KUALA LUMPUR, 17 Okt - Ketika pihak pembelaan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka hari ini dengan keputusan untuk tidak memanggil dua orang saksi, mahkamah hari ini memberi kebenaran kepada pihak pendakwaan untuk memanggil saksi bantahan. Ini berikutan tidak terdapat sebarang bantahan oleh peguam Anwar, Karpal Singh berhubung permohonan pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi berkenaan."Kami tidak mempunyai sebarang halangan tetapi tertakluk kepada sama ada keterangan itu boleh diterima," kata Karpal Dalam erti kata lain, pendakwaan hari ini membuka semula kes mereka dengan permohonan memanggil empat orang saksi bagi membantah keterangan yang dibuat oleh pakar ortopedik Dr Thomas Hoogland. Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon untuk penangguhan berikutan perkembangan terhadap saksi ketujuh. "Saksi ketujuh (Hoogland) telah membawa isu-isu sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai keupayaan melakukan perkara yang dituduh di mahkamah. ."Ini diperuntukkan oleh undang-undang untuk memanggil saksi-saksi untuk membuat bantahan. Saya telah bincang perkara ini dengan Peguam Karpal dan saya percaya mereka tidak membantah," katanya.
[Sementara itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga memberitahu pihaknya akan memanggil empat orang saksi dan mereka akan memberi keterangan ringkas mengenai kenyataan Hoogland berhubung ‘keupayaan’ Anwar. Soalan-soalan, katanya akan dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang merupakan timbalan ketua I, bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Md Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu esok]. sumber

Dengar citer macam ada yg tak kena je hari ni.KS macam ndak tak ndak je,Nuar pulak nampak macam tak gembira je.Gitu lah kalau benda betul,lawyer hebat mana,doktor pakar dari mana pun tak leh jadi.Trik tak menjadi,malah memakan diri.Jangan-jangan Cinadoll tu yg di panggil pendakwa utk jadi saksi tentukan Nuar boleh ke tak boleh buat kerja tu.Kalau betul,mampus,tembak 2ekor burung dgn satu peluru jadinya.
BalasPadam