script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pelik: Isu "MyKad Warga Asing", Lain Yang Rakyat Pertikaikan Tapi Lain Pula Yang Mahu Dilakukan !

KLUANG 15 Okt - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. "MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru. Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad tersebut.

[Aneh, lain yang dipertikaikan oleh rakyat lain pula yang dilakukan oleh KDN dan JPN. Nampak benar mereka cuba mengaburi mata rakyat dalam hal pemberian MyKad kepada warga asing yang dipertikaikan sekarang ini. Isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanan hanya itu lama yang memang pun wajar diperbetulkan. Namun, isu besar sekarang ialah tentang penipuan "anugerah warganegara" kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Apa guna mempunyai MyKad yang canggih dan terbaik di dunia, jika warga asing begitu muda memperolehinya demi kuasa yang ingin dipertahankan oleh kerajaan BN yang memerintah sekarang ini].

Share:

4 ulasan:

  1. buat MyKad baru untuk upgrade ciri-ciri senang menipu dalam pilihanraya..macamla rakyat bodo...aaawww...aawww...

    BalasPadam
  2. Bukan semua rakyat BOBO. Tapi memang kita tak nafikan ada juga yang BODO dan BAHALUL nak mampos, contohnya Saturday, October 15, 2011 10:41:00 PM! Bukan saja BODO nan mampos tapi sundal tak bertempat!

    BalasPadam
  3. Memberikan taraf warganegara kepada rakyat asing dengan mudah dan sorok-sorok adalah satu "PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA BANGSA". Mereka yang terbabit tak kira kakitangan kerajaan atau orang politik mesti dihukum seberat-beratnya. Perbuatan mereka ini ibarat membuka pintu untuk perompak/penjenayah masuk kerumah. Datuk nenek kita bermandikan darah mempertahankan negara dari diceroboh oleh musuh...tetapi kerajaan kita buat perkara sebaliknya. KAMU RAKYAT MALAYSIA MESTI SEDAR DAN CELIK..BAHAWA HAK KAMU SEBAGAI WARGANEGARA TELAH DIKHIANATI OLEH KERAJAAN YANG MEMERINTAH HARI INI. NYAHKAN MEREKA..NYAHKAN MEREKA...NYAHKAN MEREKA.

    BalasPadam
  4. betul..betullll..anak cucu kami mcm mana nanti yeee...duit komisen dah abis niee...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.