script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: "Pegawai Imigresen" Mati Terjatuh Tingkat 12 Kondominium Selepas Di Datangi Lelaki Misteri

KUALA LUMPUR, 12 Okt - Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Magnaville di Selayang dekat sini, semalam. Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya. Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya. "Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya. Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka. "Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian. Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen dan punyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu. Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Polis klasifikasi kes tersebut sebagai kematian mengejut.



[Apa yang berlaku ini merupakan satu lagi kejadian aneh yang pastinya mengundang misteri. Tambahan pula mangsa kejadian telah didatangi oleh tuga lelaki misteri sebelum dia mati terbunuh. Persoalannya, siapakah lelaki msiteri terbabit dan apa kaitannya dengan mangsa?. Apakah kes ini akan menjadi sama seperti kes pembunuhan peragawati Noritta Samsuddin beberapa tahun yang lalu. Hanef Basree dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan "dua lelaki misteri" dipercayai membunuh wanita terbabit. Hingga sekarang kita masih belum tahu siapa pembunuh sebenar dan siapakah dua lelaki misteri itu agaknya. Semua ini akan mengundang kontroversi dan spekulasi apabila kes Pegawai Imigresen ini pula berlaku. Namun, rakyat mengharapkan polis bertindak profesional dalam menyiasat kes ini. Semoga, merekayang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan andainya ada kaitan dengan tragedi yang berlaku ini. Rakyat Malaysia kini asyik melihat satu persatu insiden jenayah berlaku di depan mata mereka].
Share:

6 ulasan:

  1. nampak macam kes hutang along.

    BalasPadam
  2. nanti dalam ceramah boleh la bagitau, yang misteri tu sebenarnya orang orang umno....satu dunia dah tengok batang pelir nuar tu,mana mau lari..

    BalasPadam
  3. mangsa telah dibuang kerja sejak awal tahun lagi ... bukan pekerja imigresen ... kata ketuanya lah, yang datang plak adalah 3 pegawai polis yang menyiasat kes mangsa yang terlibat dalam kes penipuan ... cuma yang tak sedapnya ialah mangsa terjatuh, mungkin masa nak lari, tergelincir .... nauzubillah ....

    BalasPadam
  4. Jgn cepat melatah buat kesimpulan...kita akan lihat org mati ni hidup balik.mcm kes baharudin...!Berok2 PaRia mmg pandai buat magic......hehehehehe...

    BalasPadam
  5. PKR@PR terutama Nuar takde keje lain. Menangguk di air keruh. Nak pilihraya balik dah. Tak nampak satu apapun yang di buatnya. Kerjanya takde lain menyalahkan orang je. Aku ingat kalu menang PRU13pun nanti samajelah. Hampeh..

    BalasPadam
  6. Beruk HITCH TAKZIRAH, nak tau yang mati hidup balik, kebiasaan nya orang hantar orang mati ke kubur... yang hidup semua nya balik, tak ada pulak kita dengar yang hidup tak nak balik.
    Cuma yang jadi supersial pada hari ini yang mati, SPR kasi hidup balik jadi pengundi hantu raya setiap kali pilihanraya. Itu yang jadi pemimpin amno berantu, Ada faham ?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.