script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Shamsul: Tiada 'Penafian Konkrit', Serta Jawapan Berbeza, PM Harus Beri Keterangan di Mahkamah

KUALA LUMPUR, 7 Okt - Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum ada penafian konkrit berhubung jawapan berbeza berkaitan pertemuan Perdana Menteri itu dengan pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan. “Beliau mengaku Saiful ada berjumpa dengannya untuk memohon biasiswa tapi dalam respon kali kedua menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat.“Dari segi fakta (kertas pertuduhan), fitnah yang dibuat Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan itu. Tiga tahun berlalu, hal ini masih belum dinafi,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin (foto) hari ini. Najib sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan itu pada 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 yang turut disiar media arus perdana secara besar-besaran tetapi kini mengelak dari memberi keterangan dalam kes berkenaan. Mengulas lanjut, Shamsul sifatkan kegagalan Najib dan isterinya untuk disepina memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik sekali gus mengulangi kes Fitnah I. “Keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang benarkan permohonan mereka untuk tidak jadi saksi di dalam perbicaraan dilihat “prejudge” pembelaan Anwar dan peguam bela bahawa wujud konspirasi,” katanya. Beliau hairan kerana Najib ditawar sebagai saksi pada peringkat awal tetapi kemudian, kehadirannya tiba-tiba dianggap tidak relevan. “Bagaimana dengan keterangan Rosmah yang direkodkan ikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk katakan mereka tidak relevan jika keterangan ada direkod.” Ini, katanya, secara tidak langsung buka ruang dan asas baru kepada peguambela untuk fail semula permohonan membatal hakim berikutan keputusan tidak konsisten dengan fakta kes itu.

[Ramai yang musykil dengan tindakan Najib dan Rosmah untuk tidak mahu disepina dalam kes ini. Sedangkan terdapat bukti-bukti kukuh yang mangsa iaitu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa mereka sebelum laporan polis dibuat terhadap dakwaannya itu. Malah, Najib sendiri mengaku Saiful ada bertemu beliau kepada media. Persoalannya, kenapa beliau takut untuk jadi saksi di mahkamah?. Memang mudah menggunakan kuasa yang ada untuk melepaskan diri dari menjadi saksi, tetapi sedarkah beliau yang rakyat melihat semua ini. Tindakan untuk melarikan diri dari tanggungjawab sebagai saksi, jelas sekali satu tindakan yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Namun, inilah amalannya di Malaysia, semuanya boleh belaka. Apakah tindakan ini dapat diterima oleh rakyat gamaknya !].
Share:

5 ulasan:

  1. Gua nak tanya Zul Kulim dgn Lokman Adam dan juga penyokong Umno Israel Laknatullah,apa ke jadahnya Saiful pg jmpa Najib dan rosmah mansur dan Najib pulak buat 2 pengakuan yg masih menjd misteri iaitu pengakuan pertama yg dia x bjmpa Saiful tp slps gambar Saiful dgn pembantu khas beliau tersebar baru Najib Altantuya mengaku Saiful nk mohon biasiswa konon2nya katanya..tp slps didesak beliau tukar pulak pengakuan Saiful bjumpa dgn tangan saiful terketar2 muka pucat sbb kena jubo dgn Anwar...aku nk jawapan ni puak2 Umno bakal masuk Neraka jawab...!!!!

    BalasPadam
  2. Dimanakah kedaulatan undang2?

    Credibility PM akan lebih terserlah dengan menjadi saksi dan dapat menutup mulut pembangkang yang mengatakan PM "PENGECUT" DAN konspirasi" melainkan PM benar2 pengecut dan benar2 ada konspirasi.

    Kami penyokong YAB DS Najib Rajak menyokong penuh DS Najib jadi saksi dan seterusnya menutup mulut2 pembangkang. Hidup Najib!

    BalasPadam
  3. hidup najib! hidup najib! mampossss rakyat

    BalasPadam
  4. Ni apa jadi dengan anon9:33 ni???
    Buang tabiat ke?

    BalasPadam
  5. Nak harap si takubin g court. Apa dia peduli nanti bini marah kan susah. Memang penakut dari dulu,kini dan selamanya. Kalau dia g court adala lagi belen2 respek aku kat dia. If .....la keh keh keh

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.