script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nizar: 'Surat Tunjuk Sebab' Kepada Aziz Bari, Satu 'Penghinaan Kepada UIAM' Serta IPT Di Malaysia !

KUALA LUMPUR, 20 Okt -Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini. "Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia. "Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen. Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor. Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. "Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam UMNO BN yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat. "Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah beri kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak libatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya.


Aneh, laporan polis yang dibuat Ezam lebih cepat diberi perhatian ketika dia
berada di dalam UMNO berbanding ketika dia bersama Parti Keadilan dulu

Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut. Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat tentang isu ini

[Memang agak aneh dan menghairankan kita berada dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Undang-undang "double standard" terus diamalkan untuk mencengkam suara rakyat melakukan perubahan. Lihat bukti, laporan polis Ezam Md Nor begitu cepat disiasat ketika dia sudah bersama UMNO BN semula berbanding ketika didalam Parti Keadilan dulu. Soalnya, bagaimana pihak berkuasa menilai sesuatu laporan dan menjalankan siasatan?. Jika ini keadaannya, maka beruntunglah siapa yang bersama pembangkang dan kemudian kembali menyertai UMNO BN. Mereka akan dilayan lebih adil dari yang sepatutnya. Umum mengetahui, ketika menjadi Ketua Pemuda Keadilan dulu, sudah berkotak-kotak laporan polis yang dibuat oleh Ezam terhadap pemimpin UMNO. Namun, hingga kini ia didiamkan dan Ezam sendiri tidak berani lagi bersuara atas kesemua laporan yang dibuatnya sekarang. Apakah ini namanya perjuangan tegakkan kebenaran seperti yang dilaungkan?. Ini maknanya dia tidak jujur dalam perjuangan]. sumber

Share:

2 ulasan:

  1. Ezam kata banyak KOTAK nak buka masa PKR dulu....autar saja...!

    BalasPadam
  2. Apa nak jadi dengan amno sekarang. kenapa jadi sawan tak keruan, setiap hari bermacam hal berlaku, buruk laku, elok tak laku.
    Kangkung punya Prof bercanggah fakta sejarah 100 peratus dari apa yang pelajar sekolah belajar, bercanggah dengan semangat sambutan kemerdekaan sejak merdeka sehingga sekarang, tak di tegur. Jauh sekali nak dipecat jawatan kangkung kangkung yang kungkang kungkang dalam media tv mau pun surat khabar.
    Prof. Aziz Bari yang tak melanggar apa undang undang dan perlembagaan negara dijatuhkan hukuman pecat atas soal remeh temeh dijadikan orang orang amno isu yang maha besar.
    Puak amno memaki hamun sultan dengan kata nista yang sampai taraf sultan sama setaraf dengan binatang hampir 3 tahun, senyap sepi langsung tak berbunyi. Sultan yang di hina tu pun masih hidup lagi hingga hari ini, malah sultan yang dikatakan binatang itulah juga yang menjadi Yang DiPertuan Agung Malaysia pada hari ini.
    Cukup Kebal orang amno di Malaysia hari ini berbanding dengan sultan yang kekadang di julang tinggi kekadang boleh di maki.
    Pelik dengan perangai amno ni, kekadang sultan juga boleh dilaga lagakan macam melaga ayam laga contoh terbaik isu Lim Guan Eng dalam satu temuramah di SINGAPURA BARU BARU INI. Johor tak berapa selamat boleh dilagakan Lim Guan Eng dengan sultan Johor, sultan yang tak terasa tersentuh apa apa pun boleh dipanaskan puak puak amno.
    Jelas nya siapakah racun yang sebenar antara Pakatan Rakyat, Amno bukan Barisan Nasional, Sultan dan rakyat ?.
    Sentuhan Aziz Bari sebagai pakar Perundangan dalam isu kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu benar benar di manupulasi puak puak ini kini dan beliau juga kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis oleh Pencacai Amno yang baru jadi TUKUN Amno Baru, Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.
    Kita bukan heran pun dengan si Ezam tu tapi yang bahalul besar sekarang ini Kerajaan Amno Barisan Nasional.
    Rasa2 nya Malaysia ni macam menunggu giliran nak jadi macam Pilipina, Indonesia, Tunisia, Mesir, Yaman, Libya pula tak lama lagi. Mungkin dan serba mungkin... ?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.