KUALA LUMPUR, 20 Okt - Seperti yang dijangka, akibat beberapa kenyataan beliau yang sukar diterima oleh kerajaan UMNO BN sekarang maka akhirnya pakar perlembagaan dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) digantung tugas dan dilarang menjejaki universiti terbabit hari ini. Notis tersebut telah dikeluarkan kepadanya oleh Unit Undang-Undang UIAM sendiri. Pensyarah paling kanan di Fakulti Undang-Undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti. Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat Sarjana Muda hingga ke Doktor Falsafah (PhD). Aziz berkhidmat dengan UIAM sejak 22 tahun lalu. Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak tuntut pemansuhan institusi tersebut.
[Apa yang terjadi kepada Prof Aziz Bari ini memang sudah lama kami jangkakan. Penggantungan beliau itu akhirnya akan membawa kepada pemecatan, jika dia masih tidak mahu mengikut aspirasi kerajaan dengan mengeluarkan kenyataan sebenar tentang perlembagaan dan undang-undang itu sendiri. Selama lebih 22 tahun bertugas di UAIM maka sudah pasti beribu-ribu graduan undang-undang yang telah mendapat ilmu daripada beliau sebenarnya. Soalnya, kenapa kerajaan harus menyekar golongan akademik yang memang "pakar" dalam bidangnya untuk bersuara dan mengeluarkan pandangan?. Bukankah ia kebebasan dan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Kenapa harus takut dengan pandangan yang berbeza?. Jika ini keadaannya, maka kita yakin tahap universiti di Malaysia akan terus menjunam di mata dunia pada masa akan datang. Apapun, syabas dan tahniah buat Prof Aziz Bari. Teruskan usaha sedarkan rakyat tentang perlembagaan dan undang-undang yang sebenarnya di negara ini].

MALAYSIA BOLIH
BalasPadamSebenarnya ini bukanlah perkara baru di Malaysia ni....Sedangkan seorg yg bejawatan TPM pon dipecat dan diaibkan sehingga keharini....Inilah budaya kepimpinan korup di negara ini.
BalasPadamPerlu diingat bahawa doa org2 yg dianiaya tu sangat cepat dimakbul Allah....
Ini kerja YAHUDI.....!
BalasPadamTindakan ke atas 'orang gila' itu adalah tepat dan adil. Kalau tangan sudah berani mencincang tak kan bahu tak sanggup memikul. Siapa membunuh siapa kena bunuh, siapa menjala siapa terjun...
BalasPadamhumbankan mereka dlm pru13 nanti. malaysia akan makmur selepas mereka dikuburkan dan ditalkinkan. kita sekarang menuju ke arah kezaliman yang melampau.
BalasPadamYa Malaysia sedang menuju ke kancah kezaliman yang melampau. Ini bakal terjadi dan berlaku sekiranya para pemimpin parti politik yang rakus dan gila kuasa diberikan mandat untuk mentadbir negara ini.
BalasPadamKerana itu:
Tolak PKR.
Jauhi PAS.
Katakan TIDAK kepada DAP.
Faham?
Bagus...
Bagus...
Bagus...
-CerminHikmat-orisery
Derhaka pada mak bapak masyarakat tak kata apa pun, tapi titah sultan tak boleh dipertikaikan. Siaplah hukuman menanti. Ini bukan era Hang Tuah, membodek membabi buta....
BalasPadamIndonesia dulu ada raja...tapi kini hanya tinggal nama saja....!
BalasPadamAnon Friday, October 21, 2011 2:22:00 PM...
BalasPadamHang Tuah pernah kata 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia'...
Tapi Melayu bakal hilang di Malaysia sekiranya makhluk2 seperti Badut Anwar Bin Ibrahim dan Musang Berjanggut Nik Aziz diberi muka dalam PRU13 nanti.
Kerana itu...
Tolak PKR!
Jauhi PAS!
Katakan TIDAK kepada DAP!
Faham?
Bagus...
Bagus...
Bagus...
-CerminHikmat-