script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wajarkah Hanya PM Sahaja Yang Berkuasa Untuk Tentukan Tarikh Pilihan Raya Umum Negara Kita !

Bahang Pilihanraya Umum Ke-13 kini semakin terasa. Di sana sini orang mula memperkatakan tentang PRU. Ramalan besar mengatakan pembangkang (Pakatan Rakyat) bakal mengambil alih Putrajaya kini kian disensasikan, walau pun ia dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Malah, Susulan dari itu, ada pula suara-suara sumbang mengatakan "langkah mayat mereka dulu jika pembangkang berhasrat menawan Putrajaya dan mereka akan pertahankan Putrajaya hingga titisan darah yang terakhir". Paling mengejutkan ada pula yang berkata "jika BN tewas, maka tidak ada mana-mana parti yang akan menang". Semua kenyataan itu jelas satu provokasi yang boleh menimbulkan kontroversi dalam sebuah negara demokrasi sebenarnya. Ramalan awal mengatakan Najib akan membubarkan parlimen pada 7 Oktober lalu, iaitu beberapa hari selepas beliau membentangkan Bajet 2012 ternyata meleset. Maknanya, tarikh 11 November 2011 atau tarikh keramat 11.11.11 juga kini mungkin kian tersasar. Soalnya sekarang, bilakah pilihanraya umum akan diadakan?. Jika di negara lain, rakyat diberi hak untuk mengetahui tarikh tersebut lebih awal. Hatta dinegara yang dianggap "polis dunia" sekali pun iaitu Amerika Syarikat dan negara yang dianggap "pengganas dunia" iaitu Israel, kerajaan negara itu akan mengumumkan tarikh pilihanraya tanpa prejudis. Tetapi, di Malaysia lain caranya. Malah kelainan itu juga berbeza dengan negara-negara jiran sekitar kita iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan yang lainnya. Ketakutan untuk mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal, mencalarkan sedikit amalan demokrasi berpalimen di negara kita. Malah, kerajaan Britrish yang satu ketika dulu pernah menjajah Tanah Melayu juga mengumumkan tarikh keramat itu tanpa rasa takut kepada mana-mana parti yang bertanding. Tapi di Malaysia, tidak begitu. Hanya PM sahaja yang tahu dan berhak menentukannya. Maknanya, hanya beliau yang boleh memastikan partinya bersedia berhadapan dengan pilihanraya umum, sedangkan parti-parti lain dibiarkan terkapar-kapar. Lantaran itulah, kini parti pembangkang terutamanya terpaksa bersedia sepanjang masa tanpa mengira waktunya. Mereka terus mengadakan kempen dan program di sana sini tanpa melihat bilakah tarikh keramat itu bakal diumumkan sebenarnya.

[Soalnya sekarang, jika tarikh pilihanraya itu terus menjadi seperti lagi Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia" maka apakah kita boleh katakan pilihanraya itu adil untuk seluruh rakyat Malaysia agaknya?. Inilah faktor utama yang menyebabkan kepincangan berlaku setiap kali pilihanraya di negara kita. Awal-awal lagi sudah bermain dengan "teka teki" yang menguntungkan sebelah pihak. Demokrasi tidak wajar seperti itu. Ia harus disuburkan agar semua pihak tahu lebih awal tarikh penting berkenaan. Apakah fenomena ini akan terus kekal buat selamanya hatta ketika pembangkang (Pakatan Rakyat) memerintah kelak. Mungkinkah ia akan diubah dan keadilan sejagat diberikan kepada semua untuk berhadapan dengan pilihanraya secara adil dan saksama akhirnya. Apapun, semua pihak teruskan persediaan PRU-13].
Share:

5 ulasan:

  1. lanchiau la delete delete, bagi la rakyat semua baca

    BalasPadam
  2. Komen yg tiada kaitan dgn artikel memang layak dimasukkan dalam bakul sampah... x perlu lanchiau2 lar lu... Hormat sikit rumah tangga org .. nak masuk bg salam.. jgn lari topik yer.. hehehhe.. bila kena delete mulalah nak mencarut.. padan muka ko....

    BalasPadam
  3. TOKSAH LA NAK BUAT ANALISA TARIKH PILIHANRAYA, PKR DAN PAS MEMANG BUNGKUS PUNYA,

    BalasPadam
  4. Tengok dalam air Pinang....dalam Mangkok...bila...bolih

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.