script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dakwaan "Ryan Albrey" Pasal Lynas Terhadap MB Pahang "Di Bidas Dalam Berita Harian", Hari ini !!

KUANTAN, 20 Okt - Orang ramai disekitar bandar ini terutamanya mereka yang membantah projek kilang memproses rare-earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation hari ini dikejutkan dengan satu kenyataan terbuka daripada penulis Yope Key Dare dalam ruangan surat pembaca akhbar Berita Harian. Kenyataan beliau itu dikatakan bagi menjawab dakwaan seorang rakyat dari negara terbabit (Australia) yang bernama Ryan Albrey (foto) yang dikatakan telah menemubual Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, soal Lynas sebelum ini. Ryan dalan video terbarunya mendedahkan kononnya pandangan Adnan mengenai kemungkinan wujud kaitan antara beberapa pemimpin Cina yang menentang projek RM2000 juta itu, dengan rangkaian antarabangsa mereka. Malah, beliau juga dikatakan menuduh MB Pahang itu bersikap perkauman lalu memanipulasikan pandangan Adnan itu dengan membayangkan kononnya Adnan menganggap masyarakat Cina di negeri ini sebagai pengkhianat kerana masyarakat Cina di sini hendak tolong menolong negara China. Putar belit Ryan lagi ialah, Negara China sendiri tidak dapat menerima kemasukan pelaburan projek Lynas lalu syarikat itu melihat Negara China sebagai musuh, yang kerana itulah juga kononnya menyumbang kepada pandangan Adnan berkenaan. (Hakikatnya ialah, Lynas mendapat kelulusan untuk membina kilangnya di China, malah di Australia sekalipun, tetapi memilih Malaysia khususnya Kuantan, atas pelbagai pertimbangan termasuk bersifat ekonomi dan sosial). Sedangkan projek Lynas ini dakwa Ryan lagi, ialah berkaitan kebimbangan masyarakat Kuantan, bukan setakat Cina tetapi Melayu yang menentang kononnya bimbang mengenai bahaya radiasi daripada projek itu. Seterusnya DI SINI


Kenyataan di mukasurat 33 akhbar Berita Harian hari ini tentang isu Lynas

Inilah dia video panas yang didedahkan oleh Ryan Albert pasal MB Pahang

[Kami tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang didedahkan oleh pembaca terbabit. Bagi kami mereka yang menentang ada hujjahnya dan mereka yang menyokong juga ada alasan tersendiri. Masalahnya, rakyat Australia terbabit menemuramah MB Pahang dan kemudiannya sengaja membuat kenyataan panas tentang kenyataan beliau itu. Bukan senang mana-mana pihak boleh menemubual MB Pahang tentang isu Lynas ini sebenarnya. Bertuah benar kepada sesiapa yang berjaya berbuat demikian. Soal tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap pemimpin terbabit hanya rakyat sendiri yang berhak menilainya. Justeru itu, kepada yang tertinggal video wawancara beliau dengan MB Pahang itu, link yang disertakan untuk tonton wawancara itu. Video I | Video II | Video III].
Share:

2 ulasan:

  1. berita apa pun boleh di manupulasi, kenyataan Lim Guan Eng pandai pulak amno adunkan dirojakan. Sultan Johor yang tak ada apa apa kaitan boleh di campakan dalam gelangang gusti. sepatut nya kenyataan LGE jadi isu polis, betul siasat cari kelemahan nya tak betul tolong nafikan sudah lah, kan senagng dan neyenangkan, ini tidak dilagakan pulak dengan sultan.
    Mat Sabu anggap Mat Indera wira sahaja amno putar jadi komunis wira, boleh pulak dah tu racun seluruh rakyat, racun professor sampai professor jadi kangkung. Peranan amno memanupulasi cerita cukup hebat ahli sejarah bersejarah jadi terbalik, disambut bekas pm, sejarah sekarang dah jadi songsang. Fitnah amno lebih tajam dari pedang samurai.

    BalasPadam
  2. Apa ke benda yang mamat ni jadi penyibuk pulak,

    Dia ni tak boleh percaya, dia tak tahu dosa dan pahala. tak kan kita nak percaya pulak kepada orang kafir. kalau orang Islam tu ok jugak, bolehlah kita dengar cakap nya, pasal dia orang tahu hukum. yang terbaik hanya Islam.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.