kat projek lembu tu.aku bukan bohong bro sema dokumen masih aku simpan kat opis.

    BalasPadam
  16. Apa kurangnya dengan ADUN Tembeling (Wan Amizan) yang menipu mempunyai 2 ijazah dari Universiti Luar Negara. Bila masa di pergi belajar di Australia.

    Mengapa dan kenapa Blogger WZWH tak desak Wan Amizan Letak jawatan? Sesungguhnya WZWH adalah seorang blogger yang HIPOKRIT.

    Saya cabar WZWH untuk mendesak Wan Amizan letak jawatan ADUN Tembeling, ada berani?

    BalasPadam
  17. Hoi Bung, kalau kau suruh saharizat letak jawatan, kenapa tak suruh najibun letak jawatan juga, dia lah kepala lanun nya. saharizat hanya bertindak ikut teladan saja.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.