
Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri. Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak. Papa Gomo sudah menjadi "barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat. Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin. Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon. Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk tentukan hala tuju serta kerelevanan parti itu.
[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan. Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu. Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti. Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN. Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya. Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini. Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran].







jgn tertipu dgn pencacai najis ni,sebenarnya dia mungkin takut saman fitnah,yg akan dia terima dari LGE,ataupun mungkin mmg inilah balasan tuhan yg dia terima krn terlampau banyak sgt buat fitnah dlm hidupnya....padan muka..hahahaha
BalasPadamdia dah berhenti menulis pun dia tak rugi apa2 kerana poketnya dah penuh dgn dosa2 fitnah, cumanya kini dia sedang menunggu "hadiah" istimewa dari ALLAH.
BalasPadamcilakak bangsat, ptuiiiiiihhhh
BalasPadamSaya selalu tulis di sini penulis-penulis atau blogger spesis umno tak perlu dilayan sangat sebab mereka akan pupus mengikut perdaran masa. Apatah lagi kalau mereka dah tak dapat "sponsor" dari tuannya.
BalasPadamdah berenti kot segala payment tuh.. hahah...
BalasPadampepatah zaman dahulu ade mengatakan abis madu sepah dibuang
BalasPadamELOKLAH PAPAGOMO TU MAMPUS... INILAH MANUSIA YAN PALING TAK TAKUT HUKUMAN ALLAH... SPESIS YANG PALING LAKNAT PERNAH DITEMUI..... MUNGKIN KETURUNAN SYAITAN...
BalasPadamAKU TAK CAYA LANGSUNG DIA TAK MENULIS KERANA MERAJUK, SEBENARNYA DIA TAK MENULIS SEBAB UMNO DGN NASIHAT APCO, SURUH RENTIKAN SEMENTARA BAGI DUIT. INI TERMASUKLAH BLOGER TERNAKAN UMNO PAHANG KAT PAHANG NI, YG DAH MERAJUK SEBAB FLUS TAK MASYUUKKKK!
BalasPadamkalau nak putar belit, buatlah macam ada jalan, tapi sya rasa tak pandai, coz kepala otak kat punggung.. haha
BalasPadampi mampuih la papagomo babi laknat ni.. kerja buat dosa jer.. elok lah pi mampuih...hidup penuh dosa melagakan sesama islam jer kerja dia.. tak selamat dunia akhirat selagi tak minta maaf dengan orang yang kau fitnah tu..
BalasPadam