script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Kata, 'Takdir' Sebabkan Kolam Lombong Bijih Besi Pecah, Apakah Takdir Juga Akan Di Salahkan Jika Isu Sama Terjadi Kepada Kilang Lynas Kelak !

Ramai rakyat Kuantan gusar dengan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob bahawa "takdir" menjadi punca kejadian banjir lumpur di kilang memproses bijih besi milik Phoenix Lake Sdn. Bhd di Sri Jaya, Maran baru-baru ini. Kenyataan tersebut menggambarkan, langsung tidak berlaku "kesilapan manusia" dalam insiden terbabit. Apa yang diucapkan oleh Adnan itu, samalah dengan sikap mantan Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Samy Vellu satu ketika dulu. Beliau gemar menyalahkan takdir bila apa jua kejadian berlaku melibatkan kementerian dibawah jagaannya. Maka akhirnya takdri menentukan dia kini sudah tinggal menjadi lipatan sejarah dalam "arkib negara". Justeru itu wajarkah Adnan juga menyalahkan tadkir sebagai punca kejadian tersebut?. Adnan berkata, adalah takdir kerana pihak pengurusan syarikat terbabit sudah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Beliau turut menegaskan syarikat perlombongan tersebut sudah melaksanakan satu prosedur sempurna, namun, malangnya kejadian tanah runtuh berlaku di situ. Jika takdir dipersalahkan, maka sia-sia saja laporan teknikal yang dibuat oleh enam jabatan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang ketika permohonan itu dibuat sebelum kelulusan.


Jika kolam lombong yang sudah mengikut peraturan ini pun akhirnya pecah
dan menjadi bencana kepada rakyat, maka apakah kita yakin Lynas selama

Persoalannya sekarang, salah satu jabatan yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar Pahang iaitu jabatan yang sama dikatakan terlibat menyediakan Laporan Penialaian Alam Sekitar (EIA) Bagi “Proposed Advanced Materials Plant, Gebeng Industrial Estate, Kuantan, Pahang” Oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd. Klik Sini untuk bukti Laporan EIA tersebut Vol 1 (Main Report Part 1 Of 2) , Vol 2 (Main Report Part 2 Of 2), Vol 2 (Appendices). Jika mengambil kira faktor "takdir" dalam kejadian lombog bijih besi di Sri Jaya itu, maka ia bermakna laporan oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang tidak menepati piawaian dan langsung tidak boleh dipakai sebenarnya. Maknanya laporan enam jabatan yang dibuat terhadap mana-mana permohonan lombong bijih besi selama ini juga boleh dipertikaikan. Mujurlah tiada kejadian kemalangan jiwa berlaku. Bayangkan jika kes kematian dan sebagainya berlaku dalam kejadian itu.


Apakah bila radioaktif terhasil daripada kilang Lynas ini maka ia adalah takdir
dan menjadi risiko yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Kuantan gamaknya
[Maka itu juga, apakah rakyat Kuantan boleh yakin dan percaya dengan laporan EIA yang dibuat terhadap projek kilang memproses rare-earth Lynas di Gebeng itu agaknya?. Risiko tetap akan berlaku dan apakah ketika itu "takdir" akan dipesalahkan, sedangkan Kerajaan Negeri Pahang punyai kuasa untuk menghalangnya. Apakah nasib generasi dan anak cucu akan datang jika sesuatu yang buruk berlaku. Kejadian di Sri Jaya ini haruslah dijadikan ikhtibar agar manusia tidak terlalu sombong dan bongkak dengan kecanggihan teknologinya dalam menilai sesuatu projek itu. Takdir mengatasi segalanya dan ketika itu, semua yang ada akan terpalit dengan bencana yang menimpa. Ingatlah, nasib dan masa depan anak cucu kita berada ditangan kita sekarang. Kita tidak perlu lagi yakin dengan pihak-pihak yang membuat "kajian" kerana akhirnya mereka akan menyalahkan takdir bila bencana terjadi. Apakah kita harus korbankan takdir untuk kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang?. Maka itu fikirkanlah].
Share:

16 ulasan:

  1. apa yang kau marah sangat ni malaun?banyak kau dapat saham bumiputra najib/rosmah bagi?yang mampos dulu nanti bukan kau jika ada kesan negative dari kilang tu,kau senang lenang kat kl or luar negara makan harta negara??????dasar united malays no otak punya kebangsatan!

    BalasPadam
  2. mala petaka...kesan negatif...?? aper ke benda nye nih...korang proses lynas pun tak paham kenape nak komen sgt. aku bukan dari united malays...tapi aku baran sgt dengan malays yg baghal, tak paham cerita tapi gatal nak kondem. dh abs ker ilmu ni ko belajar??

    BalasPadam
  3. Gini saja le. Sesapa yang suka sangat Lynas ni pindah le ke Gebang. Lepas tu kot jadi apepe, cakap le "takdir"

    BalasPadam
  4. TAK, KALI NI NAN SAMSENG TAKKAN KATA JIKA APA2 BERLAKU KAT LYNAS DIA KATA TAKDIR.. TAPI DIA AKAN KATA: "... APA BOLEH BUAT HABUAN DUIT DARI TOKE KAMI DHA SAPU... JADIS ESAPA YG TERLIBAT TU, SABO JER LAH..."

    KAHKAHKAH

    BalasPadam
  5. Anon 4:59:00 PM ni orang ke BA...BI@UMNGOK

    Sebutir kenyataan dari MB bahlol haram jadah jelas merumuskan yang dia ni bengong sekolah darjah 6 spisis anon 4:59:00 PM kenapalah kau lahir muka manusia kn elok kau jd b.bi je blh jd lauk utk kaum cina

    BalasPadam
  6. Anon 4:59:00 PM mengapa dikau lahir sebagai manusia bukankah elok kau lahir sebagai hayawan "petikan kata-kata kasim selamat dlm wayang Ibu Mertaku"

    BalasPadam
  7. Sudah MASYUKKKK.....
    Birlah rakyat Pahang ni mampus, nanti kalu MB Pelangai tu pencen dia pun dah Millionar, Tu pasallah..!!
    PENGARAH2 lain tu dah ada Komisyen/kok ye pun proxy dah dapat...kahkahkah...NGAKU saje laaa, KOME pun dok bawah WOKME jugak, dapat kuah jelahhh...kahkahkah..
    Aku xdengki cuma masih beriman lagi, dan ingat keturunan aku baik2...hehehe

    BalasPadam
  8. mampus nanti tanam dgn komisen dan hartanye...

    BalasPadam
  9. sape punya lombong bijih besi kat maran tu yer..sape2 blh bg nama owner..aku tau ramai yb/mantan yb ada bijih besi ni..tu yang dah pencen rumah/kereta gedabak boleh beli.

    BalasPadam
  10. tak payahlah guna
    dato' seri diraja adnan yaakob.
    nak muntah gua.
    pakai adnan yaakob atau denan lucah, sudahlah.

    BalasPadam
  11. Jawapan yg paling senang tak payah ada arguement lagi 'takdir'kalau kerajaan Pahang muflis pun 'tadir'dah tak ada apa nak dolak dalik pun'takdir''''lama lama jadi lah Pak Pandir....

    BalasPadam
  12. Betul Ler Kata MB Pahang Tu, Takdir Menyebabkan Lombong Tu Pecah, Takdir Juga Menyebabkan Rakyat Menderita Kerana Menyokong UMNO, Ha! Ha! Ha!

    BalasPadam
  13. Orang Kuantan mari kita MMATI ramai ramai termasuk Menterinya sekali...kerana Lyanas ....

    BalasPadam
  14. dah la bodo....sombong....xnak belajar....baghal....buat fitnah jer.....dasar melayu otak cikai....tak abis2 tuduh org rasuah. islam ker mender korang nie.

    BalasPadam
  15. tuan punya kilang memproses bijih besi milik Phoenix Lake Sdn. Bhd di Sri Jaya, Maran, kau mesti repair jalan besar yang menghubungkan kg srijaya . kalau tak repair jalan tersebut lori kamu akan pancit tayar hari-hari nanti kita orang nak buat ini.
    kita orang tak nak kacau kerja kamu tapi kamu rosak jalan , ini susahkan kita oranglah orang sakit pun susah nak keluar ke hospital maran

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.