Ramai pihak yang terkejut dengan perlantikan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin (foto) sebagai Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang baru hari ini. Zulkifli khabarnya telah dilantik ke jawatan itu menerusi usul tergempar yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Tertinggi NGO itu, Zahid Md Arip. Usul berkenaan kemudiannya diterima sebulat suara oleh ahli dewan. Dengan perlantikan itu, bermakna Zulkifli adalah Ahli Parlimen Bebas yang pertama mengikut jejak Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa dan Ahli Parlimen Pasir Mas). Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad. Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perlantikan itu juga pastinya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap beliau sebenarnya. Tambahan pula, sejak dia keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dia dilihat sering bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam banyak program rasmi di luar negara. Malah, Zulkifli dilihat begitu "cemerlang" dengan tugasannya untuk "menganyang Anwar" dari luar selepas dipecat dari PKR. Tindakan beliau amat disenangi oleh kerajaan UMNO BN, lantaran itu kini beliau mendapat berbagai kedudukan yang selesa. Malah, dia juga mendapat anugerah gelaran "Datuk" pada tahun lalu. Biar pun rakyat dilihat tidak suka dengan Zulkifli, namun dia sedikit pun tidak hairan dengan semua itu. Malahan, kini dia lebih banyak menggasak pembangkang menerusi media, hatta di parlimen sekali pun. Kemungkinan besar untuk beliau bersama UMNO mungkin akan menjadi, jika dia tidak mempunyai kerusi untuk ditandingi pada Pilihanraya Umum akan datang. Bertanding sebagai calon bebas mungkin akan menyebabkan dia mendapat malu kali ini. Senario yang sama bakal terjadi kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas. Lantaran itulah, jalan terbaik dia perlu bersama NGO dalam membina kekuatan dirinya dari luar kepartian.
[Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah atas perlantikan beliau ini. Tambahan pula dia kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan tidak mempunyai platform yang terbaik untuk meneruskan perjuangannya. Mungkin dengan bersama Perkasa, masa depan politiknya akan kembali cerah agaknya. Tambah pula jika Perkasa meletakkan calonnya bersama BN pada pilihanraya umum ini nanti. Apapun, hanya rakyat yang bijak sahaja boleh menilai tahap kepimpinan mereka yang terbabit. Mereka pasti akan menggunakan kuasa undi pada pilihanraya umum akan datang untuk mengajar pemimpin khianat terbabit. Syabas dan tahniah kepada Zulkifli Nordin atas kejayaan yang beliau lalui ini. Dia punyai hak untuk menentukan hala tuju politiknya selepas ini. Malahan dia juga ada hak untuk menjadi penegur yang baik di parlimen sekiranya itu yang dia mahukan. Masalahnya, Zulkifli dilihat bukan lagi menjadi penegur yang baik tetapi lebih selesa menjadi "pengampu yang profesional kepada UMNO BN" kata sesetengah orang sekarang. Inilah kehebatan beliau sebenarnya].

BIARLAH DPA DGN. LABUNYA...
BalasPadamLEPAS NI DIA ORG. NI PUN TAKDE SAPE NAK PILIH LAGI...
TAKDE LG PARTI YG NAK TERIMANYA..
TUBUHLA PARTI SENDIRI SUPAYA DAPAT CALUNKAN DIRI SENDIRI TU...
KAHKAHKAH.............
BAGUSLAH DUK KAT SITU TAKLE MALU SANGAT NANTI...SBB SEME PARTI DAH TAK MELAYANNYA LAGI...
KAHKAHKAH............
Dulu aku pun tak suka Dato Zul nibila dia keluar dari PKR,tapi sekarang selepas aku tahu cerita siapa sebenarnya Anwar Ibrahim,aku rasa Zul ni jauh lebih mulia dari Anwar dan Dato Zul lebih layak di hurmati kerana keberanian dan ketegasan beliau membela Islam dan menentang murtad.Sebenarnya bagi aku,Zul Nordin lebih tegas dari PAS sepanjang issu yg berkaitan dgn Islam.
BalasPadamElok lah penyokong Pas semua mencari tulisan Dr.A Rahman Kadir utk menilai bagaimanakah mundar-mandir nyaperjuangan Pas selama ini.HAMPAS.
HAMPAS kepala otak kau
BalasPadamtengok laporan audit lagi hampas.
BalasPadamAnon Wednesday, October 26, 2011 10:57:00 PM.
BalasPadamAmenuuu kenbanggaan ko memang terbukti Konsisten.....
Konsisten Menolak Hukum Allah.....
Tahniah......
anom 10.57 kita tolak hudud yg membenarkan meliwat isteri.muah ha ha ha ha............
BalasPadamGeng Kaki Pukul.....belaka....!
BalasPadam