
Ini satu berita panas dan mengejutkan kami terima. Ia berkaitan dengan isu bantahan rakyat Kuantan terhadap pembinaan kilang memproses rare-earth (nadir bumi) milik
Lynas Corporation dari Australia. Selama ini ada pihak-pihak tertentu yang menuduh kononnya, isu ini sengaja dimainkan oleh pembangkang bagi tujuan untuk menidakkan sokongan rakyat kepada UMNO Barisan Nasional terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang. Bantahan yang kian memuncak itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak terbabit yang kononnya mengatakan ia didalangi oleh parti pembangkang. Malah, lebih jelek lagi ada juga pemimpin UMNO yang menuduh kononnya hanya orang
"Cina" sahaja yang membantah kerana mereka dipengaruhi dengan sentimen
"bangsa". Malah, ada pula yang tergamak mengatakan bahawa orang Cina di Kuantan telah
"diupah" oleh
"orang Cina di Negara China" agak membantah pembinaan kilang tersebut di sini. Malah mereka juga menuduh kononnya orang Cina di sini bersekongkol dengan orang Cina di negara China. Alasan ini kerana mereka mendakwa, kerana itulah orang Cina di Kuantan begitu sibuk membantah kilang Lynas didirikan di negara ini. Bukankah tidak masuk akal semua itu. Alasan dangkal ini diberikan bagi membuktikan bahawa China cemburu dengan pembinaan kilang rare-earth di negara ini kerana negara itu merupakan pengeluar bahan itu yang utama di dunia pada masa sekarang. Jika Lynas membina kilang terbesar di Malaysia, bermakna syarikat terbabit akan mengawal pasaran rare-earth dunia selepas ini. Itulah alasan
"daif" yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Isu Lynas Adalah Isu Rakyat Kuantan Sebenarnya
Persoalannya sekarang, benarkah hanya orang Cina sahaja yang membantah Lynas?. Bukankah begitu ramai orang Melayu turut berbuat demikian sejak sekian lama. Malah, itu itu diperjuangkan di parlimen oleh wakil rakyat Kuantan yang berbangsa Melayu iaitu
YB Fuziah Salleh (foto). Beliau telah perjuangkan isu ini sejak sekian lama, kemudian kini dibantu oleh NGO Melayu yang lain terutamanya
Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) dan yang lainnya. Alasan kononnya Fuziah perjuangkan isu itu bagi meraih sokongan agar parti pembangkang (PKR) berjaya mengekalkan kuasanya di Parlimen Kuantan juga terlalu dangkal. Ini kerana, sebagai Wakil Rakyat di Kuantan maka sudah pastilah dia perlu bangkit memperjuangkan nasib rakyat di kawasannya. Kenapa UMNO tidak bangkit perjuangkan isu ini dan membela rakyat terbanyak?. Bukankah UMNO BN itu sepatutnya yang perjuangkan isu ini. Kenapa perlu mengatakan ia isu parti pembangkang, sedangkan isu Lynas adalah isu rakyat. Kami cuba menyelongkar puncanya dan berjaya memperolehi maklumat sulit bahawa UMNO melalui Pergerakan Pemudanya telah juga perjuangkan isu ini. Malah, menerusi mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada 11 Mac 2011 yang lalu telah membuat ketetapan yang meminta
Kerajaan Malaysia mengkaji semula kelulusan yang diberikan oleh
Atomic Energy Licensing Board (AELB) kepada
Lynas Corporation untuk membina kilang memproses memproses tanah jarang (rare earth) di Kuantan yang dikhuatiri memberi kesan kepada orang ramai serta kepada alam sekitar.
Pemuda UMNO Gesa Kelulusan Lynas Di Batalkan
Ketuanya,
Khairy Jamaluddin (foto) berkata pergerakan itu bimbang perkara yang sama
berlaku pada 1980-an di Bukit Merah yang mana kilang seumpama itu telah mengeluarkan bahan-bahan radioaktif yang akhirnya terpaksa ditanam di tempat yang dirahsiakan.
"Perkara ini telah dibangkitkan oleh salah seorang Exco Pemuda, Mohd Suffian Awang yang merupakan Ketua Pemuda Kuantan pada mesyuarat Exco hari ini dan kita amat berharap ketelusan kerajaan untuk bentangkan laporan yang terperinci mengenai kesan daripada kilang tersebut. "Kita amat berharap kerajaan mengkaji semula kelulusan berkenaan dan sekiranya ada kesan kepada alam sekitar dan kesan kepada orang ramai melalui sisa-sia radioaktif kami harap kelulusan ini dibatalkan," kata Khairy Jamaluddin dalam sidang medianya selepas mempengerusikan
Mesyuarat Exco Pemuda UMNO tersebut ketika itu. Apa yang memusykilkan kita ialah kenapa Pemuda UMNO kini
"menikus" selepas isu ini semakin panas sekarang? Apakah mereka ditekan atau tidak berani lagi untuk bersuara mempertahankan hak rakyat. Apakah mereka sanggup membiarkan rakyat menanggung risiko untuk terus hidup dalam ketakutan gara-gara kelulusan projek tersebut agaknya?.
Sila klik SINI untuk bukti keputusan mesyuarat exco pemuda sepenuhnya
Dengan pendedahan ini, maka diharapkan agar pihak-pihak yang mengatakan bantahan projek Lynas ini
didalangi oleh parti pembangkang atau bangsa Cina agar
"menutup mulut" mereka sekarang. Ini kerana terbukti bahawa ia juga turut dibantah oleh orang Melayu, malah
"sayap kanan" parti UMNO sendiri sebenarnya turut mahu kerajaan batalkan kelulusan lesen projek berisiko dan berbahaya itu.
Suffian Awang 'Di Cabar' Nyatakan Pendiriannya
Memandangkan namanya disebut dengan jelas oleh
Ketua Pemuda UMNO sebagai individu yang membawa usul berkenaan untuk dibincangkan dalam mesyuarat exco pergerakan itu maka dengan ini, kami mencabar Pemuda UMNO terutamanya
Ketua Pemuda UMNO Kuantan,
Suffian Awang (foto) untuk menyatakan pendirian beliau dalam hal ini. Tambahan pula dia adalah Exco yang bertanggungjawab membawa usul ini untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO ketika itu. Difahamkan juga beliau kini merupakan
Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri sekarang. Maknanya, dia mempunyai kuasa dan kekuatan yang cukup untuk membawa kes ini dan membela rakyat Kuantan. Jika UMNO bertindak bersama-sama dengan pembangkang, apakah ini isu politik?. Bukankah ini jelas membuktikan bahawa isu Lynas adalah isu rakyat dan bukan isu politik seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak itu sebenarnya. Tidak perlulah berdolak-dalih dengan menuduh ia dibangkitkan oleh pembankang untuk meraih undi simpati pada pilihanraya umum akan datang. Apa yang dibuktikan ini jelas menunjukkan tindakan biadap beberapa kerat individu ketika himpunan aman bantah Lynas anjuran NGO
Save Malaysia Stop Lynas di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak Kuantan dulu adalah satu tindakan salah dan tidak sewajarnya dilakukan. Mereka menghalau pihak yang membantah dengan berbagai tuduhan, sedangkan hakikatnya
Pemuda UMNO sendiri juga mahukan projek itu dibatalkan. Dengan ini, pihak terbabit digesa memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang telah dianiaya oleh mereka secara kasar ketika insiden itu berlaku dulu.
[Apa yang menjadi kemusykilan sekarang, kenapa media arus perdana menyembunyikan maklumat ini (bantah Pemuda UMNO) kepada orang ramai terutamanya pemimpin UMNO Pahang sendiri. Wajarkah mereka menuduh bahawa isu Lynas itu bukan isu rakyat seperti mana yang diperkatakan oleh Karam Singh TV3 sebelum ini. Ternyata, Karam telah tersalah fakta dengan membela pihak kerajaan sedangkan rancangannya di TV3 adalah "Aduan Rakyat". Sepatutnya beliau membela rakyat, namun dek kerana "untung yang sedikit" dia akhirnya tergamak memesongkan fakta sedangkan hakikatnya Pemuda UMNO juga membantah projek ini. Harapan kita agar kerajaan mendengar rintihan rakyat Kuantan ini. Usahlah mengejar keuntungan duniawi semata-mata, sedangkan ribuan rakyat akan menanggung derita dan sengsara akibat kesilapan kerajaan ini. Ingatlah anak cucu dan generasi akan datang yang bakal menghadapi risiko ini nanti. Apa yang akan mereka kata kepada kita bila sesuatu yang buruk terjadi ke atas diri mereka kelak. Marilah bersama membantah Lynas !!].
dgn bermulanya pru13 nnti,kita akan melihat sendiri dgn mata kepala kita,tamatnya perkhidmatan BN [babi negara] di negeri pahang ni,dgn isu lynas,isu kedegilan kerajaan pahang berhutang tak bayar dgn sebuah syarikat balak,dan dgn isu menteri besar yg tak berkualiti,sudah cukup untuk menjatuhkan dan menjahanamkan parti BN,di negeri pahang ini...
BalasPadamBerambus Lynass!!!
BalasPadamKantoi
org bodo mcm pmbngksng mmg suka ikt mkn babi yg di suap cina...cina mmg tau pmbngkang bodo sbb tu lh d gneknnya...fauziah tu asal bangsa cina tp di besar kn oleh keluarga melayu...tp darah bngsa cina ttp ada dlm tubuh dia...mak bapak dia kafir...yg kne bodo skrg org2 yg mgikut kata cina dn fauziah...
BalasPadamAnon Saturday, October 08, 2011 8:21:00 PM
BalasPadamKo ni kalau ada kat kampung pisang masa Zombie menyerang gerenti selamat .
Sebab Ko X ade otak.
Kah,kah,kah....
pnbangkang mcm ko lg xde otk bodo spnjang zaman...pemuda kata skiranya bahaya kaji smula untk di batal...bkn suruh batal tanpa periksa...yg bodo ko sbb blog ni cucumatkilau pnya..dia belit2 bg org xtau...
BalasPadamsufian awang pn bodo jgk..menda yg xtau jgn bg komen..blagak je lh yg dia tau,,keja hampeh...
BalasPadamAnon Saturday, October 08, 2011 8:31:00 PM,
BalasPadamNasihat untuk ko.
Untuk menambahbaik fungsi Otak ko yang ada sikit tu sila:
Campurkan cuka getah dalam air minuman ko.
Amalkan minum 3 kali sehari..
Mungkin bertambah sikit kewarasan ko kut????
Panas, Bongkar...
BalasPadamakhirnya PDO terpaksa membongkar gerakan SMSL ditabung oleh tanah besar china walaupun dalam bentuk persoalan. Ini memang kerja biasa editor PDO yang membuat persoalan, agakan dan lambungan ke udara...
Kita boleh kata beginilah..
"Persoalanya bagaimana PDO dengan mudah boleh menafikan Stop Lynas save malaysia ini tidak disokong oleh Tokey besar.Ayat "daif" digunakan untuk mengelirukan kita ."Mungkin" PDO telah dibayar sekali SMSL untuk menyelamatkan kantung mereka..."
kalau setakat nak buat fitnah dalam bentuk qwerty ni, sapa-sapa pun boleh karang.Script di atas adalah menyatakan bagaimana bentuk fitnah boleh dibuat dengan mudah sekali.. tak sampai lima minit, tapi kena bakar bertahun-tahun. Orang kafir cina tak apalah memang confirm kena bakar kat sana nanti..
Aku cuma memerhatikan bentuk skrip yang dihantar dan buat kajian tentang berita-berita palsu ni..
Yang bodohnya kamu semua yang terpedaya dengan suapan berita palsu sebegini.
Pemuda PAS PUSAT dengar cerita sudah undur setapak kebelakang ttg isu ni....
BalasPadamaku nak komen gaklah dlm blog meraban ni.tuk pengetahuan korang,baru2 ni ada satu majlis dailog antara ahli parlimen dan ahli senator bn ngan najib diadakan di pwtc.kerusi sebelah khairy kosong xada sape nak duk kat dia.pastu dtglang sorang menteri bekas kwn baik dia.sempor muka menteri tu nengokkan xada tempat kosong kucuali sebelah khairy.nasiblah pak ten kwn sound kat menteri tu ajak duk sebelah dia.MORAL OF THE STORY.khairy kome xpakai dah.
BalasPadamMark Parking.......
BalasPadamMacam biasa ku dengar namanya,
tapi dimana ya.....
mana mungkin namanya boleh serupa yang ku kenal.
Anonymous said...
BalasPadamMark Parking.......
Macam biasa ku dengar namanya,
tapi dimana ya.....
mana mungkin namanya boleh serupa yang ku kenal
MACAM PERNAH KU DENGAR JUGA NAMANYA ANONYMOUS NI TAPI DIMANA YA
Orang BESERAH-CHERATING sedang memerhatikan gelagat UMNO utk menyelesaikan seterusnya membawa keluar segala bentuk kesan rediasi dari daerah kami.
BalasPadamjangan fitnah org cina dan india -jgn malukan bangsa sendiri dengan budaya fitnah.
Ada kalangan kami doa mereka ALLAH kabulkan serta merta .
org beserah