KUALA LUMPUR 3 Okt - Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain. "Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru. Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, civil liberties dan jaga keamanan awam,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA dan jaminan Perdana Menteri untuk pastikan jentera kerajaan serta perkhidmatan awam berikan kerjasama ke arah itu.
[Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini kemukakan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Kediaman Terhad dan Rang Undang-Undang Buang Negeri untuk Pemansuhan 2011 di Parlimen. Sebelum itu, Dewan Rakyat telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarham Dr. Lo' Lo' Ghazali dan bertafakur seminit. Rakyat masih tertanya-tanya, apakah akta baru yang dipinda itu sama atau lebih teruk dari ISA. Kenapa perlu akta baru sedangkan negara sudah punyai banyak akta-akta lain yang boleh menjaga keselamatan rakyat sebenarnya. Inilah yang jadi kemusykilan mereka sekarang ini. Apakah akta baru itu dipinda untuk kepentingan rakyat atau sebaliknya].






Kepala hotak hang... mansuh dulu ISA baru usulkan 2 Akta Pak Turut.
BalasPadamlanchiau la pdo
BalasPadam