script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ADUN Johol 'Meninggal Dunia', SPR Sahkan Tidak Akan Mengadakan Pilihanraya Kecil Kawasan Itu!

KUALA LUMPUR, 4 Okt - Pilihanraya kecil tidak akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Johol, Negeri Sembilan biarpun ada kekosongan di kerusi tersebut akibat kematian wakil rakyatnya. Di dalam laporan Bernama Online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ini kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah melepasi tiga tahun pada April lepas. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jika Speaker DUN Negeri Sembilan menghantar notis kekosongan sekalipun, pilihanraya kecil tetap tidak akan diadakan. Wan Ahmad berkata sebarang kekosongan kerusi hanya akan diisi pada pilihanraya umum akan datang. Penyandang kerusi Johol Datuk Roslan Md Yusof (foto), 58,meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.45 pagi tadi. Pada masa itu, Roslan sedang menerima rawatan di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah kerana mengadu sesak nafas.

[Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Roslan Md Yusof atas apa yang terjadi ini. Semoga roh Allahyarham akan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Kami cuba menjengok blog ADUN terbabit di SINI, yang kali terakhir dikemaskini pada 12 Januari 2011 yang lalu. Daripada apa yang dilihat, ternyata Allahyarham merupakan seorang wakil rakyat yang amat disenangi di kawasannya. Berbagai aktiviti kemasyarakatan yang disertainya membuktikan dia adalah salah seorang tokoh yang cuklup berharga buat penduduk setempat. Al-Fatihah buat roh arwah. Amin].
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.