script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 400 Lagi Saman Felda Di Chini, Tidak Puas Hati Manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) Sawit

PEKAN, 1 Nov - Felda terus berhadapan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu. Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG). Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran PKR Cabang Pekan di Markas PAS Felda Chini 3 semalam. Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Hj.Suhaimi Said (foto) berkata peneroka terbabit mahu menyaman Felda mengambil iktibar daripada peneroka Felda Jengka yang berbuat perkara sama. “Di kawasan Chini, peratus perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti di Felda Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda. “Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah menyaman Felda,” tulis Suhaimi di dalam blognya. Saman yang akan dikemukakan peneroka itu juga akan mengambil kira tempoh 15 tahun ke belakang dan jumlah tuntutan termasuk ke atas buah kelapa sawit rosak yang turut diproses Felda, kata Suhaimi. Pada majlis yang sama, wakil dari Felda Chini Timur dan Felda Keratong 10 turut menyatakan hasrat mereka untuk menyaman Felda dan mahu dialog yang sama diadakan di tempat mereka, kata Suhaimi. Selain berdepan dengan manipulasi KPG, hak peneroka Felda juga dimanipulasi apabila kerajaan bercadang senaraikan Felda di Bursa Malaysia tahun hadapan.


Hj.Suhaimi menerima borang yang diberikan oleh wakil peneroka Chini
[Tindakan saman terbaru ini pasti akan membuatkan Felda semakin tertekan sekarang. Bairpun mereka melantik ramai peguam dari kalangan anak-anak peneroka untuk membela nasib peneroka itu sendiri. Namun, dek kerana kerja-kerja itu dilakukan oleh peguam terbabit dibawah Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) maka peneroka langsung tidak percaya mereka dibela. Sebaliknya pihak terbabit akan membela Felda itu sendiri. Inilah yang menyebabkan mereka lebih percaya kepada pihak lain termasuk Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pimpinan Mazlan Aliman untuk bertindak bagi pihak mereka. Dengan kes saman terbaru ini, bermakna secara keseluruhannya masyarakat peneroka sudah mula sedar penyelewengan yang dilakukan oleh Felda terhadap mereka. Jika ini keadaann, lama kelamaan undi peneroka terhadap BN pasti akan berkurangan dan mereka memang mahukan perubahan itu sebenarnya].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.