KUALA LUMPUR, 25 Okt - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akhirnya telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari (foto). Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang semalam, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman. “Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain. Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik. Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz hari ini. Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang semalam. “Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain. Beliau hantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, jam 3 petang semalam.
Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan. “Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian,” katanya. Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini. UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang ini kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu. Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.
[Difahamkan penarikan balik penggantungan Prof Dr.Aziz Bari, mungkin ada kaitanya dengan lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini. Difahamkan Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang untuk mengadakan demonstrasi dihadapan Najib yang bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas Aziz Bari. Kumpulan itu dijangka akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam. Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat. Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir menyambut kedatangan Najib. Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Profesor Dr. Aziz Bari].

Pakat boikot majlis tu, biar makcik dan pakcik felda je memenuhi majlis tu.
BalasPadamsokong ..boikot aja...biar dia orang angkut pelajar2 untuk memenuhi jemputan majlis tu,,
BalasPadamGedung Ilmu tetapi dikuasai oleh Prof. separuh tiang...kepentingan diri melebihi kepentingan ramai. Jaga kau ezam...kalau aku jumpa kau..aku cili mulut puki ayam kau tu. Itulah akibat negara diperintah oleh orang yang tak sekolah dan banyak buat jenayah...negara huruhara dan sentiasa diugut oleh negara luar.
BalasPadamOtak makcik dan pakcik felda senonim dengan otak UMNO, dulu kini dan selamanya. Hidupku matiku kerana UMNO walau bumi terbelah dua pegangan ku tetap UMNO.
BalasPadamHari-hari merungut barang naik harga dan marahkan kepada kerajaan BN...bila pilihanraya bagi kain baju duit poket sikit terus sanjung melangit kepada kerajaan BN...pooodah mentaliti melayu felda.
Jaga tu pokcik mokcik amno ! jangan plak mokcik pokcik nak banding banding hidup anak zaman la ni dengan zaman pokcik mokcik dizaman Jepun, nak banding susah makan pakai dan segala nya. Kalau mereka hidup zaman tu juga mereka pun susah jugak. Dah la hidup susah bila merdeka otak dijajah amno pulak, dah la miskin ilmu, ada akal pun jadi miskin berfikir juga.
BalasPadamAnak anak hari ini mereka lagi susah, nak belajar pun susah, nak cari makan lagi la payah. Apa tak susah mokcik pokcik, kalau pokcik mokcik dulu nak belajar biasiswa ada, habis belajar kerja cari kita, hari dak lagi mokcik pokcik dah la belajar nak kena berutang silap pilih kursus kerja pun tak ada, surat mahkamah mari,,,silap haribulan kena declare bengkrapsi. Dapat kerja pun kekadang tak lepas nak jelas hutang yang berbaki, silap silap sampai ke mati. Kos meningkat setiap hari, mungkin ada inisiatif lain tapi tak kan kesemua sekali dapat nak lepaskan diri, dari bebanan kenaikan barangan saban hari.
Nak belajar pun susah, ada pensyarah bagus tak cocok dengan amno terus dibuang tak tunggu esok lagi. Profesor kangkung tak ada masalah... ajar la cara mana nak ajar, ubah la sejarah kita ikut suka pensyarah, yang disuka pemerintah... tak kisah.
Mokcik Pokcik sewajar nya berbangga kerana ada anak anak yang terdidik hari ini, memeliki suntikan semangat pejuang pejuang terdahulu yang menyedari tipu muslihat pemerintah amno hari ini... menyedarkan kita dari tidur yang panjang dengan mimpi indah disiang hari yang dijual amno kepada melayu hingga tergadai agama, maruah dan bangsa melayu selama ini.
Otak pakcik2 dan makcik2 sinonim dengan UMNO? Tapi ia masih seribu kali lebih baik dan terhormat berbanding para pendewa pakatan haram yang mengaku ada otak tapi pengecut mengalahkan tikus dan anjing kurap!
BalasPadam