Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya. "Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. "Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya. Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'. Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam. Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu. Chegubard yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu. Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.

Bukti, maklumat penerima dan jumlah harga yang dipaparkan pada skrin

Bukti, paparan skrin komputer yang sempat dirakamkan oleh Chegubard

Bukti, maklumat penerima dan jumlah harga yang dipaparkan pada skrin

Bukti, paparan skrin komputer yang sempat dirakamkan oleh Chegubard
Sementara itu Chegubard turut menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap jawapan menteri berkenaan berhubung perkara itu. "Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," katanya. Chegubard berkata, siasatan SPRM terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah. "Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar. "(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya. Bagaimanapun, Chegubard berhujah, barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza. "Semakin mereka nafi nampaknya isu ini semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.

Chegubard dikerumuni oleh para pemberita selepas membuat laporan
ke pihak SPRM dibuat di Pulau Pinang pada 13 Julai 2011 yang lalu
[Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Chegubard turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama. Chegubard juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum. Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini. Chegubard Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya. Chegubard melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah Mansor kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu isu kontroversi itu ditimbulkan oleh Chegubard].

Chegubard dikerumuni oleh para pemberita selepas membuat laporan
ke pihak SPRM dibuat di Pulau Pinang pada 13 Julai 2011 yang lalu
mat - ekau in the right track
BalasPadamkalau untuk exhibition aje takpayah
declare tariff code 700113....
translasi-jelas belian impot untuk guna
keep on harping,, bro
katakan pada bik mama
berani order, berani tanggung
bik mama -bini mat umno-nok terakhir
semua orang dah maklum..menipu, penipu ,menafi,takpe..nanti ditakdir balasan Ilahi sesuap nasi pun tak boleh makan masa tu sendiri mau ingatla.semua dah tau keje2 puak depa ni.aku pun naik menyampah perangai pemimpin la ni.cakap je pandai..rakyat makin susah..makin pemimpin cakap semakin kita disusahkan.meluat lagi ada.dulu zaman cekdet rasanya kebajikan rakyat lagi terjamin wpun dia perangai gitu.
BalasPadamBeli berlian yg mahal kalau pakai duit sendiri tak berdosa.Kalau pakai duit rakyat baru salah.Tapi kalau so-do-me,walau isteri sendiri pun tak boleh buat lagu tu.Nabi tak mengaku umat.Pakatan Rakyat,Pas terutamanya jangan hanya hentam Rosmah,tapi hentam juga puak yg banyak sangat skandal ni,yg dikaitkan dengan dosa lebih besar,baru lah berperinsip .Kalau Pas berani hentam Wak Sodo,esok aku isi borang masuk Pas.
BalasPadamAku ingat kau duduk dalam UMNONGOK selama2 pun tak apa, orang bangang macam kau buat penilaian kalau duduk dalam umnongok lagi berpaedah, senang puak pakatan nak tibai ke, apa ke, buat masa ini orang yang berkeyakinan tak pakai otak, bukan takat pas apa parti dalam pakatan pun tak ada kosong yang ada umnongok jer... sorry le yek.
BalasPadamanon 3:13:00,
BalasPadamKalau aku duduk dalam Pas jauh lebih berharga kpd Pas dari hang tu.Tapi sekarang selagi Pas+Dap+PKR aku pun tak sudi.Biar le mereka-mereka yg tak berani marah pada Wak Sodo jer bersama Pas.Bersubahat dgn mereka yg zalim(tibai pekerja bawahan dan anak yatim) dan membuat kerja yg nabi tak mengaku umat,minta di jauhkan le hai.TG dan HJ Hadi dah banyak pahala,mungkin boleh timbalbalik dgn dosa tu,aku tak mampu le.
Wednesday, October 05, 2011 5:11:00 PM
BalasPadamSebelum ni PAS berjuang bersendirian. Masa tu awak sokong siapa..?
Atau masa tu awak belum lahir atau mak bapak awak belum kawen...?
IMELROSMAH MARJID
BalasPadamDah la tu Sman......
BalasPadamMrSam,
BalasPadamSaya pernah menjadi ahli Pas dan saya pernah di minta menjadi calun di satu kawasan pada satu ketika dulu tapi saya menolak kerana saya tidak mahu terlibat dgn politik secara berlebihan.Masa itu Pesuruhjaya Pas Pahang adalah orang yg saya hurmati dan saya kenal rapat seluruh keluarga nya.
Sekarang Pas tidak seperti dulu lagi,samaada pemimpin atau ahlinya sudah jauh dari sifat 'humble' seperti ramai mereka yg dulu-dulu.
anon 1:04:00,
BalasPadamatu hari nanti kau akan mencari di mana sman atau kau akan merasa malu kepada bayangan sman.
Anon Thursday, October 06, 2011 11:36:00 AM,
BalasPadamNak pedoah pun agak-agak la......
Keluar PAS sebab PAS dah X betul...
Kalau Join Hizbut Tahrir ke, bukak Parti baru ke, Jadi macam Le lam Thye ke, nampak la cerdik jugak....
Ini masuk AMENO......
Lawok-lawok. senok perut koi membace lawok aok ni.....
Thursday, October 06, 2011 11:36:00 AM
BalasPadamPilihan awak menyokong Umno adalah sangat tepat.
Semoga awak bahagia..