KUANTAN, 4 Okt - Rata-rata pemimpin
UMNO Indera Mahkota yang dihubungi menyatakan mereka tidak perlu gusar dengan penyertaan bekas Ketua UMNO Cawangan Indera Mahkota I,
Hasanuddin (foto) ke dalam
Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini kata mereka, Hassan bukanlah seorang tokoh pemimpin yang besar dalam UMNO bahagian itu, malahan beliau sebenarnya tidak mempunyai penyokong seperti yang dilaporkan. Semalam PDO telah menyiarkan artikel berkenaan tindakan Hassan menyertai PKR akibat kecewa dengan UMNO. Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PKR,
Fuziah Salleh dalam satu majlis di
Restoran Saji Rahmat pada Ahad lalu (
klik sini). Menurut seorang pemimpin UMNO setempat yang tidak mahu identitinya dikenali berkata
"Hassan adalah virus dalam Pilihanraya Umum. Pada tahun 1990 di bergaduh dengan arwah Sahar sampai sanggup nak berparang-parang. Pada PRU 2004 pula dia bergaduh dengan arwah Aziz Dolah, maka pada PRU-13 ini nanti biarlah dia bergaduh pula dengan Dato' Fauzi yang merupakan boss lamanya dulu. Saya tidak hairan dengan tindakannya menyertai PKR kerana dia langsung tidak pengaruh. Biarkan dia keluar UMNO dan masuk PKR. Kita tidak perlu pujuk orang seperti itu", katanya. Beliau turut menegaskan, kemasukkan Hassan sebenarnya bukanlah membawa penyokongnya yang ramai.
"Dia tiada penyokong dan kemasukan itu hanyalah gimik yang dilakukan oleh PKR untuk menunjukkan kononnya UMNO sudah ditolak di Indera Mahkota. Sebenarnya PKR yang berpecah belah di Indera Mahkota dan bukannya UMNO. Lihat apa yang berlaku kepada Dato' Fauzi dan YB Azan Ismail?. Hingga sekarang Anwar gagal damaikan mereka, akhirnya Azan ditendang ke Terengganu. Kami yakin, kerusi parlimen Indera Mahkota akan ditawan oleh BN pada PRU13 ini", katanya.
[Nampaknya, Hassanuddin terpaksa membuktikan kemasukannya ke dalam PKR itu bernilai buat parti terbabit. Jika tidak, sia-sia sahaja PKR menerima Hassan. Tambahan pula terdapat banyak laporan negatif yang diterima berkenaan sikap "panas baran" pemimpin terbabit sebelum ini. PKR sendiri kini masih lagi bergolak dengan kemelut kepimpinan yang masih tiada kesudahannya. Difahamkan, kini banyak pihak yang melihatkan peluang UMNO BN untuk merampask kembali kerusi parlimen Indera Mahkota nampak kian cerah apabila PKR tersilap membuat percaturan memilih pemimpin tertentu di parlimen Indera Mahkota dan juga bagi kerusi DUN Semambu. Undi protes akan bergema jika perkara ini tidak ditangani dengan betul. Oleh itu, PKR wajar bersedia untuk mengatasi masalah ini sebelum bercita-cita pertahankan kerusi parlimen tersebut. Jika tersilap, maka kemungkinan akan jatuh ke tangan BN pada PRU13 ini].
alhamdulillah, mungkin dia xnak bersubahat menentang hukum hudud
BalasPadamAlhamdulillah. Mungkin dia nak merasa secara live macam mana rasa 'dihududkan', dan dalam waktu yang sama dia nak juga rasa 'aroma dan khasiat' tahi lembu segar dalam PKR.
BalasPadamWednesday, October 05, 2011 10:34:00 AM
BalasPadamSatu lagi contoh hukum Allah diperli, dipersendakan dan diketawakan.