script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Menakjubkan: Ribuan Umat Islam Telah Hadir Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus, Di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, "Taman Cenderawasih" Malam Tadi !!

KUANTAN, 18 Okt - Ribuan Umat Islam membanjiri Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Taman Cenderawasih dekat sini malam tadi, untuk mendengar kuliah oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (foto). Jalan mula sesak di persimpangan lampu isyarat Bukit Setongkol hinggalah ke kawasan masjid berkenaan. Difahamkan, sambutan ceramah beliau malam tadi adalah antara yang terbaik setakat ini kerana orang ramai terpaksa berdiri hingga ke pintu pagar masjid berkenaan. Tinjauan kami mendapati, kehadiran orang ramai disambut oleh deretan gerai jualan yang menawarkan pelbagai barangan makanan, agama, aksesori, kesihatan dan termasuk juga kaset-kaset Ustaz Azhar sendiri. Orang ramai mula menbanjiri masjid berkenaan sekitar jam 7.00 petang lagi dan kehadiran mula bertambah selepas solat Maghrib berjemaah. Kuliah Ustaz Azhar malam tadi adalah berkisarkan kepada soal kematian dan pengurusan jenazah. Penjelasannya yang penuh dengan unsur humor dan lawak itu telah mendapat sambutan dari kalangan orang ramai yang hadir. Jelas kelihatan, bukan sahaja orang dewasa yang memenuhi setiap sudut masjid untuk mendengar ceramah beliau. Kelihatan juga begitu ramai muslimat dan termasuk golongan muda yang hadir. Masing-masing terhibur dengan teknik penyampaian dakwah oleh Ustaz Azhar Idrus malam tadi. Kuliah diakhiri dengan sessi soal jawab yang memakan masa hampir satu jam sebelum dia mengimamkan solat Isyak berjemaah.


Ribuan yang berada dalam masjid ketika Ustaz Azhar sampaikan kuliah


Bukti, ruang di dalam serta luar masjid penuh sesak dengan orang ramai

Gerai jualan kaset original dan juga barangan ibadah Ustaz Azhar Idrus

Kaunter daftar undi PAS juga disediakan untuk orang ramai yang hadir

Ribuan lagi yang memenuhi kawasan di luar masjid tersebut malam tadi

Sempat bergambar kenangan dengan para peminatnya di Restoran D'Oasis

Ustaz Azhar Idrus dan rombongan menjamu selera dekat Restoran D'Oasis
[Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan beliau selepas itu. Rombongan beliau kemudian menjamu selera di Restoran D'Oasis, Malay Town selepas itu. Hampir 20 orang anak muda yang mengikuti rombongan beliau dari Trengganu. Beliau difahamkan menginap di sebuah hotel sekitar kawasan terbabit sebelum ke program lain keesokan harinya. Apapun, PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus atas kupasan dan cara pendekatan dakwanya yang cukup digemari oleh anak-anak muda sekarang ini. Ramai juga dikalangan ahli dan penyokong UMNO dilihat hadir untuk mendengar kuliah beliau malam tadi. Pendek kata Ustaz Azhar kini diterima oleh semua pihak. Semoga perjuangan dakwahnya akan dapat menyedarkan lebih ramai rakyat untuk melakukan agenda perubahan ke arah melihat negara Malaysia yang lebih Islamik dan lebih adil. Bersamalah kita menanti hari kemenangan Islam !!].
Share:

5 ulasan:

  1. Jaip tak senang ni, ustaz Azhar ada TAULIAH dah ke ?.
    Kalau tak ada tauliah payah nanti, UMNO bimbang ustaz menyeleweng, ramai nanti jemaah sesat.
    Orang UMNO melihat islam yang paling betul di Malaysia hanya islam bermazhab UMNO saja yang lain tak betul. Tauliah kalau di bagi pun tenguk keadaan, fahaman mazhab apa ustaz tu. Kalau bercanggah dengan mazhab UMNO, tauliah boleh ditarik, begitu sebaliknya. Jumlah pendengar pun diambil kira, kalau 100 dua saja lama le tauliah, kalau beribu ribu, direka cipta la cerita karut tak lama lagi.
    Kalau nabi pun puak munafik di fitnah, sama ada munafik zaman awal islam mau pun munafikin zaman kebangkitan islam gerakan ini akan berterusan sehingga hari kiamat. Apa nak heran setakat Tuan Guru, apa lagi kalau taraf ustaz.
    Realiti penganut islam hari ini. Tak caya tunggu sat lagi ramai lah yang berbunyi !!!>

    BalasPadam
  2. Beliau bukan pendakwah politik,seperti Nik Aziz,oleh itu terdapat pandangan beliau yg bertentangan dgn Nik Aziz.Tak lama lagi beliau bukan tidak di senangi oleh JAIP,tapi oleh puak Pas terutama yg taksub pada Nik Aziz.

    BalasPadam
  3. Inilah sebabnya United Munafik No One paling takut bila Rakyat ingin kembali kepada Islam yang sebenar.....


    Untuk Anon 1:09:00 PM atas aku ni pergilah belajar Fardhu Ain banyak-banyak....

    Tiada salahnya berbeza pendapat dalam Islam atas perkara-perkara bukan pokok...

    Yang tak dibenarkan berbeza pendapat adalah dalam perkara pokok/dasar seperti Kewajiban menutup Aurat.

    Belajar lagi ye dik......

    Jangan dengar sangat cakap Sman tu......

    BalasPadam
  4. Anon 1:09 takde point nak cakap.

    BalasPadam
  5. hehehe rasanya JAIP ni tak macam JAIS di selangor nun. selalu sangat melatah. orang ceramah pun nak tangkap. setakat yg aku tau depa ni lebih rasional. melainkan kalau ada kacang2 hantu yang buat kacau lepas ni entah le. maklumlah pilihanraya dah hampir. semua dah ketor lutut.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.