script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bantahan "Projek Berisiko Di Pahang", Rakyat Di Jemput Hadir Ke Himpunan Hijau 109 Pagi Esok !

KUANTAN, 8 Okt - Satu perhimpunan besar-besaran yang dinamakan "Perhimpunan Hijau 109" bakal diadakan di Taman Gelora dekat sini pada pagi esok Ahad (9 Oktober). Program yang akan bermula dari jam 6.00 hingga 9.00 pagi itu adalah satu himpunan Soldariti Rakyat yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap penggunaan Cyanide di lombong emas Bukit Koman Raub, pembinaan inssinerator di Blue Valley Cameron Highlands dan pembinaan kilang memproses nadir bumi di kawasan perindustrian Gebeng Kuantan. Dengan hasrat untuk "Mendokong Deklarasi Earth Charter" himpunan terbabit dipercayai adalah untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat di Pahang menyatakan luahan hati mereka terhadap sikap Kerajaan Negeri Pahang yang membenarkan kesemua projek ini dilaksanakan tanpa mengambilkira sensitiviti rakyat itu sendiri. Dengan temanya "Bebaskan Bumi Pahang Daripada Pencemaran Yang Boleh Membawa Musibah Dan Berbahaya" maka ia dijangka akan dapat menarik ribuan rakyat terutamanya penduduk Kuantan untuk hadir. Sebelum ini sudah ada beberapa program seumpama demikian diadakan di lokasi yang sama, namun ia lebih menjurus kepada bantahan Lynas yang dianjurkan oleh NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Program kali ini dijangka lebih besar dengan menggabungkan lebih banyak badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga parti politik dalam Pakatan Rakyat.

[Difahamkan pada program itu nanti, satu rekod "Cap Tangan Bantahan Terbanyak" bakal dicipta sebagai sokongan kepada himpunan ini. Segalanya adalah ditangan rakyat "Bantah Tetap Bantah" biar pun kesemua projek berisiko berkenaan sememangnya akan terus dan sudah pun dijalankan di negeri Pahang ini. Justeru itu semua rakyat Pahang dan Kuantan terutamanya yang ingin menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan ini, bolehlah datang beramai-ramai ke Taman Gelora esok. Sokongan semua adalah diharapkan untuk memeriahkan lagi "Perhimpunan Hijau 109" ini nanti. Sila buat hebahkan kepada semua!].
Share:

6 ulasan:

  1. Rakyat Pahang!!!"bebaskan bumi pahang daripada pencemaran kaki2 judi yg boleh membawa musibah dan berbahaya"...takde kempen ke?SAVE MALAYSIA STOP GAMBLING!!!!kan lg bgus drp.memperjuangkan fakta2 yg tak tepat!!Dgr ckp Fuziah Pakar Auta!!!hbis arh org Pahang!!modal politik dh xde utk menarik undi2 org Kuantan.Dgr la nasihat pakar2 yg mmg arif dgn bidang dia!!ni Pakar Kelapa sawit,nak ulas detail pasal getah!!!gile ke per???Safe Kuantan!Stop Fitnah Fuziah and the geng!!!

    BalasPadam
  2. kaki judi dan arak difahamkan suka angat dengan projek sebegini...ini salahsatu faktor rakyat terpaksa derita.

    BalasPadam
  3. Tunggulah ,sabar,kalau nak demo ke nak hijau ke nak bersih ke,p.raya dah tak lama.Kau 0rang kerja lah bersungguh-sungguh,rampas negeri Pahang tu dari Umno/BN,lepas tu kau buat apa yg kau orang mahu.Runtuhkan bangunan Lynas tu,tanam semula semua balak-balak,cat seluruh Pahang dgn warna hijau,gasak.Sebelum tu,elok kau orang buat kerja cari rezeki utk diri dan kaum keluarga,daripada membuang masa berhimpun tu.

    Aku ni tak kesah kalau PR menang pun ,aku terus berniaga juga,berusaha keras utk maju,anak-anak kena bersaing dan belajar kuat,cuma aku tak suka perangai kau orang yg banyak cakap kerja malas.Kata orang itu bodoh,bengong,sesat,tak dapat petunjuk,tapi diri sendiri tak nak cek,sejauhmana lebihnya pada orang lain,sejauhmana cerdiknnya,sejauhmana waraknya dan sejauhmanakedepan nya.Pemimpin dan Penyokong PR yg aku kenal di Pahang tu,hanya beberapa orang saja yg boleh di katakan layak memperkecilkan orang lain,itu pun bukan dalam semua bidang.Yang lain,tengok penampilan pun kita dah tahu lekeh mana nya mereka tu,terutama puak PKR.

    BalasPadam
  4. Dah la tu Sman,
    Bersaralah.......

    Selama ni pun kami susah & dizalimi oleh United Myanmar & Nepal Organization kesayangan ko tu. Tapi masih hidup pun.

    Aku cuma risau org-org yang macam ko ni.
    Yang X pernah rasa susah.
    Yang berniaga pakai kabel..
    Yang projek org bagi...

    Macam mana kehidupan korang nanti agaknya....
    Kalau semua projek & kabel dah menjauhi.......

    Kami X kaya pun X de hal.
    Janji kerajaan jaga perkara-perkara yg terkandung dalam perlembagaan.

    Jaga harga minyak.
    Hapuskan rasuah.
    Hapuskan double standard ......

    BalasPadam
  5. Jadi apa yg kamu dah buat utk negara kamu. Adakah sudah cukup sumbangan yang kamu dah beri, ataupun hanya bercakap je...
    kalau orang semuanya tak sempurna adakah kamu cukup sempurna. Apasal kamu juga mati... tidak kekal, itu maknanya tak sempurna.jangan cari salah orang lain saja, cerminlah diri tu dulu.

    BalasPadam
  6. Sumbangan paling utama kepada negara adalah:

    Berusaha bermati-matian untuk:

    1) Bebaskan Putrajaya dari golongan yang Zalim.
    2) Bebaskan pahang dari golongan Sombong, bongkak,riak & zalim.
    3) Sedarkan golongan yg dizalimi bahawa kita boleh bebas dari terus dizalimi.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.