
SEPANG, 24 Okt - Penunggang Honda, Marco Simoncelli (foto) dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang petang semalam. Ia adalah kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang sebenarnya. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia. Super Sic, julukan Marco Simoncelli, gagal mengawal motorsikalnya di selekoh 11 sehingga dia terjatuh di litar. Malangnya, Edward dan Rossi yang datang terlanggar beliau hingga akhirnya kedua-dua penunggang tersebut ikut terjatuh. Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi. Bendera merah tanda acara dihentikan juga terus berkibar. Sebelum ini ada berita bahawa acara tersebut akan kembali diteruskan, namun setelah menunggu beberapa ketika pihak penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports akhirnya umumkan acara semalam secara rasmi dibatalkan. Sementara Edward, dilaporkan derita cedera serius di bahunya.
[Apa yang berlaku dalam tragedi ini sungguh mengejutkan peminat sukan permotoran dari seluruh dunia. Namun, satu ikhtibar yang harus diambil oleh anak-anak muda yang gemar "merempit" di negara kita ialah sehebat mana pun anda mengemudikan kenderaan anda itu. Namun, jika sudah sampai ajalnya maka terpaksa tunduk jua. Inilah yang sepatutnya menjadi pedoman kepada "Mat Rempit" di negara ini agar senantiasa ebrhat-hati dan berwaspada ketika memandu di jalanraya. Jika pelumba profesional itu pun boleh terbunuh apatah lagi anda yang baru setahun jagung bergiat aktif dalam sukan permotoran itu. Hebat, tidaklah semesti bertahan selamanya].






Saya juga bersedih kerana pelumba yang saya minat menemui ajal pada usia 24 tahun.
BalasPadamNamun Allah maha mengetahui segalanya....
Tapi yang paling sedih tiket yang sangat mahal RM123 untuk Grandstand yang saya bayar tidak berbaloi sebab perlumbaan utama dibatalkan.
Harap tahun hadapan pihak SIC dapat mengurangkan harga tiket.
Takziah kepada pelumba, adat perlumbaan tak menang dulu, munkin mati biasa la. Cover dia orang cukup berbaloi anak bini mak bapak boleh makan hasil sampai mati.
BalasPadamyang sedih mat motor atas jalanraya kita hari ini, mat rempit satu cerita, mat bawak anak bini pun selalu tak sedar diri, laju semacam cilok kanan kiri, line tengah line tepi, celah kereta celah lori, jalan jem bawak pun macam pelesit, tak kira jalan yang lebar dah jadi sempit, dia pun ikut sama merempit, kalau dia nak lalu kereta tak boleh bergerak pun di hon macam nak suruh kita angkat kereta ketepi kalau dia lepas, dijeling siap mulut kumat kamit, macam orang memaki. Dia rasa dia jer le yang nak cepat orang lain tak peduli, macam road tax dia yang paling mahal guna jalan ikut dia punya hal... pasal tu mat motor kita ramai yang kepala duduk bawah lori.