KUANTAN, 18 Okt - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa mengambil tindakan segera untuk memastikan semua gerai-gerai milik mereka tidak dimiliki atau pun disewakan kepada "warga asing" terutamanya dari Thailand. Senario yang berlaku mutakhir ini, jelas melihatkan begitu banyak gerai-gerai MPK kini diusahakan oleh rakyat dari negara terbabit. Malah difahamkan, ada diantara warga Thailand yang memiliki dua atau tiga buah gerai makanan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sejak beberapa tahun yang lalu. Fenomena yang berlaku ini menyebabkan ramai peniaga tempatan terpaksa "gulung tikar". MPK dilihat lebih mengutamakan "orang luar" dari rakyat tempatan sendiri. Persoalannya dimana ketelusan pihak MPK dalam memastikan ekonomi rakyat tempatan terbela. Menurut seorang peniaga yang sudah lebih sepuluh tahun menjalankan perniagaan di Indera Mahkota Dua dekat sini mengatakan nasib mereka kini "umpama telur dihujung tanduk". "Sudah berkali-kali saya ikuti temuduga gerai MPK, namun semuanya gagal tanpa sebarang alasan. Padahal saya sudah hampir 13 tahun berniaga dan ada ura-ura kami akan dipindahkan ke gerai MPK yang berhampiran selepas kawasan perniagaan kami mengganggu laluan kenderaan. Namun, bila kawasan gerai itu siap, saya orang terawal yang ditemuduga tetap gagal biarpun syarat IC 06 (orang Pahang) telah saya tunjukkan", kata seorang peniaga. Beliau turut melahirkan kekecewaan, kerana gerai kosong di Medan Selera Indera Mahkota Dua yang sepatutnya diberikan kepada peniaga tempatan telah diusahakan oleh warga asing, sedangkan dalam perkara 5, Tatacara Am Pengeluaran Lesen dan Penyewaan Gerai jelas menyatakan "Permohonan dari bukan warganegara Malaysia tidak akan dilayan". Itu diatas kertas, namun hakikatnya kini begitu ramai peniaga bukan warganegara yang dilayan serta "ditatang bagai minyak yang penuh", sedangkan peniaga tempatan "dipinggirkan".

Bukti, peniaga tempatan dibiarkan duduk di bawah khemah yang tiada air,
letrik serta jalanraya yang sesak dengan lalulintas di kawasan terbabit


Cuba lihat, peniaga tempatan terpaksa duduk di gerai yang tidak selesa
tetapi warga asing mendapat layanan istimewa daripada pihak MPK

Bukti, gerai MPK pula telah disewakan kepada warga asing dari Thailand
di kawasan terbabit sebenarnya (Indera Mahkota Dua-Yew Hong)
Difahamkan, pada awal pembinaan gerai MPK di kawasan terbabit semua lot-lot berkenaan telah dimonopoli oleh beberapa orang pemimpin politik setempat. Mereka kemudian "mengalibabakan" lesen terbabit kepada warga Thailand yang akan menyewanya dengan harga yang cukup tinggi. Malah terdapat juga laporan, kakitangan MPK juga ada terlibat dengan kegiatan ini sebenarnya. MPK menguatkuasakan undang-undang, tetapi mereka sendiri yang melanggarnya. Jika ini keadaannya, maka sia-sia sahaja Majlis Perbandaran Kuantan mendapat berbagai anugera sebelum ini. Mereka ternyata tidak profesional melaksanakan undang-undang dan peraturan lain. Sebaliknya bagi peraturan "saman parking" mereka kononnya begitu profesional dan mengikut peraturan. Jika inilah sikap jabatan kerajaan, maka sudah pasti rakyat akan menolak kerajaan yang memerintah itu sendiri sebenarnya. Mereka mengaut kuntungan dengan menafikan hak rakyat tempatan. Temuduga gerai yang diadakan hanyalah sekadar syarat untuk membuktikan kononnya mereka telus menjalankan kerja. Sebaliknya apa yang berlaku rakyat Kuantan sendiri boleh memgira berapakah jumlah peniaga Thailand yang mengusahakan gerai-gerai MPK dalam kawasan majlis perbandaran itu.
[Kami akan membuat pendedahan eksklusif isu ini jika MPK gagal mengarahkan pemilik lesen mengusaha perniagaan mereka sendiri dan tidak disewakan kepada warga asing. Anehnya, di kawasan tertentu seperti Gerai MPK kawasan Pasar (hentian bas bandar) di hadapan Padang MPK 2, jika ada pemilik lesen yang menyewakan gerai mereka maka tindakan memengambil alihs semula gerai itu akan dilakukan. Mereka tegas di kawasan tertentu, tetapi gagal melaksanakan undang-undang di kawasan yang lain. Jika ini keadaannya, apakah MPK layak menerima anugerah ISO 9000 seperti yang dibanggakan sangat itu. Kualiti dalam ISO 9000 boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. Pelangganlah yang bertanggungjawab menilai samada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi cirri-ciri yang mereka tetapkan. Oleh itu kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan sepeti yang diwar-warkan. Namun, hakikatnya "bagai langit dengan bumi", mereka ternyata telah gagal mengikut prosedur yang sepatutnya. Maka itu rakyat buatlah perubahan!].

Bukti, peniaga tempatan dibiarkan duduk di bawah khemah yang tiada air,
letrik serta jalanraya yang sesak dengan lalulintas di kawasan terbabit


Cuba lihat, peniaga tempatan terpaksa duduk di gerai yang tidak selesa
tetapi warga asing mendapat layanan istimewa daripada pihak MPK

Bukti, gerai MPK pula telah disewakan kepada warga asing dari Thailand
di kawasan terbabit sebenarnya (Indera Mahkota Dua-Yew Hong)

[Kami akan membuat pendedahan eksklusif isu ini jika MPK gagal mengarahkan pemilik lesen mengusaha perniagaan mereka sendiri dan tidak disewakan kepada warga asing. Anehnya, di kawasan tertentu seperti Gerai MPK kawasan Pasar (hentian bas bandar) di hadapan Padang MPK 2, jika ada pemilik lesen yang menyewakan gerai mereka maka tindakan memengambil alihs semula gerai itu akan dilakukan. Mereka tegas di kawasan tertentu, tetapi gagal melaksanakan undang-undang di kawasan yang lain. Jika ini keadaannya, apakah MPK layak menerima anugerah ISO 9000 seperti yang dibanggakan sangat itu. Kualiti dalam ISO 9000 boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. Pelangganlah yang bertanggungjawab menilai samada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi cirri-ciri yang mereka tetapkan. Oleh itu kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan sepeti yang diwar-warkan. Namun, hakikatnya "bagai langit dengan bumi", mereka ternyata telah gagal mengikut prosedur yang sepatutnya. Maka itu rakyat buatlah perubahan!].






Sinario yang sama juga berlaku di Medan Selera Taman Sepakat. Apa yang dimusykilkan bukan sahaja orang luar niaga di situ, tapi tandas nak berak pun takde. Siapa lah yang harus dipersalahkan. Adakah penyewa gerai, peniaga luar atau, atau. Ada yang boleh tambah komen sikit lagi.
BalasPadamJika ini keadaannya, apakah MPK layak menerima anugerah ISO 9000 seperti yang dibanggakan sangat itu. Kualiti dalam ISO 9000 boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan.Lu pikir lah sendiri...!!.Kata nabil
Tak Apa..niaga gini...tak banyak belanja....lagipun senang nak LARI....bila baju biru datang....!
BalasPadamsokong lg PKR di PARLIMEN INDERA MAHKOTA ni lh padahnya..azan dh bsenang lenang di trrngganu xlyn dh PARLIMEN INDERA MAHKOTA...mne azan untk bsuara hal ni...
BalasPadambang,
BalasPadamMPK ni kena cari income sendiri , tau tak ?? Pandai2 dia la..
Harapkan duit KERAJAAN PAHANG NI.. dah habis, kontang..Faham tak???
Balak banyak, bijih banyak, Emas banyak, Getah Banyak, Sawit banyak.. MASUK perut BUNCIT sapa??? LU SIASAT la sendiri !!!
Kilang BIJIH terbesar di asia Tenggara ni, TAU tak ??
Kalu dunia ni MINYAK LIBYA la...
Tunggu u all je, buat pilihan???
FAHAM..FAHAM..FAHAMMMMMMMMMMM....