KUANTAN, 21 Okt - Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR Cabang Kuantan sedia berdepan calon lawan sama ada dari UMNO atau MCA bagi mengekalkan kerusi parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) berkata, kesediaan MCA untuk berbincang dengan UMNO bagi menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan bukan satu isu bagi PR sebaliknya ia satu gambaran parti yang mewakili kaum Cina itu semakin terdesak dan sudah hilang taring. “Saya tidak kisah kalau UMNO atau MCA yang bertanding di Kuantan kerana bagi PKR, kami sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja calon daripada BN,” katanya semalam. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan muka depan Sinar Harian, semalam mengenai kesediaan MCA Kuantan menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO, namun dengan syarat pertukaran dengan kerusi lain di daerah itu untuk mereka. Menurutnya, MCA sudah hilang keyakinan terhadap sokongan pengundi Cina di Kuantan justeru itu mereka cuba untuk mencari peluang di kawasan lain. “Apabila UMNO menyatakan hasrat untuk mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan, ia satu alasan terbaik kepada MCA melepaskannya bagaimanapun dengan syarat kerusi Indera Mahkota diberikan kepada mereka,” katanya. Fuziah berkata, sama ada calon MCA atau UMNO bukan satu cabaran kerana PKR sentiasa mengambil kira calon terbaik untuk mewakili penduduk Kuantan. “Pendekatan kita berbeza kerana faktor bangsa bukan kriteria untuk mendapat sokongan pengundi sebaliknya calon yang akan diletakkan itu boleh menjalankan tanggungjawab dan memahami aspirasi rakyat secara keseluruhannya. “Kita tidak amalkan politik perkauman sebaliknya wakili semua kaum sebagai satu bangsa Malaysia,” kata Naib Presiden PKR itu. sumber
[Kenyataan YB Fuziah Salleh ini jelas sekali satu provokasi yang cukup menakutkan BN menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang pastinya. Malah, beliau dijangka akan menang selesa kali ini kerana majoriti masyarakat kaum Tionghua di parlimen Kuantan pasti akan menyokong pemimpin terbabit kerana isu Lynas. Ditambah lagi dengan pergolakan yang berlaku dalam BN sekarang tentang isu kerusi parlimen Kuantan yang khabarnya ingin diambil semula oleh UMNO pada PRU itu nanti. Jika ini berlaku, sudah pasti penyokong MCA akan berpaling tadah dan menyokong Fuziah nanti. Jika pada PRU12 jelas dapat dilihat kemenangan Fuziah dek kerana protes daripada pengundi Melayu terhadap calon MCA, Fu Ah Kiaw ketika itu. Kini segalanya ditangan rakyat Kuantan untuk menentukannya!].

Jangan Harap...Isu menuba orang Kuantan dengan RACUN Lyanas madein Australia...belum habis lagi....!Jangan Ngigaulah.....!
BalasPadamBaguslah kak G....harap2 tahun ini masih ada lagi org yg boleh dicucuk hidungnya untuk bekerja dengan kak G..kalo aku dah muak dgn karenah kak G....walaupun aku PKR...atas nama kak G dan kapasiti kak G aku taubat lg untuk pangkah tiket PKR pd PRU-13 ni namun aku xsanggup utk memberi undi aku kpd UMNO...so pedekatan aku kali ini adalah utk tidak keluar mengundi.
BalasPadam