KUALA LUMPUR, 26 Okt - Pengerusi Felda Holdings Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (foto). Beliau berkata Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kini masih memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF. "Pengerusi KPF sekarang ialah Pengurus Besar Felda yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai bidang dalam perjalanan urusan Felda. "Sekiranya Tan Sri Isa menjadi Pengerusi KPF, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan timbul konflik kepentingan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 berkaitan Felda pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Ahmad Kasim mempertikai pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF yang dianggap akan menimbulkan konflik kepentingan. Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF.
[Pelantikan Isa Samad sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu. Lembaga pengarah KPF telah meluluskan kemasukan Isa sebagai ahli lembaga berkenaan tanpa mengambil kira undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal koperasi. Akibatnya pihak pengurusan KPF yang tidak senang dengan pelantikan yang didakwa dilakukan sewenang-wenangnya telah meminta nasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Difahamkan cadangan Isa yang juga Pengerusi Felda sebagai ahli lembaga pengarah KPF dan menjadikan beliau pengerusi koperasi berkenaan telah diluluskan pada mesyuarat khas Lembaga Pengarah pada 22 Jun lalu. Tindakan itu didakwa menimbulkan kekeliruan kerana di sebalik keputusan Lembaga Pengarah, Pengurus Besar Felda dan Ketua KPF sebelumnya, Zukifli Wahab telah mempengerusikan mesyuarat lembaga pada 8 September lalu untuk membincangkan kerusinya untuk diisi oleh Isa. Ini menimbulkan tandatanya sama ada pelantikan Isa sememangnya telah berkuat kuasa. Persoalan inilah yang perlu difikirkan].

PUAK2 BUAYA NI, JENIS MUKA TAK MALU..
BalasPadamNAMA PUN XDE DALAM KOOP TU, BUAT APE SEBOK2,LEMPAR DGN KASUT JE..
KALU NAK DTG JUGA, DUDUKLAH SAMA PENEROKA/AHLI, JJGN DOK KAT DEPAN.. DASAR HIDUNG LEBAR TAK MALU..
INGAT AHLI2 KOOP SUKA SGT MUKA DIA..
NAK REMBAT DUIT KOOP LE TU..
DASAR V PORNO..
SAPE BAYAR ELAUN KAU.. AKU TAK RELA..
SUMPAH, LAKNAT KAU..