script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ratusan Penduduk Di 'Segamat' Berdemo Bantah Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang Ke Johor!

SEGAMAT, 13 Okt - Ratusan penduduk di bandar ini melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng malam semalam. Pada lewat petang itu dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah. Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan. Walaupun terkawal terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan belum sampai ke lokasi ceramah ketika kejadian. Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan adalah bagi membantah kunjungan Lim dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan beliau yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan para diplomat asing di Singapura.

[Nampaknya, semakin banyak tindakan keganasan berlaku dalam negara kita sekarang ini. Soalnya, kenapa harus bertindak ganas sedangkan negara kita punyai undang-undang. Kenapa perlu menimbulkan kekecohan sedangkan mereka boleh membuat laporan polis di balai-balai polis yang berhampiran. Kenapa perlu menyerang dan membuat provokasi sedangkan media arus perdana sudah menjawab isu ini. Semua yang berlaku adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan tidak sewajarnya dibiarkan. Pihak polis perlu lebih bertegas dalam mengawal keselamatan rakyat, bukan sekadar pihak-pihak tertentu semata-mata. Kini rakyat berhadapan dengan satu tindakan yang jelas sungguh tidak bermoral serta bertamadun itu?].

Share:

5 ulasan:

  1. Cuba Teka? Siapa baru bangun tidor.

    BalasPadam
  2. Kt Tganu tempoh hari bila ada BANGKAI mengatakan Sultan NATANG, puak2 umno n sekufu2nyer ni xde plak nk berdemo? Bila Presiden MCA buat video n MENGAKU benar, xde plak nk berdemo? Ni cite KM Penang memberi PERBANDINGAN FAKTA jer, sampai nk berdemo. Igt yg di ucap tu FAKTA! FAKTA! STATISTIK! Ia spt perbandingan Selangor zaman Khir Toyo lebih MAJU dari Kelantan di pimpin oleh Nik Aziz. Ni pun FAKTA kan? Statistik? Lau ikt isu JOHOR skg ni sepatutnya penghinaan utk Kelantan dr segi PEMIKIRAN UMNO. Kelantan xberdemo pn. Xperlu jadi ayam telur sebiji.......

    BalasPadam
  3. kah..kah..kah...baru tau takot tgok org berdemo...yg berok2 PaRia berdemo tu hang dok diam pulak....!Yg kecoh pasal lynas tu apa pulak...ada sampai yg baring2 lagi...nape x buat laporan polis??..nape x buat secara berhemah??..mana tatertib korg mcm PDO katakan tadi??......woooiii berok2 PaRia termasuk tuan blog bangkai...sejak bila korg ni bertamadun??.....kah..kah..kah..kah..hang jilat la ludah korg sampai kering...

    BalasPadam
  4. "Sudah lama tidak bersampin,
    Sayang si bongkok menampi padi,
    Sudah lama Dacing ni Zalim,
    Hanya yang Bongok masih sokong lagi."

    "Pondok menjadi Bangsal,
    Bangsal ada di tengah sawah,
    Dacing bongok semakin baghal,
    Otak lebih rendah dari lembu pawah."

    "Tinggi-tinggi si matahari,
    Anak kerbau mati tertambat,
    PRU 13 X lama lagi Dacing & Pencacainya mesti kita Hambat."

    " Kalau Roboh Kota Melaka,
    Papan di Jawa kami dirikan,
    Dacing & pencacai berambus belaka,
    Ke Putrajaya Maju Pakatan."

    BalasPadam
  5. Berok HITCH reti ke apa yang dia kata, tu la asyik nak TAKZIRAH, dah jadi tak tentu arah...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.