script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Al-Fatihah: Mantan ADUN Sanggang, Datuk Abdul Halim Mohd Seth "Meninggal Dunia" Malam Tadi !

TEMERLOH, 18 Okt - Bekas ADUN Sanggang (kini dikenali sebagai DUN Kerdau), Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9.05 malam tadi akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang. Menurut bekas anggota DUN Kerdau, Datuk Ridzuan Harun, Allahyarham Abdul Halim meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas dimasukan ke hospital itu sejak lima hari lalu. Allahyarham pernah menjadi wakil rakyat DUN Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990. "Jenazah akan disemadikan hari ini bersebelahan kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung selepas sembahyang zuhur," katanya. Abdul Halim meninggalkan seorang balu, Hasanah Putih, 53, dan empat anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Allahyarham juga merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd Seth. Beliau juga pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Mentakab selama sepenggal sebelum bahagian tersebut ditukar menjadi UMNO Bahagian Temerloh. "Beliau adalah seorang wakil rakyat yang baik dan sentiasa prihatin terhadap pengundi terutamanya mereka di DUN Sanggang yang kini telah dikenali sebagai DUN Kerdau setelah berlaku persempadanan semula DUN itu pada tahun 2004," kata Ridzuan.

[Pahang Daily Online merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sebagai makluman, setakat ini sudah tiga Wakil Rakyat di kawasan DUN Sanggang (Kerdau) telah meninggalkan kita iaitu Dato Abdullah Kia, Datuk Abdul Halim Mat Seth dan sebelum ini Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Semoga senambungan perjuangan rakyat yang dipelopori oleh kesemua pemimpin terbabit akan dapat diteruskan oleh generasi baru hari ini dan pada masa yang akan datang. Al-Fatihah. Amin].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.