script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Ingatkan Semua Pihak, Agar Tidak Politik Tugas Dan Tanggungjawab Penjawat Awam

KUANTAN 3 Okt - Sultan Pahang Sultan Hj. Ahmad Shah (foto) mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan tugas dan tanggungjawab penjawat awam bagi menjamin kesejahteraan negara. Baginda bertitah, pihak yang berbuat demikian hanya akan melambatkan pembangunan negara dan menyusahkan rakyat. "Penjawat awam juga perlu komited kepada tugas mereka dalam menyokong aspirasi kerajaan yang memerintah,” titah baginda ketika merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-14 di sini hari ini. Menurut baginda, semangat sayangkan negara perlu ada pada setiap penjawat awam supaya perkhidmatan awam akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Pengerusi persidangan, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan yang memikul tanggungjawab melaksanakan urusan pengambilan dan perkhidmatan, berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pegawai kompeten dan berkepakaran bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih kompetitif dan berdaya tahan selain atasi masalah penghijrahan cendekiawan di dalam sektor tersebut.

[Kenyataan dan titah Sultan Pahang ini haruslah dihayati oleh seluruh penjawat awam di negei ini dan di Malaysia amnya. Ramai penjawat awam kini yang menjadi "gunting dalam lipatan" yang menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu, sedangkan mereka masih berkhidmat dengan kerajaan. Tindakan tersebut jelas sekali mencemari profesyen mereka dan tudak wajar dilakukan sama sekali. Namun, ramai yang bertindak demikian akibat tidak tahan lagi dengan wujudnya terlalu banyak penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam agensi terbabit selama ini. Maka itu, mereka bertanggungjawab untuk menyelamatakan wang rakyat yang mengalir masuk ke dalam kantung pihak-pihak yang berkenaan. Adalah lebih elok dihebahkan daripada merahsiakan sesuatu yang wajib diketahui oleh seluruh rakyat. Mereka tidak wajar terus ditipu dan diperdayakan oleh pihak yang berkenaan itu buat selama-lamanya].

Share:

2 ulasan:

  1. Rakyaat hidup dalam kesusahan dengan
    kos taraf hidup yang tinggi.Pemimpinx
    dengan angkuh merompak kekayaan
    negara untuk anakcucu dan hidup dengan senang lenang.Jenis iblis macam ini kita nak biarkan saja?Dia
    raja bolehlah cakap ikut sedap mulut
    dia.Pi mampus umngok!!

    BalasPadam
  2. minyak nak naik lagi...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.