
Selepas pendedahan PDO tentang keputusan panas Exco Pergerakan Pemuda UMNO dalam mesyuaratnya pada 11 Mac 2011 lalu yang secara jelas mahu kerajaan membatalkan projek pembinaan kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, maka ramailah penyokongLynas yang mengelabah dan "gila meroyan". Masing-masing terkejut dengan pendedahan yang disertakan dengan "bukti video" sidang media rasmi tentang isu ini. Namun, anehnya ada yang cuba menghentam PDO dengan mengatakan kami membuat "fitnah" tentang perkara ini. Malah ada juga yang masih memberi komen kononnya Lynas itu memang masih didalangi oleh orang Cina, padahal kami sudah membuktikan sebaliknya. Dalam banyak-banyak komen yang diluahkan PDO amat tertarik dengan satu komen daripada individu yang menggelarkan dirinya "Mark Parking" berkaitan artikel terdahulu kami di SINI . Antara komen beliau ialah "Akhirnya PDO terpaksa membongkar gerakan SMSL ditabung oleh tanah besar china walaupun dalam bentuk persoalan. Ini memang kerja biasa editor PDO yang membuat persoalan, agakan dan lambungan ke udara...Kita boleh kata beginilah.. Persoalanya bagaimana PDO dengan mudah boleh menafikan Stop Lynas save malaysia ini tidak disokong oleh Tokey besar. Ayat "daif" digunakan untuk mengelirukan kita Mungkin PDO telah dibayar sekali SMSL untuk menyelamatkan kantung mereka... kalau setakat nak buat fitnah dalam bentuk qwerty ni, sapa-sapa pun boleh karang.Script di atas adalah menyatakan bagaimana bentuk fitnah boleh dibuat dengan mudah sekali.. tak sampai lima minit, tapi kena bakar bertahun-tahun. Orang kafir cina tak apalah memang confirm kena bakar kat sana nanti.. Aku cuma memerhatikan bentuk skrip yang dihantar dan buat kajian tentang berita-berita palsu ni.. Yang bodohnya kamu semua yang terpedaya dengan suapan berita palsu sebegini", kata beliau dalam komennya ke atas artikel berkenaan.
Ini bukti kukuh kenyataan Pemuda UMNO dan bukan fitnah semata-mata
Mereka diminta dengar baik-baik keputusan yang dibuat pasal Lynas

Bukti, dalam bulatan ialah Suffian Awang Exco Pemuda yang membawa usul
pasal Lynas pada mesyuarat exco pemuda pada 11 Mac 2011 yang lalu
Mereka diminta dengar baik-baik keputusan yang dibuat pasal Lynas

Bukti, dalam bulatan ialah Suffian Awang Exco Pemuda yang membawa usul
pasal Lynas pada mesyuarat exco pemuda pada 11 Mac 2011 yang lalu
[PDO hairan dengan sikap mereka ini, yang masih mahu membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran. Malah, paling melucukan ada yang menuduh kononnya kenyataan Khairy Jamaluddin tidak boleh dipakai kerana UMNO sendiri menolak beliau. Tolaka atau tidak, Khairy tetap Ketua Pemuda UMNO dan jika beliau keluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan maka pucuk pimpinan tertinggi perlu mengambil tindakan ke atas beliau. Masalahnya, isu itu dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kuantan yang juga Exco Pemuda UMNO sendiri iaitu Suffian Awang (kini Septol PM). Makanya, Khairy hanya mengeluarkan kenyataan berlandaskan kepada keputusan sebulat suara mesyuarat exco yang telah diadakan. Maknanya, keputusan itu bukanlah kenyataan peribadi Khairy tetapi Pemuda UMNO. Justeru itu, mereka yang masih tidak yakin dengan bantahan Lynas ini digesa "cerminkan muka" terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang sungguh memalukan ini. Berani kerana benar, jangan asyik "menjilat dan mengampu" biarkan tahu kebenaran itu. Mereka masih tidak mahu terima hakikat yang sebenarnya].






Org UMNO ni memang camtu fipflop cam bos dia la sitakubin
BalasPadambloq phg daily ni klu korg nk tau cucumatkilau pnya..dia ni harta pn dh nk kne lelong...bini pn dh lari xtahan sbb prangai kuat mnipu org..kt ktn org dah knl dia..hdp konon mcm nk bela rakyat tp ada agenga nk kaut untg supaya dpt settle htg..dia ni suka cr mangsa org2 politik untk kpentingan diri....
BalasPadamAliran politik PR (PKR/PAS/DAP) jauh lebih lebih berbahaya berbanding LYNAS.
BalasPadamKerana itu...
Tolak PKR!
Jauhi PAS!
Katakan TIDAK kepada DAP!
Faham??
Bagus...
Bagus...
Bagus...