script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pelajar Kecewa Pengurusan Kolej Batalkan Kebenaran Guna Bas Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus

KUANTAN, 19 Okt - Para pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) dekat sini kecewa dengan kerenah birokrasi pihak pentadbiran hingga menyebabkan mereka gagal untuk mengikuti Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih malam semalam. Menurut seorang pelajar yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka tidak sangka pihak kolej menarik balik kebenaran untuk para pelajar ke majlis ilmu itu. "Ustaz Azhar Idrus adalah tokoh pendakwah tersohor yang amat terkenal di seluruh negara. Maka sudah semestinya kehadiran beliau ke Kuantan tidak akan dilepaskan oleh kami semua. Urusan bas telah diputuskan pada Jumaat dan semuanya berjalan lancar. Lantaran itu kami membuat iklan kepada mana-mana pelajar yang ingin turut serta supaya mendaftar nama. Tapi, kami sungguh kecewa bila bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Kami telah ditipu oleh pihak kolej dengan alasan kuliah itu ceramah politik", kata beliau. Difahamkan, pada Jumaat permohonan untuk menggunakan bas kolej telah diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan bas diuruskan oleh pegawai di Bahagian Kewangan. Anehnya tiba-tiba ia dibatalkan secara tiba-tiba. "Bila kami jumpa bahagian HEP. mereka kata Naib Presiden kolej tak benarkan dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. Kami ditipu oleh pihak kolej sendiri. Bayangkan pelajar yang dtidak tahu pembatalan bas tersebut terpaksa menunggu begitu lama untuk ke kuliah berkenaan. Sampai hati pihak kolej menipu kami. Kami bukan budak-budak yang boleh diperlakukan sedemikian rupa", kata salah seorang pelajar yang sempat dihubungi.


Kalau dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus dikira politik dan pelajar dihalang
apa pula bezanya dengan benarkan UMNO buat konvensyen di kolej itu

Ibu Bapa Pelajar Kecewa Kipsas benarkan Persidangan UMNO

Jika kuliah Ustaz Azhar itu berunsur politik, kenapa UIAM Gombak izinkan
program beliau. Mana yang lebih hebat Kipsas atau UIAM?. Bukti klik SINI

[Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini daripada pihak HEP kolej terbabit. Tidak wajar mereka cuba mempermainkan para pelajar dengan tindakan bodoh seperti ini. Malah, bas itu mahu digunakan untuk mendengar majlis ilmu yang amat dituntut dalam Islam. Menghalang umat Islam mendengar program dakwa adalah satu usaha yang tidak boleh dimaafkan. Anehnya pihak kolej begitu mudah membenarkan penggunaan bas untuk majlis-majlis anjuran UMNO termasuk konvensyen parti itu di UITM Jengka dan Dewan Konvensyen berhampiran rumah MB sebelum ini. Jika alasan politik, kenapa untuk kepentingan UMNO mereka benarkan. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Malah kami juga difahamkan para pelajar dan pensyarah kolej terbabit dilarang sama sekali menjejakkan kaki ke dua tempat iaitu Pondok An-Nur dan Masjid Al-Fattah. Arahan tersebut sungguh mengelirukan dan ternyata membuktikan KIPSAS bukanlah kolej yang mahu meningkatkan syiar Islam. Sebaliknya mereka lebih rela merosakkan imej mereka dengan politik UMNO semata-mata. Justeru itu, kepada ibubapa pelajar yang bercita-cita untuk menghantar anak-anak mereka belajar di kolej terbabit agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Ini kerana banyak benda yang perlu diketahui sebelum tindakan itu dilakukan. Kami juga difahamkan sehingga ke hari ini pihak kolej masih gagal memberikan resit penyata bayaran semester pelajar. Hingga mereka tidak tahu apakah yang telah dibayar dan sebagainya. Tolong jangan mempolitikkan Kolej Kipsas!].
Share:

29 ulasan:

  1. salam

    perkara ini lebih kurang sama seperti di kolej universiti tati kemaman terengganu.apa yang berkaitan dengan Islam.pihak hep akan memberi seribu satu alasan supaya program atau majlis yang berkaitan Islam tidak dapat dijalankan.pernah satu masa,pelajar kolej tati dihalang oleh dekan hep kerna ingin mengadakan solat tahajud di surau..

    BalasPadam
  2. Kalau UMNO buat program kat KIPSAS boleh lak. Apa kejadah ni. Pihak pengurusan kolej jangan sekadar menjadi anjing2 suruhan UMNO. Jangan memperbodohkan pelajar dengan menyekatkan mereka daripada mendapatkan sedikit ilmu. Rakyat Pantai Timur mesti boikot KIPSAS.

    BalasPadam
  3. Lain kali kalau nak guna bas jangan cakap nak pergi kuliah agama.

    Yang paling afdalnya cakap nak pergi dangdut atau berpesta ria baru lah tiada masalah..

    BalasPadam
  4. Salam
    Lain kali kena jumpa JKKK dulu ,
    mesti dapat bas, tak caya tanya Ustaz...JKKK

    BalasPadam
  5. Bila student Kurang Ilmu agama,
    Senanglah mereka termakan hujah dari orang-orang macam Sman.....

    Sebab tu tengok TV ada 1000 rancangan hiburan + katun yg tah hape-hape untuk melalaikan rakyat dari sekecil kanak-kanak hingga orang tua.

    Baca pulak Meloya ke Berita Hairan ke,Cerita jenayah & Lucah je yang disiarkan.

    Itulah Strategi paling berkesan utk mengekalkan Undi melayu berpihak kepada United Munafik No One.

    BalasPadam
  6. Surah Al-Munafiquun

    [1]
    Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
    [2]
    Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
    [3]
    (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
    [4]
    Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
    [5]
    Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
    [6]
    (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
    [7]
    Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).
    [8]
    Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
    [9]
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
    [10]
    Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
    [11]
    Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

    BalasPadam
  7. Yang gian sangat nak hadir dengar ceramah ke atau nak pasang harap untung2 ada musang berjanggut datang nak jaja fatwa songsang!?

    BalasPadam
  8. Salam, berdasarkan apa yang ditulis ini, tidak dapat disanggah lagi bahawa itulah yang telah berlaku di kolej kami ini. Kami sebagai pelajar berasa kesal atas apa yang berlaku dan menganggap ini adalah satu tindakan yang kurang tepat yang diambil oleh pihak kolej akan kehendak pelajar yang mahu mengikuti program kuliah agama.

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Ustaz Azhar Idrus adalah pendakwah bebas, BUKAN bermotifkan politik atau mana-mana individu mahupun mana-mana jemaah. Rasanya budak-budak pun tahu permainan politik kotor di Malaysia kini, tidak hairanlah berbagai program keagamaan ini disekat atas dasar tidak berteraskan UMNGOK kesayangan mereka.

    Jika tidak mampu memberikan pengangkutan sekalipun, sekurangnya berikan kami notis dan tunjuk sebab, bukan sekadar senyap tanpa seribu bahasa, ini menyebabkan ramai diantara kami, khususnya muslimah tidak dapat hadir kesini kerana faktor pengangkutan dan keselamatan. Ada yang mengambil inisiatif sendiri dengan berkonvoi beramai-ramai dengan kereta dan motosikal masing-masing demi menunjukkan rasa cintanya mereka terhadap ilmu agama, sepatutnya mereka (pihak pentadbiran) merasa bangga bahawa mereka mempunyai siswa-siswi yang cintakan ilmu, bukan dengan menipu mereka dengan tidakan 'bijak' ini!!!

    Kemana hak pelajar yang dijanjikan? Mengapa dan bagaimana boleh campur tangan daripada pihak lain mengakibatkan kesulitan ini? Mengapa pula HEP diam sahaja? Kemana tanggungjawab mereka???

    BalasPadam
  9. Bawa bersabar siswa/siswi KIPSAS.
    Percayalah suatu hari nanti Allah swt akan menimpakan balaNYA kepda Pengetua dan HEP mahu pun keturunanya.

    Pengetua dan HEP KIPSAS tergolong orang yang munafik. Takut dengan manusia, tetapi x takut kepada Allah swt. Orang yang berilmu akan menangggung dosa lebih besar daripada orang tidak berilmu.

    Pengetua dan HEP lepasan Universiti UMPONO dan mendapat Phdnya di APCO

    BalasPadam
  10. tuan/puan yang berminat nak pergi ceramah ust azhar untuk masa sekarang sila la pergi dgn kenderaan sdn.ala mcm tak biasa pergi keluar malam2 naik kereta motor sdn boleh aja kan.bila nanti pahang ditadbir oleh pakatan bolehla naik bas kipsas.so u all kene buka sikit minda tu about politik ni dan kalau kita nak belajar baiki diri jangan cari kesalahan pihak lain semata nak memenuhi keinginan kita.tak boleh cara tu kita guna cara lain.jalan kaki pun boleh sampai cenderawasih tu.nak dapat ilmu kena la belajar bekorban.baru ilmu kita dapat ada nilainya.belajar rajin2 u all jauh lagi perjalanan nak ditempuhi.cabaran bekerja menunggu dihadapan.belajar dapatkan ilmu dengan ikhlas sb ianya akan memandu pejalanan hidup kita nanti.kepada yang tak dapat pergi jangan kecewa boleh layan ceramah ustaz di youtube ada banyak part layan sampai lebam tapi jangan subuh gajah sudah.

    BalasPadam
  11. Anonymous 7:40:00 AM statement anda terlalu berat bahu memikul. hebat anda menyatakan mereka ini munafikun.statement anda menjadi saksi diakhirat nanti.ni lah masalahnya dah belajar tinggi akhirnya memunafikkan orang saja.sila la bertaubat dan mohon ampun dan maaf.kita tak tahu akhir kalam kita bagaimana.takut nanti tuan tak sempat bertaubat dan mohon maaf pada mereka ni mati di azab di dalam kubur.sekadar mengingatkan.kadang2 kala perlunya hikmat dalam berkata.jangan kita ingat amalan tinggi menggunung kita berjaya..rupanya didunia ada buat kesilapan dengan manusia yang sebab amalannya perlu disedekahkan saja..

    BalasPadam
  12. dulu universiti islam kacau ceramah Ustaz Azhar...ni kolej islam lak yg tak bagi....dia org islam jenis apa? Hadhari ke... Islam APCO?... Utk kedua2 "ISLAM" tu kalau koorag taknak islam tu korang punya pasal le tapi jgn kacau org nak jadi ISLAM... Ko ingat syurga gan neraka tu UMNO yg punya ke.....

    BalasPadam
  13. bebudok zaman sekarang mcm putera raja nak dilayannya.

    BalasPadam
  14. bro 10:24:00 AM syurga neraka bukan umno saja yang punya..ia bleh jd pas yang punya..mca,dap,pkr,s46 atau bebas.sesiapa shj boleh jadi penghuninya.

    BalasPadam
  15. kalau budak2 tu nak pergi berpeleseran kat teluk cempedak atau pi clubbing patut la halang. ni nak pergi dengar kuliah agama pun tak boleh. depa mintak elok2 nak guna bas. bukan keluar curi panjat pagar. kolej islam yang tak berapa nak islam. patutlah dah kurang sambutan.

    BalasPadam
  16. bro 10:49:00 AM.kemungkaran memang perlu dihalang.tapi berapa kerat yang nak menghalangnya.bro ada buat kah?sumua nya pakat benci dalam hati nak ambil tingkat selemah2 iman.hari2 ada pogram ceramah dimasjid tp berapa kerat je yang pergi.muka yang datang pun boleh hafal.bro patutnya ajak pelajar ni imarah masjid kipsas tu dulu.saya tak nampak pun kurang sambutan kipsas tu.setiap tahun sambutan mencapai target.wpun kolej tumbuh mcm cendawan dan bersaing dimalaysia tp masih ramai yang berminat nak belajar di kipsas.kurang sambutan tu hanya pandangan dan hati bro saja.sebab mungkin bro belum ikhlas memandang kipsas tempat mendidik.sila buat dulu sedikit kajian/analisis sebelum keluar statement bro yang tidak berasas.

    BalasPadam
  17. Kipsas tempat terbaik utk menyambung pengajian bidang agama peringkat lepasan SPM. Sepupu saya sorang dah berjaya berkat asuhan guru-guru di Kipsas. Cuma masalahnya pengurusan tertinggi dan segelintir pensyarah terlalu menzahirkan keUMNOan mereka hingga ramai yg cuak dan meluat. Padahal semua IPT rasanya dah termaktub peraturan yg melarang penglibatan dlm politik kepartian.

    BalasPadam
  18. Salam

    Kerana tidak dapat ke ceramah seseorang individu tertentu, KIPSAS dicop sebagai anti Islam. kalau kenyataan 'boikot KIPSAS'..x anti Islam juga ke? Menyeru semua boikot sebuah institusi yang mendidik pelajar Muslim kepada Islam...boleh ke? Kepada pengendali blog, siasatlah dulu maklumat anda,pastikan betul-betul tepat...anda jgn lupa, anda juga akan disoal dihadapan Allah nanti. Jangan kerana perasaan hasad dengki, bila ada satu kesilapan...terus anda perbesarkan. Pernahkah anda menulis tentang peranan KIPSAS menyeru masyarakat kepada Islam sebelum ini? Jika tidak, anda hanyalah mencari kesilapan dan memperbesarkan cerita. Kalau seseorang hanya menunggu kesilapan individu lain dengan mengabaikan kebaikan yang dilakukan...mungkin ada sedikit masalah. Mungkin adil bagi anda.... tetapi Allah Maha Adil...Allah akan menilai anda. Kadang-kadang, x semua berita sesuai disensasikan... Kepada pelajar KIPSAS, jawablah exam dengan baik...supaya anda boleh terus membela Islam selepas tamat belajar nanti...Islam menerang...bukan menyerang.

    BalasPadam
  19. ehmmm...start dah bergaduh student ngan staff kipsas....ape celok....dh la hidup menyusahkan org,mati pun menyusahkan orang...sedar2 la staff kipsas ngn student kipsas..yg student satu hal juga...masuk kipsas asyik nk buat demonstrasi je...bknnya nk belaja betul2...masjid kipsas tu,susah betul nk dpt 3 saf penuh dripada 25 saf...yg staff pun same,keje bnyk curi tulang...beri layanan kt student entah ape2..bermasam muka...cuba senyum ckit,terutamanya kt unit kwngan ngn HEP..Ini,setiap kali student nk berurusan x berapa nk layan...bergayut telefon la..tambah2 ag ada yg main facebook..tu yg x boleh bla nya..yg kita duduk congok tunggu...mcm ckp ngan patung...buang masa betul..(luahan hati seorang pelajar kipsas yg akan meninggalkan kipsas)

    BalasPadam
  20. Ni penjilat UMNO bangang mana anon 1:29 ni. Lari tajuk pulak...!!

    BalasPadam
  21. jangan lah memalukan KIPSAS dengan budi bahasa anda semua yang biadap... jaga lah LIDAH anda dalam bertutur kerana kelak anda akan d persoal oleh Allah. kerana LIDAH permusuhan tercetus.. sy pn bkn baik sgt.. tp sgt sdih dengan bahasa yang d gunakan olh anda sekalian.

    BalasPadam
  22. Dalam Youtube....ada banyak berlambak...tengok ajalah....

    BalasPadam
  23. bas 2 kn pljr byr x kn dy org nk jln kaki ke cenderawasih klw g2 x gune la dy org byr setiap sem tpi nk buktikn dy org byr duit utk bas x de plk sbb kipsas pn x bg pnyate kewang, bile mntk kne maroh, mybe msuk makamh kipsas meng sbb pljr x de bukti dy org byr duit bas.. bas2..

    BalasPadam
  24. Inilah antara faktor-faktor kelemahan umat Islam dari dulu sampai ke hari ini. faktor-faktor kelemahan umat Islam disumbang oleh semua pihak iaitu dari pemerintah sehinggalah kepada rakyatnya. Ada segolongan manusia hanya menuding kesalahan kepada orang lain dan menganggap hanya dirinya sahaja yang betul, dan ada juga yang bertindak ekstrim tanpa mengkaji kesan dari tindakannya, ada yang bersikap tidak peduli kerana itu bukan urusannya TETAPI BERAPA YANG BERTINDAK UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN YANG ADA, MENEGUR ORANG YANG BUAT SALAH DENGAN CARA YANG PALING BERKHIKMAH..kalau umat Islam asyik bertelingkah, siapa yang rugi..kalau kita tak mampu untuk menjadi orang muslih dan mujaddid, tolong bagi bantuan pada mereka yang muslih dan mujaddid..jangan usaha mereka untuk memperbaiki kelemahan yang ada dibantutkan oleh umat Islam yang bertindak melulu..

    BalasPadam
  25. isu sebegini sebenarnya berlaku di mana2 IPT, namun perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Pertamanya; kita tidak patut mengekang pelajar, biarkan dia berfikir sendiri lagipun program tersebut bukan program maksiat.Kedua:Adalah tidak adil sekiranya pelajar dihalang atas alasan politik sedangkan persidangan umno dengan jelas boleh diadakan di KIPSAS. Ketiga:Sangat jelas perkara ini menunjukkan kecelaruan pentadbiran HEP dan pentadbiran yang sepatutnya tidak berlaku sebegitu. WALAUBAGAIMANAPUN,tidak adil menghukum KIPSAS sebagai munafik atau pro pada mana-mana politik hanya kerana beberapa isu yang semua ITPA/S lagi teruk pernah lalui. Setahu saya banyak lagi usaha2 positif KIPSAS seperti berjaya mengislamkan orang, berdakwah ke kawasan asli dan pedalaman. Tetuan-tetuan yang komen dan menghentam KIPSAS tu ader ke usaha ke arah itu? sampai suruh boikot KIPSAS.Kepada pihak pentadbiran KIPSAS pula,ISLAM tidak pernah memisahkan antara politik dan agama.Cuba penuhkan ilmu dengan pengetahuan tentang pejuang-pejuang Islam bagaimana usaha mereka mendapat respon positif malah berebut2 utk menghadiri ceramah bukan sahaja dari kalangan muslim malah golongan kristian dan pendokong2 mazhab lain.Bukan isu politik sahaja merupakan isu utama dalam islam..perkara yang dianggap kecil seperti melayari internet ketika bekerjapun bukan etika kerja Islam, menangguh2kan kerja atau membuat kerja sambil lewapun bukan etika kerja Islam. Sesekali disentap dengan isu begini sepatutnya menjadi suntikan motivasi untuk melihat kembali di mana silap diri. Janganlah defensif sangat sehingga setiap teguran dipandang negatif.Kadang2 teguran itu mungkin dari Allah tetapi melalui tindak-tanduk manusia supaya kerja kita lebih baik dan efektif. Baik KIPSAS atau PELAJAR atau MASYARAKAT luar sama-sama kena berubah jangan hanya pandai menangguk diair keruh.

    BalasPadam
  26. BRO Thursday, October 20, 2011 11:16:00 PM..pelajar bayar untuk aktiviti yang telah ditetapkan dalam akademik dan perancangan kalender pelajar.oleh sebab itu kolej awok tau perbelanjaan dan kenekan yuran.gitu la gamoknya..bila masa pulok pelajar bayar yuran nak g ceramah ustaz azhar.tu lah adap dgn org tua2 tak mau jaga..tak dapat marah..kalau cakap molek2 tak jadi la gininya..

    BalasPadam
  27. Sewa bas kat luar....bas kuning ada...bas Hijau banyak....!

    BalasPadam
  28. x semistinye crmh ust azhar je,len kali bg penyate, dh mntk molek2 dh,tp dh mmg dy org nk mrh juge,muke masam sokmo tp x sume la,bkn stakat pljr dgn stf je kne beradab, sume kne beradab n saling menghormati,dlu ade pogem pljr d pngil pogem dajal padahal pljr 2 wt pogem islam. kt kipsas lacture ok je, just pengurusan kipsas je kurng ckit,sy akui pljr2 kipsas ramai yg hebat2 ble dh kluar dgn hasil didikan lacture.masing2 de salah n silap dn same2 muhasabah diri.

    BalasPadam
  29. pengawal kipsas lagi berbudi bhse dri staf (yg berkenaan & x semua). stiap kali org kluar msuk n jmpe dy org d pondok pengawal msti snyum sokmo dn pengawal tegur org cara berhikmah walaupun gaji mereke rndah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.